Chapter 1

396 23 53
                                    

   Alright macam yang korang tahu. Fanfic kali ni sis buat untuk Malay edition. Macam best je kalau si member Toman ni cakap Melayu. Okelah. Sis harap korang enjoy ye. Happy reading❤️❤️❤️❤️

   

      "Woii Baji sini ah!! Usha-usha kawasan sekolah lah dulu" Cakap Mikey dengan muka bangga

Draken: Kau ni Mikey, dah jadi senior terus berlagak
Mikey: Mestilah
Mitsuya: Kita sebagai senior perlu tunjukkan contoh yang baik dengan junior kita

       Tahun ini merupakan tahun terakhir geng Toman bersekolah dan sudah semestinya merekalah senior pada tahun ini. Ada awek? Takda? Lemah

     Baji dan Chifuyu sedang meronda di dalam kawasan sekolah kononnya kalau ada orang dalam kesusahan, mereka akan tolong. Macam abang kawasan sekolah la ha githuwww. Walaupun mereka gangster, mereka ni gangster baik. Mereka hanya memukul orang yang cari masalah sahaja. Percaya atau tidak, mereka ini student kegemaran guru-guru di sekolah mereka.

      "Eh Hina, [name]!!"Panggil Chifuyu. "Eh hi Chifuyu, haa Chifuyu ada nampak Takemichi tak?" Tanya Hina

Chifuyu: Takdelah pulak, kena culik dengan Mikey kot rasanya
[name]: Chifuyu kunci kelas kita kau yang bawa kan?
Chifuyu: Ha ah, aku janji esok aku datang awal

       Kejadian pagi tadi kamu sekelas terpaksa tunggu di luar kelas kerana Chifuyu datang lambat. Chifuyu yang bawa kunci kelas dan dia sendiri yang lewat datang ke sekolah. Kau memang buat hal la Chifuyu

[name]: Alright, esok jangan lambat. Aku dan Hina balik dulu
Chifuyu: Okay, hati-hati

     Kau dan Hina pun pulang ke rumah dan bayangan kau berdua hilang dari radar. "Chifuyu, siapa tu tadi" Tanya Baji

Chifuyu: Ohh awek Takemichi
Baji: Bukanlah, awek Takemichi aku tahu. Yang seorang lagi tu tadi
Chifuyu: Ohh, itu [name]. Bestfriend Hina. Sekelas dengan aku juga
Baji: Kenapa aku tak pernah nampak dia?
Chifuyu: [name] jarang nak tunjukkan diri. Waktu rehat dia hanya duduk dan makan di dalam kelas. Dia introvert tapi kalau dengan orang yang dia rapat, perangainya mengalahkan monyet
Baji: Ohhh...
Chifuyu: Kenapa? Berkenan? Hehe
Baji: Sebelum aku patahkan tulang kau baik kau senyap


       Keesokannya, Baji datang dalam kelas kau kononnya ingin berehat bersama Chifuyu. Yeke nak rehat dengan Chifuyu?

      Baji makan bersama di dalam kelas Chifuyu namun matanya melihat di dalam sekeliling kelas. Seperti ingin mencari sesuatu.

Baji pov:

    "Ishh mana [name]. Chifuyu cakap dia selalu dekat kelas waktu rehat.

      "[name] ada aktiviti kelab hari ini. Jadi dia tiada di dalam kelas" Cakap Chifuyu. Baji hanya mengangguk. Dalam hati Baji, macam mana si Chifuyu tahu aku cari dia

Chifuyu: Eh Ain!! Dari mana tu?
Ain: Saya daripada kantin
Chifuyu: Jomlah makan bersama
Ain: O-Okayy

        Baji masih tidak berpuas hati kerana dia belum melihat kau hari ini. Dia mengambil keputusan untuk meronda kawasan sekolah dengan harapan dapat bertemu dengan kau.

          Setelah meronda dalam 5 minit, Baji masih tidak menemui kau. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk lepak dengan Toman.

Baji: Kenapa ni?
Draken: Budak bocah sengaja langgar Nahoya sampai tertumpah nasi goreng Nahoya
Mikey: Jadi sekarang minta dia ganti

        Nahoya merampas nasi goreng budak lelaki itu dan budak itu meroyan

Budak: Bagi balik nasi goreng kita lah, bagi balik. Ish bagi balik lah
Nahoya: Oi, kau dah buat salah lepastu taknak ganti balik hah?

 

         Dari jauh kau nampak ada sekumpulan budak lelaki sedang bercakap dengan budak lelaki yang lebih muda dari mereka



[name] pov:

    "Budak tu kena buli ke? Nak tolong ke tak eh? Tapi aku takut. Takpa takpa, kalau kita permudahkan urusan orang Insha Allah nanti Allah akan permudahkan urusan kita



[name]: Korang buli dia ke?
Mikey: Hah? Eh mana ada. Kami cuma mahu minta ganti rugi
[name]: Tapi mintalah dengan cara baik. Dia takut tu


Baji pov:

    "Ehh [name] lahhh. Aduhhmak time aku pasang muka gangster ni lah dia nak muncul. Tadi aku pasang muka macho takda pulak dia datang


Baji: Nahoya, biarkan je budak tu. Nanti aku belanja kau
Nahoya: Okay lah kalau kau dah cakap macam tu
Budak: Terima kasih kakak
[name]: Eh kejap, awak taknak minta maaf dekat abang tu ke. Awak yang langgar dia dengan sengaja kan
Budak: Abang, saya minta maaf

       Budak itu telah beredar dari situ. Kau juga mahu pergi dari situ namun ada satu suara yang memanggil kamu.

Mikey: Hey, awak. Kawan saya crush dekat awak
Baji: Woi Mikey
Pah: Cantik siak crush Baji


Baji pov:

    "Bodo siak Mikey. Macam mana ni [name] terdengar lah. Menyesal aku bagitahu dekat diorang yang aku suka dekat [name].

      "[name] awak okay ke balik sorang. Saya boleh temankan" Cakap Hina

[name]: Eh takpelah. Awak pergi je dating dengan Takemichi. Saya dah biasa jalan kaki sorang-sorang
Takemichi: Ain mana?
[name]: Tadi dia keluar dating dengan Chifuyu

        Dalam perjalanan kau pulang ke rumah, kau ternampak sekumpulan geng dengan motorsikal sedang melepak di taman. Kau nak taknak, kena juga lalu dekat situ sebab rumah kau dekat depan sana


Nahoya: Weh crush Baji
Mikey: Baji pergi lah tegur
Baji: Aku nak bagitahu apa
Draken: Cakap je lah hi. Selamat berkenalan. Nama saya Baji


       Baji berlari menuju ke arah kau dengan mukanya yang merah sedang blushing youuuu

Baji: Hi. Awak kawan Chifuyu kan?
[name]: Ye, saya kawan Chifuyu
Baji: Saya nak tanya,nampak Chifuyu tak?
[name]: Tadi dia keluar dating dengan girlfriend dia
Baji: Ohh, btw nama saya Baji Keisuke. Panggil je Kei
[name]: Nama saya [name]
Baji: Awak balik sorang-sorang ni okay tak? Nak saya hantarkan?
[name]: Eh takpelah. Rumah saya depan tu je. Saya balik dulu eh
Baji: Okay, elok-elok


       Baji pergi semula ke tempat geng dia melepak tadi. Baji tidak boleh berhenti tersenyum sehingga tulang pipinya sakit.

Mitsuya: Apa kau cakap?
Baji: Aku tanya mana Chifuyu
Mikey: Ape ni, boring lah. Kau dah tahu Chifuyu pergi dating kau tanya lagi apahal

      Sejak daripada hari itu. Baji selalu lalu depan kelas kau. Waktu rehat, dia selalu lepak dengan Chifuyu dekat depan luar kelas kau. Sambil-sambil tu. Boleh lah dia usha engkau. Geng Toman dari mula sampai akhir hari asyik mengusik Baji. Especially time kau nak lalu depan kelas Baji. Fuhh, kau auto jadi macam artis weh. Suara teriakan Mikey dengan Nahoya lah paling menggegarkan. Baji tak marah pun, suka adalah.



JANJI [ Baji Keisuke ]✔️Where stories live. Discover now