"Bekal ada, air ada, camera ada. Oke! Settle" Kau menyimpan semua barang di dalam beg kau sebelum masuk tidur. Emma dan Hina pula hanya tersengih melihat kau.
Emma: Member nak gi dating~
Hina: Apa perasaan anda? Gembira? Teruja?
[name]: Sudah lah korang. Wey esok kalau saya terlajak tidur, kejutkan tau
Hina: Beresss
Emma: Awak gerak pukul berapa?
[name]: Lepas subuh, tapi tunggu dah terang sikit lah
Hina: Cepatlah tidur, kang masing-masing terlajak tidur esokKau bertiga masuk tidur. Kau tak mengantuk sebab terlalu teruja nak tunggu pagi tiba. Kau dan Baji plan nak keluar pergi hiking esok. Lepastu tengok sunrise atas bukit gituhhh. Kau memaksa diri kau untuk tidur. Kau siap senyum-senyum lagi masa nak tidur. Sakit tulang pipi senyum lebar sangat.
-Pagi yang cerah dan indah 🌄 eh belum cerah lagi
Kau baru sahaja selesai solat subuh dan melipat telekung kau. Meanwhile Emma dan Hina dah solat lagi awal. Why? Kenapa tak solat sama-sama? Haaa sebab korang tak boleh bercampur. Tak khusyuk kalau korang bertiga solat sama-sama. Dalam 3 orang tu, ada lah yang 2 orang berperangai setan kacau lagi yang sorang. Selalunya Hina lah yang jadi mangsa kau dan Emma. Sampai kesudah pun tak solat-solat. Sebab tu korang bertiga tak solat sekali, bergilir-gilir. Setan was too stunned to speak
"Oke ke ni awak bekal roti je?" Tanya Hina. "Okey je, cukup dah ni" Jawab kau. [Kalau korang tanya dah mandi ke tak, terpulang korang lah nak mandi ke tak sebelum gi hiking🤣] Baji pun sudah menghantar pesanan melalui telefon mengatakan bahawa dia dah sampai dekat gate uni kau. "Weyh saya gerak dulu. Kei dah sampai" Cakap kau
Kau menuruni tangga dan menuju ke pintu gate. Suasana pagi yang sejuk itu tidaklah terlalu gelap, tidaklah terlalu cerah juga. Yang sedang-sedang saja~ Walaupun dalam tak seberapa nak cerah, kau still boleh nampak Baji senyum tersipu malu gituhhh. Eh! Termatching jersey pulak korang berdua harini. Ini bukan plan tau, memang tidak disengajakan abegituh. Yang bezanya, kau pakai jacket diluarnya. Yeahhhhhh mende siak author ni
Baji: Hem ehemm assalamualaikum
[name]: Waalaikumsalam
Baji: Dah ready nak gi hiking?
[name]: Dah, jomKau berdua pun gerak pergi ke gunung yang ingin dituju. Dalam 20 minit gituh, kau berdua sudah sampai ke destinasi yang ingin dituju. Korang warm up dulu before nak start hiking. Kang terseliuh kaki baru tahu. Dalam 5 minit, korang dah settle warm up dan mula mendaki gunung!
Baji: Nah ambik kayu ni. Tak lah susah sangat awak nak naik
[name]: Awak taknak pakai kayu?
Baji: Saya takpe, saya kan kuat hehe
[name]: Awak jalan dulu, saya ikut dari belakang
Baji: Oke, kalau penat bagitahuPendakian pun dimulakan. Baru beberapa langkah kau dah rasa penat. Semput. Makin tinggi kau naik, makin terasa berat. "Okey tak ni? Boleh naik lagi?" Tanya Baji dengan risau. "Boleh je ni, jom naik lagi sampai puncak" Jawab kau
Pendakian pun berlangsung lagi selama 15 minit. Hari juga semakin cerah tapi matahari belum naik. Kau berdua meneruskan perjalanan. 10 langkah, 20 langka, 30 langkah, 40, langkah, 50 langkah. Finally, korang sampai dekat puncak gunung. Tercungap-cungap kau kat situ. Terbongkok-bongkok kau berjalan. Baji hanya ketawa melihat gelagat kau.