Chapter 35

131 11 67
                                    

Ibu: Kami nak balik dah ni
Mak: Ingat [name], dengar cakap suami
Ibu: Kei, jaga isteri elok-elok








Setelah saling berpesan antara satu sama lain, mereka pun pulang ke rumah. Kini hanya tinggal kau dan Baji sahaja, di rumah idaman sendiri. Hasil daripada titik peluh sendiri.







"Mandi dah, makan dah, minum dah. Sekarang tidur, penat" Kata kau kepada suami. Baji mengeluh panjang di hadapan kau.






Baji: Awal lagi
[name]: Habistu nak buat apa, saya penat
Baji: Kita borak-borak lah dulu
[name]: Borak apa
Baji: Borak je apa-apa









Kau dan Baji duduk di atas tilam empuk di dalam bilik kau berdua. Masing-masing berpandangan, tidak ada satu pun kata yang diungkapkan.






"Sayang"



Kau terkejut. Kau menoleh ke kiri, kanan, depan dan belakang. Entah siapa lah yang suami kau panggil sayang.




Baji: Saya panggil awak sayang. Awak panggil saya abang
[name]: APENIIIIIII
Baji: Alaaaa kita kan dah kawin
[name]: T-Tapi saya tak biasa lah
Baji: Sekarang lah kena biasakan
[name]: Tapi-
Baji: Takda tapi-tapi









Kau hanya pasrah dan mengarahkan suami bertuah kau untuk tidur. Pada mulanya kau tidak mahu berkongsi selimut, segan katanya. Apa yang nak di segan, kata Baji. Kau berdua pun tertidur kerana keletihan.










-----




Draken: Woi Mikey! Apa kau nak buat
Mitsuya: Cepat rampas telefon Mikey!
Mikey: Ishhhh biarkanlah aku!
Mitsuya: Bagi telefon kau! Kau mesti nak kacau Baji dengan [name] kan?
Mikey: Biarlah aku nak video call dengan diorang
Draken: Jebon betul pendek ni. Orang dah tidur, penat. Kau kenapa nak call diorang
Mikey: Biarlah. Aku saja je nak video call. Mana tau Baji ajak aku datang singgah rumah diorang
Kazutora: Memang jebon. Dari diorang bujang sampai lah dah kawin, memang pendek ni je yang menyibuk hubungan diorang








Mitsuya dan Draken sibuk mengejar Mikey yang berlari sana sini. Hampir 30 minit mereka berperang dengan Mikey. Akhirnya Mitsuya dan Draken berputus asa.



Draken: Takda cara lain
Mitsuya: Kita kena call atok dia
Mikey: Atok? HAHAHAHAHAHA setakat atok aku, apalah sangat. Atok aku yang takut dengan aku nanti HAHAHAHA-





TOK





Mikey: Auchh siapa yang ketuk kepala aku- ATOK OMAIGOD
Atok: Apa? Atok takut dengan kamu?
Mikey: Mana ada Mikey cakap macamtu
Atok: Mikey jebon mana ni? Elok-elok nama kau Manjiro, boleh kau tukarkan jadi Mikey
Mikey: Itu saja je atok
Atok: Mana boleh saja-saja. Atok dulu, sampai bermalam dekat gua yang ada beruang ganas, semuanya sebab nak carik ilham untuk namakan kamu








Telinga Mikey ditarik oleh atok. Mikey dibawa atok pulang ke rumah dek kerana keganasan yang baru dia lakukan tadi. Jika tidak dibendung, keganasan Mikey ini akan semakin bernanah dalam kalangan masyarakat dan makin banyak orang yang akan menjadi mangsa.














-Pagi-





"Abang, lepas beli sarapan ni kita balik rumah kan? Abang pergi mana ni?" Tanya kau kepada Baji yang sedang memandu di sebelah. "Ada lah, tengok je nanti" Jawab Baji kepada pertanyaan kau.





Kau dan Baji sudah sampai di destinasi yang dituju. Baji mengajak kau pergi ke pantai. Syok korang berdua tengok sunrise dekat pantai.




[name]: Haih laki aku ni, sejuk sejuk gini boleh pulak dia bawak kita pergi pantai
Baji: Jom lah kita lepak kat sana kejap
[name]: Okeylah boleh boleh






Kau dan Baji duduk disitu. Tanpa beralaskan tikar. Kental betul jiwa korang, sejuk sejuk pergi pantai. Kena tiup angin pantai pulak tu.








Baji: Tak sangka betul, kita memang kawin
[name]: Bila saya ingat balik, saya pun tak sangka kita kawin
Baji: Yelah kan. Kalau dah jodoh tak kemana
[name]: Kita bercinta dari zaman sekolah lagi
Baji: Itulah. Dari sekolah, sampai lah sekarang, dah kawin








Kau berdua hanya menikmati tiupan angin disitu. Masing-masing tidak bercakap. Hanya menikmati bunyi ombak.



Baji: Dah jadi suami isteri ni, sayang tanggungjawab abang
[name]: Abang pun. Kalau ada masalah, bagitau. Jangan sorok. Kalau gaduh, jangan merajuk lari rumah, seeloknya kita berbincang. Settle depan depan
Baji: Sepatutnya abang yang cakap macamtu
[name]: Sebelum abang cakap macamtu, baik sayang cakap dulu HAHAHAHAHAH








Suasana menjadi sunyi sepi semula. Sunyi itu dipecahkan oleh kau pula pada kali ini.





[name]: Abang, rindulah nak weng weng weng naik motor
Baji: Aih betul ke ni?
[name]: Betul lah
Baji: Yelah. Demi bini, abang sanggup
[name]: Sayang tunggu je abang bawak motor, tapi kereta jugak yang dibawanya
Baji: Abang ingatkan sayang lagi suka naik kereta
[name]: Takdelah
Baji: Nanti kita pergi honeymoon tau
[name]: HAH?!
Baji: Honeymoon. Kita pergi dekat Sandakan, Sabah
[name]: Wahhhhh betul ke ni? Dekat Sabah besttttt
Baji: Bukan dekat Sabah je. Lepas Sabah, kita pergi dekat Pulau Pinang. Lepastu kita singgah dekat Perak. Akhir sekali kita pergi Selangor







Terbeliak biji mata kau apabila mendengar apa yang Baji katakan. Macam mana laki kau boleh plan semua ni? Siapa yang bantu? Siapa lagi kalau bukan Mitsuya dan Draken aka pembantu peribadi Baji.







[name]: Abangggggg susah susah je
Baji: Takde lah susah, dalam hati mesti happy tu kan
[name]: Happy lah
Baji: Abang buat ni, semua untuk sayang tau. Sebab abang, sayang sangat dekat sayang








[Help gue cringe😭]







Baji: Abang nak sayang happy. Yelah kan, dah jauh dari mak dengan ayah, kena jaga pulak dengan mamat gangster ni
[name]: Gangster pun, kacak
Baji: Sayang ingat lagi tak janji abang 10 tahun yang lepas. Dekat sekolah, malam pesta tu
[name]: Mestilah ingat. Masa tu abang janji nak ajak kawin
Baji: Haaaa betul. Sekarang kan kita dah kawin. Abang tunaikan tau janji 10 tahun yang dulu
[name]: Ishhh sweet lah laki kita ni







Sedang kau dan Baji bersembang, telefon kau berbunyi. Kau mengangkat panggilan telefon daripada Emma




[name]: Hello Emma, kenapa?
Emma: Hai [name], Hina pun ada ni
[name]: Ye kenapa? Ada apa-apa ke?
Emma: Nak tanya
[name]: Tanya apa tu?
Emma: Apa je yang kurang buat malam pertama semalam hewhewhew








Mendengar pertanyaan Emma itu, kau terus memutuskan panggilan. Memang dasar. "Emma nak apa?" Tanya Baji







[name]: Takda apa apa. Okeylah, kita balik jom
Baji: Jom, honeymoon kita tu mula esok tau
[name]: Awalnya, tapi boleh je HEWHEWHEW
Baji: Suka lah tu 😉
[name]: Mestilah suka










Kisah cinta yang mula berputik sejak zaman sekolah menengah akhirnya ditutup dengan perkahwinan. Janji yang sudah dibina selama 10 tahun akhirnya ditunaikan. Cinta yang tak seberapa nak romantik akhirnya bersatu. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah. Dengan ini, habislah muka surat dari buku ini.






Baji: Jom sayang, balik. Sudah tiba masanya abang kembali ke dunia abang yang sebenar
[name]: Jom bang, balik.









•The end🥲 Aku rindu lah nak menaip story ni nanti🥲 Aku rindu nak minum air dutch lady sambil buat chapter untuk buku ni🥲 Tak sangka dah sampai di penghujung🥲 Ni lah buku first yang aku type guna bahasa Melayu🥲 Mekasih semua sudi singgah baca buku sis yang tak seberapa nak gempokz ni🥲 Mekasih sebab vote, comment dan letak dalam reading list🥲 Dari zaman Baji sekolah sampailah dah kawin, tamat dah🥲 Byeeee live uolls❤️
Dengan ini, sis tutup buku ni. No mode another chapter ye lepas ni. Takda buat special chapter sebab sibuk dek kerana kekangan masa. Bye semua❤️




                                                        -tamat-

JANJI [ Baji Keisuke ]✔️Where stories live. Discover now