"cantik."
MALAM DINNER, AHAD."Esya? is this really you?"
Karmila menekup mulutnya, memandang Esya dari atas dan bawah. dress hitam yang memeluk tubuh gadis itu tampak sangat elegan, ditambah dengan selendang sutera hitam yang dililitkan longgar di kepala. Esya hanya mengenakan mask putih bercorak, matanya dihiaskan dengan maskara dan eyeliner hitam.
Esya nampak sangat sempurna dengan warna gelap.
"girl, kalau Nazim tak nak jugak kat kau, aku nak weh." Zahra yang mengenakan blouse biru cair itu mencelah. berbanding dengan Esya, mereka berdua lebih cocok dengan warna-warna light dan terang. walaupun perbezaannya nampak sangat ketara, mereka tetap nampak cantik dan muda.
Karmila membetulkan kaca mata bulat 'pinterest' yang sedikit tidak terletak di paras hidung. gadis berbaju pink terang berserta pencil skirt putih itu memeluk tubuh, matanya masih menatap penampilan Esya.
Esya tersenyum di sebalik mask.
"ish kau, jangan pandang lama lama la. malu." ujar Esya sambil membetulkan selendang labuhnya.
"sumpah lawa Esya, weh CANTIKNYA KAU, CANTIK CANTIK MACAM PRINCESS WEH LAWA GILAAA!" Zahra memeluk lengan Esya, diikuti dengan Karmila di bahagian kanan. Esya tertawa kecil.
"terima kasih, korang pun cantik jugak, macam princess jugak!" puji gadis itu semula. Karmila tersengih mendengar kata kata Esya.
"mestilah, aku memang princess pun." balas Zahra, bangga. Karmila menjulingkan matanya.
"dah, jom pergi dewan. nanti karang habis tempat kena booking dengan orang lain.
______
Nazim mengenakan baju kemeja putih bersih berserta dengan blazer hitam. dililitkan tali leher hitam di sekeliling lehernya. Nazim menyembur sedikit minyak wangi di pergelangan tangan, sebelum menggosoknya di kolar baju. rambutnya yang sudah tersisir rapi itu disapukan sedikit gel. jam tangan hitam utuh diletakan di tangannya.
Aiman yang turut memakai blazer berwarna biru gelap itu tersenyum melihat kawannya. sedari tadi, setelah keluar dari dorm, Nazim dipandang oleh junior junior dan senior senior (yang baik) lelaki dengan kagum. Aiman yang berjalan di tepinya turut bangga memiliki sahabat yang bergaya seperti itu.
"hai Abang Aiman, Abang Im— whoa.." Qasy yang berpakaian Tshirt kelabu dan seluar slek itu ternganga tatkala mereka berdua tiba di dewan.
"hai Qasy. hensem pulak kau harini, dik." Aiman menegur terlebih dahulu.
"hah? ya. ya.. tapi tak sehensem Abang Im.." mata Qasy masih lagi merenung Nazim yang nampak sangat segak malam itu. Nazim hanya tersenyum di sebalik mask KF9 hitamnya.