1 5-editing.

218 39 59
                                    

•••

« hyemin »

Langkah bergintai diatur menuju ke bangunan doen aku. Entah kenapa aku boleh tersenyum sorang diri sekarang ni. Berserta package memori aku dan Sunwoo di stadium tadi terlayar di fikiran. Sahlah aku angau. Pantang dapat physical contact sikit, Ahn Hyemin selalunya akan terbabas.

Impaknya sampaikan aku lupa figura candy crush sendiri!

Baru sahaja aku hendak menyeluk tote bag sendiri bagi mencapai telefon bimbit, tiba tiba ada tangan menarik lenganku dari belakang. Tidak semena-mena aku sudah berada di bawah tangga sekarang ini.

"Hyunjae?" aku bulatkan mata. Tak sangka gerangan ini yang tarik aku.

Tapi, macam mana dia boleh terlepas masuk kolej kediaman perempuan ni? Sudahlah kawasan ini lelaki di-ban dari masuk.

"Seronok? Berpeluk sakan dengan Sunwoo macam perempuan murah?" bicara sinis Hyunjae berserta tatapannya yang tajam membuatkan aku panas. Waaa- takde angin, takde ribut aku terus jadi perempuan murah ya?

"Apa kau merepek ni? Suka-suka hati kau aje nak label aku perempuan murah!" aku turut suarakan ketidakpuasan hati sendiri.

Hyunjae tergelak sinis. Lelaki itu mara ke arahku membuatkan aku terundur hinggalah aku rasakan dinding konrit menjadi tempat sandaran aku. Kedua-dua tangannya dilekapkan pada dinding menyebabkan aku tersepit di antara tangannya. Sumpah aku tak boleh lari.

"Menipu lagi? Sudahlah Hyemin. Aku nampak apa yang kau dengan Sunwoo buat tadi. Kenapa kau suka mainkan perasaan aku?" dapat kukesan getaran dalam suaranya.

Liur yang ditelan terasa berpasir. "Ken- kenapa aku nak mainkan perasaan kau pulak. Kita bukannya ada apa-apa wey. We're literally friend!" tegasku.

Riak kecewa Hyunjae aku renung seketika. Tak suka betul bila Hyunjae possessive terhadapku. Tetapi sekarang, apa? Kenapa dia cakap aku mainkan perasaan dia pulak?

"Aku ingatkan kau cuma rabun Hyemin, rupanya kau buta." dia ketawa mengejek sambil bermain-main dengan cermin mataku. Lama dia diam sebelum pandangan kami kembali bersatu. Jenarinya mengelus lembut sisi pipiku.

"Aku suka kau Hyemin. Dari dulu aku sukakan kau. Why kau bengap sangat tak faham semua signal yang aku bagi? Or kau sengaja buat buat tak faham?" bentaknya, tak berapa kuat.

Jatuh rahangku. Hahh? Member yang selalu ajak aku memberuk, menggila dan meliar tiba-tiba confess? Aku nak buat apa ni?

"Kau tak payah terkejut sangat. Ni dah masuk kali ke-23 aku confess. Kau play dumb jugak. Macam manalah kau boleh belajar medic dengan otak macam tu." ujarnya lagi sambil julingkan mata ke atas. Marah betul gayanya.

"T- tak, seriously aku terkejut. Se- sebelum ni aku ingat kau bergurau. Sumpah!" tergagap aku membalas. Masih tak dapat sangkal fakta yang diutarakan olehnya.

Keluhan panjang terzahir dari mulutnya. Lekas kedua tangannya yang mengepungku dijatuhkan ke bawah. Barulah aku dapat bernafas secara normal semula.

"Pabo." gumamnya.

Masam mencuka wajahku. Ingin saja aku mahu tumbuk lengannya macam selalu. Suka-suka hati bapak dia aje cop aku bodoh.

"After 23 times finally! Lega aku dapat confess. So now, aku nak kau jangan dekat dengan Sunwoo! Cukup-cukuplah kau jadi slave mengarut dia. Aku tak suka. Cakap berapa hutang kau dengan dia, biar aku sendiri bayarkan." tegas Hyunjae lagi, penuh possessive.

player.Where stories live. Discover now