Pada pagi ini, seperti biasa ni-ki akan bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap-siap ke sekolah. Ya, memang awal. Tetapi mengapa dia selalu datang lewat ke sekolah?
Ni-ki Pov
Seperti biasa aku bangun dari katil ku untuk bersiap-siap ke sekolah.
Setelah selesai mandi dan memakai baju, aku terus memasak sarapan ku sendiri. Tetapi, hari ini sangat bermasalah. Ayahku tertidur di meja makan dengan berbotol-botol alkohol yang tersusun di atas meja.
Ah sial, jika aku terbangunkan ayahku dalam keadaan dia seperti itu, mungkin aku akan mendapat masalah.
"Huh.... "gumam si Ayah, Hwang Hyunjin.
Aku terpaksa berlakon tidak melihat ayahku. Aku terus pergi ke dapur untuk menghidupkan api untuk memasak.
"Riki!" Jeritnya.
"Iya.. " balasku ketakutan.
"Kau mahu kemana?" Tanyanya lagi.
"Ke sekolah seperti biasa." Balasku yang mula santai.
"Jika kau cuti hari ini, boleh tak?" Tanya ayahku.
"Maaf, aku kena-" belum sempat aku menghabiskan kata-kata ku,
Plak!
Satu pukulan keras telah dihalakan di pipiku. Aku sedikit terhuyung-hayang. Nasibnya, badanku kuat.
"Suka saja kau membentak ku!" Marahnya.
"Aku tidak membentak mu!" Balasku dengan emosi.
"Wah, kau pandai sekali memarahi ayahmu." Katanya.
"Kau mabuk papa! Sedarlah!" Balasku.
"Aku tidak mabuk anak bodoh! Lihat! Aku boleh saja berdiri dengan baik!" Tengkingnya.
"Sesudah itu, aku segera pergi ke sekolah." Balasku lalu terus mengambil beg sandangku yang telah dimasukkan buku-buku mengikut jadwal.
Ketika aku mahu membuka pintu untuk keluar, ayahku menghalang.
Tiba-tiba dia menghalakan ku sebotol alkohol kosong. Aku cepat-cepat melindungi diri dengan menutup muka dengan begku.
Perch!
Pecahan kaca telah mengotori lantai. Aku tidak sengaja terpijak serpihan kaca di sana. Terasa sakit sekali. Tiba-tiba ayahku menarik kolar bajuku dengan tatapan marah nya.
"Argh... Hss" bisikku.
"Bersihkan rumah! Lihat sudah kotor." Katanya lalu melepaskan kolar bajuku. Dia berjalan ke bilik tidurnya serta kedengaran pintu terkunci.
Ah, mengapakah aku tersiksa seperti ini? Hahahaha, mungkin memang hidupku telah tercipta seperti ini.
Aku terus membersihkan serpihan-serpihan kaca itu sebelum mengubati kaki kanan ku.
YOU ARE READING
𝙎𝙤𝙧𝙧𝙮 𝘼𝙣𝙙 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙠 𝙔𝙤𝙪
Fanfiction" 𝐓𝐡𝐚𝐧𝐤𝐬 𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐦𝐞 𝐟𝐞𝐞𝐥 𝐚𝐥𝐢𝐯𝐞, 𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐈 𝐥𝐞𝐚𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " [Hoonki] Note!! *too much typo *just for fun *my first bl book Start: 24 /12 /2021 End: ?