9 || Why?

5 1 0
                                    

Waktu balik mula menjelang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu balik mula menjelang.

Kedengaran bunyi loceng yang meriuhkan suasana persekolahan.

Ramai pelajar-pelajar sibuk mengemas meja masing-masing lalu keluar dari kelas.

Sama juga seperti Sunghoon.

Dia merasa ni-ki tidak akan selamat keseorangan nanti.

Setelah mencari kesana sini, dia melihat ni-ki berjalan keseorangan.

Dia tersenyum lalu pergi mengejar ni-ki.

Tetapi langkahnya terhenti apabila melihat ada seseorang lelaki yang dia kenal sedang menyapa ni-ki lalu memberikan tumpangan kepadanya.

"Jake jiran sebelah?" Bisiknya dalam hati.

Ni-ki kelihatan senang hati lalu mengikut Jake.

Mereka berdua terlalu pantas untuk Sunghoon yang sedang mencernakan keadaan yang sedang berlaku.

"Mereka saling kenal?" Bisik Sunghoon lagi.





































































Jake dan ni-ki sekarang berada di kedai makan berdekatan sekolah.

Setelah selesai memesan makanan, mereka terus berbual kosong.

Seperti biasa, Ni-ki masih terdiam jika tiada pembuka kata antara mereka.

Jake tersenyum kerana faham dengan keadaan sang adik.

"Ni-ki okay?" Soal Jake.

"Okay je Hyung." Balas ni-ki.

"Ada yang perlu hyung tolong?" Soal Jake lagi.

Ni-ki mengeling lalu mengalihkan pandangan ke arah lain.

Jake juga tiada apa-apa lagi mahu memberi sepatah kata.
Entahlah. Mungkin ni-ki memerlukan banyak masa.

"Ni-ki memang baik-"

"Ya hyung. Jangan risau sangat." Balas ni-ki dengan memotong kata Jake.

Jake menghelah nafasnya.

"Ni-ki, kau mahu tidur di rumah Hyung?"

Dengan cepat ni-ki menolak ajakan Jake.

"Hyung! Kalau hal itu kembali macam mana?! Nanti kang makcik juga terikut campur." Kata Ni-ki.

"Ni-ki boleh saja tumpang. Hyung akan halang jika orang gila tu datang." Balas Jake.

Jujur, ni-ki tidak suka melibatkan orang lain tentang masalahnya. Tetapi, pada masa yang sama, dia juga mahu lari dari masalah. Bagaimana? Jika ada cara, pasti ni-ki senang sekarang.

Ni-ki tersenyum lalu menganggukan saja ajakan Jake.

"Baik, malam ni kita makan steak! Let's gaur to the grocery."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙎𝙤𝙧𝙧𝙮 𝘼𝙣𝙙 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙠 𝙔𝙤𝙪Where stories live. Discover now