0 5

253 44 49
                                    

•••

« hyemin »

Aku membetulkan kedudukan cermin mata yang melorot jatuh dari batang hidung. Pandangan dilarikan pada figura lelaki yang aku anti sedang mendapatkan rawatan oleh paramedik yang bertugas. Hailaa Kim Sunwoo, tak sampai sejam aku lari dari kau, ilmu apa kau pakai sampai bertembung kat sini?

" Hisss! Slow la sikit!" Sunwoo mendesis kesakitan, mata boba itu mencerlung pada si perawat.

Eeh, banyak songeh pulak!

Pandanganku jatuh pada lututnya yang tercedera. Takde la teruk sangat, setakat calar sikit bergesel dengan rumput buat apa la datang sini. Manja, lainlah aku bola hentam kena muka sampaikan ternampak bintang-bintang berpusing mengelilingi kepala. Kemudian bintang itu hasilkan wajah kacak Jacob.

Auchhh! Jauh aku melalut.

Tanpa sedar, aku curi pandang ke arah wajah cemberut Sunwoo. Walaupun mimiknya tak berapa macho, tetapi dari keningnya yang terukir cantik sehinggalah bibir tebalnya yang menggoda. Aku tak dapat nafikan yang dia pun tergolong di kalangan manusia yang goodlooking biarpun oangkat Jacob lebih tinggi darinya.

Bibir tu dia cucuk Botox ke? Tebal macam buku rujukan anatomi aku.

" Done staring at me?" sindirnya, tiba-tiba sudah terpacak di sebelah katil lipat yang aku sedang duduk sekarang.

Maka terloncatlah aku dibuatnya, kalut aku larikan pandangan. Gila Hyemin, buat kerja tak clean! Tenung anak teruna orang lama lama macam perempuan gatal!

" Kau ingat perempuan aje ke tak selesa kena pandang macam tu. Itu dikira sexual harassment. Maksimum dua tahun penjara kalau aku buat report polis." lengan sasanya disilangkan pada dadanya.

Eh, mangkuk ni melampau pulak!

" Eh, tak payah nak sexual harassment sangatlah! Kau yang tahan aku suruh tunggu. Tak cukup tu kau jeling-jeling aku lima minit sekali. Sekarang siapa yang harass siapa?" lancang mulutku membidas.

Alahai, siapa aje yang tak kenal Ahn Hyemin student MBBS year 3 yang suka cakap lepas?

" Sini aku nak tanya, kau ada bukti?" lelaki itu membongkok. Sebelah bibirnya menjongket, membentuk satu senyuman senget. Wangiannya pula berlumba-lumba mahu menjelajah rongga pernafasanku. Sungguh pedih!

Ohh damn Ahn Hyemin! He's pulling seductive card!

" Aku pun nak tanya kau balik, kau ada bukti nak tuduh aku sexually harassing kau?"aku hanya pulangkan paku buah keras. Biar giliran dia pula pening kepala nak berdebat dengan aku.

" Or, should I sue you. Sebabnya dari gaya percakapan kau, I'm sure you love to pick a fight. Apa kata kita gaduh dalam mahkamah terus. Naik turun kes sampai menang." tiba tiba lelaki ini ubah topik perbalahan.

" Apesal nak gaduh kat mahkamah pulak?"

" Kau lupa ke apa yang kau dah buat dekat aku semalam? Kau rosakkan jersey mahal aku. And then lari macam pelesit! Tak sabar aku nak dakwa kau sebab kau dah rosakkan harta benda orang lain!" perkataan mahal ditekannya membuatkan aku mati kata.

Bila dia mula berbicara pasal duit, aku surrender. Aku sedar aku siapa apabila teringat akan ketebalan purse aku. Hanya tebal tiap kali biasiswa masuk tiap-tiap bulan. Dah penat berjimba, habuk pun takde.

player.Where stories live. Discover now