4 || Promise that

13 2 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Sudah hampir satu bulan Sunghoon menjadi gila.

Jam sunghoon menunjukkan pukul 1 petang menandakan ia waktu balik. Semua pelajar bergegas bersiap-siap untuk keluar dari kelas. Selepas dapat izin guru, mereka terus pergi dimana mereka patut pergi. Faham tak?

Sunghoon berjalan dengan lelah. Dia menuju ke sebuah tempat penunggu bas lalu duduk disitu sebentar.

"Hai abang pengawas!" Ah, suara yang paling Sunghoon benci... Siapa lagi kalau bukan ni-ki?

Sunghoon hanya membalas dengan anggukkan.

"Kau kelihatan tidak sihat. Mahu aku bantu?" Tanya Ni-ki.

"Kau yang membuat ku bergini." Balas Sunghoon malas.

Ni-ki tertawa seketika. Dia menarik tangan Sunghoon lalu berlari untuk mengajaknya ke suatu tempat.

"Yah! Aku mahu berehat! Dimana kau mahu pergi?!" Marah Sunghoon.

Kini mereka telah sampai di suatu kedai runcit yang serdehana besar. Wah, tempat ini sangat tidak selesa bagi Sunghoon. Oh maaf, sunghoon adalah anak kepada seorang CEO yang berjaya. Jadi, ibu bapanya akan memberikan sesuatu yang terbaik buat anaknya.

"Sunghoon hyung! Kau tunggu disini. Aku akan membelanjakan mu aiskrim dan air susu." Kata ni-ki lalu meninggalkan Sunghoon di depan kedai.

"Apa?! Gila kau! Di tempat bergini?" Bisik Sunghoon dalam hati kerana tidak suka pada keadaan di kedai runcit ini.

3 minit berlalu, Ni-ki pun sudah dapat apa yang dia perlukan. Dia berjalan menuju ke Sunghoon.

"Jom" kata ni-ki lalu menunjukkan Aiskrim yang dibelinya.

Sunghoon tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Dia hanya ikut jejak ni-ki selepas itu.

Kini mereka sedang duduk di sebuah tempat menunggu bas yang sama di part Sunghoon tadi untuk berehat disitu.

"Ah..... Jom makan aiskrim nya!" Kata ni-ki dengan teruja.

"Em... " balas malas Sunghoon.

"Hehehe, kesian...." Kata ni-ki lalu menjamah aiskrim nya sebelun cair.

"Boleh tak kau satu hari tak buat masalah?" Tanya Sunghoon yang sudah lelah dengan ni-ki.

"Hehehehe, maaf sebab selalu susahkan mu! Tetapi, aku tak janji untuk itu." Jawab ni-ki.

"Kau tahu? Sudah 4 minggu kau menganggu kehidupan ku! Maaf saja yang kau katakan?!" Marah Sunghoon.

Ni-ki tidak terkejut pada Sunghoon. Dia hanya terketawa pada kata-kata Sunghoon seperti tidak ada apa-apa yang penting. Dia mengambil aiskrim di dalam plastik yang digenggam Sunghoon lalu membuka sarung aiskrim itu.

"Nah, jangan marah-marah. Nanti cepat tua. Pastu, aiskrim ni cair." Kata ni-ki lalu menghulurkan aiskrim itu kepada Sunghoon.

"Haih...... Yelah...... " balas malas Sunghoon.

Dengan gembiranya Sunghoon mengigit aiskrim nya. Ah, rasa manis pada aiskrim itu telah menenangkan Sunghoon dari stressnya. Ah, memang nikmat makan aiskrim selepas seharian bersekolah dan cuaca yang panas.

Ni-ki yang melihat Sunghoon yang keadaan lucu itu tersenyum.

"Hahahahah, inikah rasanya ada seorang kawan?" Bisiknya dalam hati.

Sunghoon yang menatap aiskrim nya, tiba-tiba beralih menatap ni-ki. Mata mereka bertentangan. Sunghoon sedikit terkejut ketika manik matanya bertemu manik coklat manis ni-ki yang kelihatan indah. Entah mengapa dia tidak boleh mengalihkan pandangannya dengan segera.

Rasa gugup mula terasa. Sunghoon tidak mengerti apa yang dirasa nya.

"Mengapa kau melihat aku seperti itu?" Tanya Sunghoon.

"Aku gembira ada kawan sepertimu." Balas ni-ki.

"Kawan?" Tanya Sunghoon.

"Mengapa? Kau masih tidak menerima ku sebagai sahabat?" Tanya Ni-ki.

Sunghoon sedikit hairan. Kejap, sejak bila mereka berkawan? Sunghoon hanya ditugaskan untuk menjaga ni-ki dan mengajarnya apa itu berakhlak.

"Hahahahahahahaha! Kelakarnya kau ketika melamun!" Tawa ni-ki.

"Aku tidak melamunlah!" Marah Sunghoon yang tiba-tiba pipinya merah padam.

"Ni-ki..... Kau menganggap ku sebagai kawan kau kah?" Tanya Sunghoon tiba-tiba.

"Iya! Kau saja yang rapat dengan ku." Jawab si pemuda bermarga Hwang itu.

Sunghoon hairan lagi. Dia tidak pernah berkawankah?

"Kau tidak pernah berkawankah?" Tanya Sunghoon lagi.

"Aku cuba untuk itu... Tetapi, tiada siapa yang mahu berkawan dengan anak yatim sepertiku." Jawabnya.

"Iya! Kau hanya mencari masalah! Sebab itu kau tidak mudah mencari kawan." Balas Sunghoon yang mula tertawa. Bentar, dia kata dia anak yatim?

Ni-ki tersenyum.

"Hahahaha.... Sebenarnya Aku pun tidak mahu melakukan masalah. Tetapi, entah mengapa Aku mahu membuatnya." Jawab ni-ki. Tiba-tiba raut wajahnya sedikit muram.

Sunghoon melihat itu. Hatinya mula terasa sesak. Ni-ki tidak pernah menunjukkan muka itu. Dia kelihatan terlalu memegang beban.

"Jika kau pandai menjaga ektika mu, sudah pasti ramai yang akan mahu berkawan dengan mu. Menghormati, dan berbaik hati kepada semua orang." Kata Sunghoon.

Ni-ki tersenyum lagi.

Kini Aiskrim masing-masing sudah tinggal batangnya. (It's mean, Aiskrim tu dah habis... Jangan fikir bukan-bukan yerr)

"Ah, jom balik." Kata ni-ki.

"Kau mahu Aku menghantarmu?" Tanya Sunghoon tiba-tiba.

Ni-ki terkejut pada pertanyaan Sunghoon. Dia baru saja mengajaknya balik bersama-sama?

"Em... Tak payah. Mungkin jalan kita tidak sehala. Aku sudah biasa balik sendiri. Bye Sunghoon hyung!" Kata ni-ki lalu cepat-cepat berlari sehingga Sunghoon tidak melihat kelibatnya.




Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙎𝙤𝙧𝙧𝙮 𝘼𝙣𝙙 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙠 𝙔𝙤𝙪Where stories live. Discover now