"pertemuan kedua dengan matahari."
ESYA terkejar kejar ke kelas, beg yang disandang di bahu kanan hampir meleret jatuh. awning tudung dah tak boleh terfikir bentuk macam mana, mungkin kedepan, mungkin kebelakang. tag nama Esya sebagai Penolong Ketua Batch digenggam erat di jari tatkala dia melajukan lariannya.
usai tiba di kelas, dia menghelakan nafas lega. meskipun tercungap cungap, gadis itu tetap menggagahkan dirinya untuk menuju ke tempat yang paling hujung.
dia menghempas beg dan botol air di atas meja sebelum terduduk di atas kerusi, menyandarkan badannya. penat.
kalau aku tak tidur lepas Subuh tadi, selamat dah aku.
sungguh dia menyesal, terlajak pulak tidur atas sejadah dengan telekungnya. nikmat weh tidur atas sejadah pakai telekung. takpayah katil dah.
kalau bukan kerana Zahra yang menalifon gadis itu, entah entah sampai ke dhuha terlajak tidurnya.
"woi, pompuan. asal lambat?" Karmila datang dari tempatnya, mencekakkan pinggang. Zahra yang duduk di sebelah Karmila juga turut datang menghampiri Esya.
"ter...terlajak Subuh.." balas Esya termengah mengah. tangannya mencapai botol air di atas meja lalu membuka penutupnya.
"Bismillah.." ucap Esya sebelum meneguk laju.
"uish, kau belum setengah hari dah nak habis air." terkekek-kekek Karmila tertawa. Esya sempat menjeling sebelum berhenti minum.
"korang dari asrama, aku dari rumah."
"yela, yela. by the way, ni aku nak bagitahu pasal budak baru tu ni." Zahra selaku tukang gossip laju menepuk tangannya, mendekatkan diri dia dan Karmila dengan Esya.
"aku sebenarnya salah info, dia bukan kelas sebelah.. dia kelas—"
"ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT PAGI ANAK ANAK KU SEKALIAN!!" jerit Cikgu Hashim, melangkah masuk dengan wajah yang ceria. Karmila mendengus perlahan, menarik lengan Zahra untuk kembali ke tempat mereka.
meninggalkan Esya keseorangan.
"ha tunggu apa lagi, DUDUK LAH. ate kome nak tunggu aku menikah dulu ke baru nak duduk?" jerit Cikgu Hashim. terkenal dengan sikapnya yang hyper setiap kelas, dia memang suka menggunakan bahasa bahasa pelik.
sampai kena label Cikgu Gen Z.
"jadi, sebelum saya mengajar Geografi pada hari ini, saya ada satu pengumuman. harini ada budak baharu di kelas kita."tuturnya setelah beberapa ketika. semua pelajar mula berbisik sesama sendiri, curiga.
"okay, Nazim, masuk."
saat tapak kaki seorang jejaka bernama Muhammad Nazim masuk, seluruh warga kelas itu bagaikan terpana dengan penampilannya.
beg sekolah hitam, kasut pvc hitam, baju yang bergosok. tie leher yang utuh diikat, segala benda tentang lelaki itu tampak kemas dan normal.
tetapi yang menjadi tarikan mata pelajar adalah Quran yang dijunjung di tangannya.
mask yang menutup separuh wajah Nazim itu dibuka perlahan lahan, menayangkan wajahnya yang hampir sempurna itu ke seluruh kelas. pelajar perempuan mula membuntangkan mata mereka, tak kurang juga yang lelaki.
"kenalkan diri kau." suruh Cikgu Hashim.
Nazim mengangguk sekilas, sebelum menunduk hormat.
"Assalamualaikum. saya Nazim. boleh panggil saya Im. saya harap kehadiran saya dapat menceriakan lagi suasana kelas ini." Im menayangkan senyuman ikhlas, menampakkan barisan gigi yang tersusun dan bersih.
"alhamdulillah, so far, makin ceria!" jerit salah seorang lelaki di kelas, mengundang tawa dari semua orang.
"okay, Im. kau nak duduk sebelah siapa?" soal Cikgu Hashim. Im terdiam, matanya melilar ke seluruh kelas.
sebelum tertatap dengan mata Esya yang sedari tadi merenungnya dengan lama.
satu detik.
dua detik.
tiga detik.
empat detik.lima detik.
Im menurunkan pandangan dengan cepat cepat, tangannya yang sebelah menutup semula mask di muka.
menyembunyikan pipinya yang agak merah.
"Cikgu, saya duduk tepi tingkap tu lah." balas Im, cuba menghilangkan gementar di suara. Cikgu Hashim menangguk perlahan.
Nazim mengorak langkah ke tempat duduk paling hujung berdekatan dengan tingkap kelas. dengan cermat, dia meletakkan Al Quran di atas meja, sebelum menyandarkan beg sekolah di atas kerusi. jejaka itu duduk, tanpa menyedari mata mata yang masih melihat Nazim sejak dia mula masuk ke kelas.
"handsome nak mampos sia.."
"bawak Quran weh.. mesti geng geng soleh ni.."
"BAKAL IMAM AKU!"
"GATAL LA ENGKO, BUKAK BUKU CEPAT."
"weh aku takleh sia asal hensem sangat. iras iras Jaemin pun ada. ni takdapat Jaemin pun ada dapat dia je pun aku dah bersyukur.."
"ha ha, takpayah menggatal sangat. bukak buku Geografi. aku nak mengajar pun geli mendengar kome menggedik." bidas Cikgu Hashim laju. pelajar pelajar mula mengeluh tanda tidak bersemangat.
Esya terpaku di tempat duduknya. masih terkejut dengan semua yang terjadi.
perlahan lahan, dialihkan matanya memandang Nazim sekali lagi. lima saat macam tadi pun jadilah.
lima saat yang bermakna.
lima saat yang menjadi detik permulaan sesuatu.seperti biasa, matahari masih memancar wajah Nazim. bercahaya seperti selalu. memandangkan lelaki itu duduk di tepi tingkap yang tiada langsir, semakin cerah wajahnya disinarkan.
"tak panas ke?" soal hati Esya.
tampak seperti Im selesa di tempat duduk itu. seperti dia sudah terbiasa dipancar matahari. seperti matahari itu menjadi sebahagian dari hidup Nazim.
saat itu, Esya menyedari sesuatu.
'matahari' yang itu juga memainkan peranan di dalam hidupnya.
_____
[ 4:12 petang ]