Chapter 21

84 7 10
                                    

        "Kan saya dah cakap, jangan stress sangat. Tidur ikut masa. Jangan skip makan. Haaa tengok apa jadi kat awak sekarang ni." Bebel Emma










Hina: [name] janganlah stress sangat macam tu
Emma: Tau lah awak tengah exam, tapi rilek lah sikit. Kesihatan tu jaga
Hina: Apa kita nak jawab dengan Baji-kun ni
Emma: Entahlah, dah 2 minggu diorang dua ni tak call. Baji tau kot [name] exam so dia mesej je
Hina: Ha tu Draken-kun call kau Emma










           Al-kisahnya kau pengsan masa balik dari class. Emma dan Hina terus bawa kau pergi hospital dengan bantuan sorang lecturer perempuan yang macam rapat la jugak dengan korang. Masuk je hospital kau terus kena bebel dengan doctor. Selalu skip makan, tidur kadang-kadang 4 hingga 3 jam sahaja. Memang pengsan lah kau. Busy sangat study sebab minggu exam. Luckily, kau pengsan masa lepas habis last exam





---







Emma: Hello ye kenapa call malam-malam buta ni? Pukul 2 pagi pulak tu?
Draken: Ni asal tak tidur lagi?
Emma: Tadi tengah tengok Hina siapkan dia punya gown untuk project dia. Lepastu [name] nampak gelisah. Tu yang kitorang picit kepala dia
Draken: Dah agak dah....
Emma: Dah agak apa?
Draken: Dah agak dah [name]-san tak sihat. Dia selalu text pendek je dekat Baji
Emma: [name] semenjak exam ni, jarang nak on phone
Draken: Baji dah risau dari minggu lepas. Dia memang rasa ada benda yang tak kena
Emma: Korang dah tidur belum ni?
Mikey: KENCHIN~ Dorayaki aku habis stock la
Emma: Tu asal Mikey?
Draken: Biarlah dia















            "Hina... Nak makan burger... Lapar" Cakap kau dengan nada yang lemah dan tak berdaya. Emma dan Hina pun pandang kau dengan kegembiraan. Dah berminggu ni kau jarang makan. Asyik berlapar. Sekarang tau pun lapar. Burger juga makanan first yang keluar dari mulut kau














Draken: Emma, Baji nak cakap ni
Baji: Emma, [name] macam mana?? Okay ke tak okay? Dia sakit?
Emma: Rilek ah Baji. Dia belum sihat sepenuhnya. Tapi dah ada harapan ni sebab dia cakap dia lapar, nak makan
Baji: Cakap dekat [name] yang-





tut tut tut











              "Haih panggilan terputus lah pulak. Entah apa lah yang jadi dekat sana." Keluh Emma. Emma dan Hina pun plan nak keluar beli makanan untuk kau. "Nak ikut" Cakap kau












Hina: Awak boleh ke ikut ni?
[name]: Ye boleh je ni
Emma: Ha pakai lah baju tebal sikit. Sejuk ni nanti demam
Hina: Kalau pening bagitau tau
Emma: Jap nak order grab
Hina: Nasib baiklah kita punya uni takda limit masa nak keluar masuk















Toman pov:








            "KAMU MENGAKU ATAU TIDAK KESALAHAN KAMU?!!" Tengking warden. Dekat kem tu memang kena tidur ikut masa. Bangun ikut masa. Tapi Toman, pukul 2-3 pagi masih lagi bangun. Sebelum ni tak kantoi, yang menyebabkannya kantoi sekarang ni ialah Mikey. Dia dari tadi meroyan nak dorayaki. Draken Dahla tengah call dengan adik dia, dia still meroyan. Puas Mitsuya tekup mulut Mikey menggunakan makanannya, tapi digigitnya tangan Mitsuya. Hanat. Dan warden pun keluar semula setelah memberi amaran kepada mereka
















Baji: Ini kau punya pasal la
Kazutora: Tak pasal-pasal kena hukum
Mikey: Tadi aku cakap nak dorayaki tapi takda sorang pun yang layan
Draken: Kan aku tengah call dengan Emma tadi!
Mitsuya: Tangan aku dah bau masam sebab air liur Mikey
Kazutora: Mana taknya, dia memang sembur air liur dekat tangan kau
Nahoya: Mikey memang hanat
Mikey: Arghhh tak kira! Esok aku nak dorayaki!
Draken: Kalau kau tak tidur jangan harap nak dapat dorayaki esok!
















             Diorang pun tarik selimut dan terus masuk tidur. Tapi Baji still tak dapat tidur sebab asyik terfikir pasal kau. Dahla tak dapat jumpa, dapat tahu kau tak sihat lagi.
















Pov korang:











             Destinasi korang ialah makan dekat McD. Engkau yang lapar, Emma dan Hina pula nampak yang macam kebulur tak makan setahun. Penuh satu meja diorang order makanan. "[name] makan lah banyak sikit, ni saya dan Hina ada tinggalkan juga"















[name]: Saya taknak lah air strawberry ni. Air mineral ada tak?
Hina: Jap biar saya tanya
Emma: Nah [name], makan banyak-banyak. Nanti perut kenyang
Hina: Ha nahh ada air mineral












          Tengah korang makan, ada sekumpulan lelaki yang datang dekat situ juga. Dalam banyak-banyak tempat kosong, meja sebelah korang juga yang dia nak duduk. Korang bertiga nak bersembang pun tak selesa. Terus senyap je korang. Kau malas nak ambik tahu, kau pun try lah call Baji. Dah awkward dengan meja sebelah tu, korang bertiga pun call pakwe masing-masing














[name]: Hello, tak tidur lagi?
Baji: [name]!!! Awak okay tak ni?
[name]: Saya dah okay jugak lah. Ni tengah makan dekat McD dengan Emma dan Hina
Baji: Saya tak dapat tidur, risau dengan awak
[name]: Takpa, saya dah okay juga. Jangan risau sangat. Ni kenapa tak tidur lagi
Baji: Takpelah, esok bukannya ada latihan
[name]: Sorry tau lama tak call
Baji: Takpe saya faham. Tapi saya rindu
[name]: Saya pun rindu...
Baji: Nanti ada peluang kita jumpa okay
[name]: Okay, rindu teroks ni
Baji: Tahu. Awak memang rindu saya punya
[name]: Elehhh dia ni. Macam tau jer
Baji: Mestilah tau. Awak makanlah dulu, esok kita call lagi
[name]: Alright byeee
















              Korang bertiga pun habiskan makanan dengan cepat sebab jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi. Sedang korang keluar dari pintu, tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahu kau. Kau pun menoleh dan melihat seorang lelaki yang.... kinda familiar. Macam pernah nampak, macam pernah jumpa. Tapi lupa













???: Hi, ingat saya lagi tak?
[name]: Sorry ye saya lupa. Awak siapa?
???: Sayalah Izumi. Yang awak pernah tolong untuk kelab komputer dulu
[name]: Kelab komputer?....oh-OHHHHH ingat!!!!
Izumi: Awak apa khabar sekarang?
[name]: Sihat alhamdulillah
Izumi: Ni nak balik dah ke?
[name]: Ha ah nak balik dah
Izumi: S-Saya nak nombor phone awak boleh?
[name]: Nombor phone saya?
Izumi: Ye awak
[name]: Sorry ye, privacy. Saya tak boleh kasi
Izumi: Kenapa? Boyfriend marah eh?













          Izumi agak kesal dengan jawapan kau dan mula bertanya soalan yang mengumpan kau iaitu "boyfriend awak marah eh?" Kau hanya membalas pertanyaannya dengan senyuman. Dengan senyuman yang kau berikan, ia sudah cukup memberi isyarat bahawa YESS KAU ADA PAKWE. Kau pun minta diri ingin balik dan dia senyum sambil cakap "takpa, saya faham"















           Setelah kau keluar dari situ, senyuman manis Izumi bertukar menjadi muka yang amat gerun. Mukanya merah menahan marah. Otaknya mula bercelaru.















Emma: Dia kawan awak ke?
[name]: Nak kata kawan tak lah juga. Kitorang pernah berjumpa dua kali je
Emma: Tak taulah, tapi saya rasa dia macam tak kena je
Hina: Ye dho, macam ada sesuatu je dekat dia
















                                                 



JANJI [ Baji Keisuke ]✔️Where stories live. Discover now