2 7

156 28 4
                                    

•••

« sunwoo »

Terhuyung hayang aku melangkah menelusuri kaki lima hotel ini . Entah macam mana aku boleh sampai sini . Aku sendiri takde memori sehingga boleh terlentang tidak berbaju di atas katil .

Kemeja yang berbutang separuh aku betulkan sedikit . Keliru , kepala otak langsung tidak dapat berfungsi dengan waras saat ini . Nak berspekulasi pun aku tak mampu . Akhirnya aku rebahkan badan di atas sofa lobi hotel .

Telefon yang masih berada di dalam poket aku ambil lalu nombor seseorang didail .

" Hm- Mingyu , aku nak kau track location aku and datang ambil aku . "

Berpuas hati dengan jawapan yang dia berikan barulah aku letakkan panggilan . Mata yang sudah kuyu aku pejamkan seketika . Cuba untuk mencari tenaga yang bersisa .

" Encik- ? "

Aku buka mata sedikit . Kabur pandanganku .

" Encik tak boleh tidur dekat sini . " tegur pekerja hotel ini .

Aku tidak membalas . Kepala sedang menyusun ayat untuk bertanya aku berada di hotel mana tetapi terbantut apabila perhatian pekerja hotel itu teralih .

" Hey ! "

Tidak lama kemudian berdiri tegak seorang perempuan yang hanya mengenakan bathrobe di tubuhnya sahaja . Aku sepetkan mata , cuba mengenal pasti perempuan itu .

" Kau jangan kacau ya namchin aku ! Dasar staf gila . "

Hyejin .

" Chagi- , you tengah mabuk ni . Please jangan buat hal dekat sini . Ikut I . " bisiknya lalu memaut lenganku .

" Mwoya- " aku kerutkan wajah lalu menepis .

Melihatkan aku sedang tidak selesa , staf lelaki yang dijerkah Hyejin tadi datang membantu aku .

" C- Cik buat something tak elok ke dekat namja ni ? " takut takut dia menyoal .

" Kenapa ? Dia namchin aku . Lantak akulah ! " semakin kuat pautan Hyejin , memaksa aku berdiri .

" Cik jangan macam macam ya , jangan sampai saya report benda ni dekat pegawai atasan . " ugutnya seraya memandang aku dan Hyejin bersilih ganti .

Hyejin hanya membalas ugutan itu dengan tawaan sinis . " Nak report ? Pergilah . Macam la diorang nak layan pekerja bawahan macam kau . "

Tidak berlengah , Hyejin menarik lenganku supaya mengikuti langkahnya . Aku cuba untuk mengeraskan badan tetapi entah kenapa aku rasa lembik gila sekarang ni .

" Hish lif bodoh ni , cepatlah . " gumam Hyejin .

Ting ! lift berdenting lalu terbuka luas . Tidak menunggu lama , Hyejin tarik aku masuk ke dalam lift . Sikit lagi aku hampir rebah . Baru sahaja pintu lift hendak tertutup , ada tangan lain yang menghalang .

" Shit ! " itulah perkataan terakhir yang aku dengar sebelum aku pengsan buat kali kedua .

--❦︎--

" Ujian darah kau positive dadah . Jenis yang mengkhayalkan . Bukannya sebabkan alcohol . " terang Mingyu .

Aku duduk bersila di atas katil ala ala hospital milik keluargaku . Cuba hadam segala bait perkataan yang Mingyu cakapkan .

" Kau patut bersyukur tau Hyejin gila tu tak bagi dadah stimulan dekat kau . Kalau tak entah apa la yang jadi . Menjanda la tunang kau nanti . Lagi senang aku nak rembat . " ujar Mingyu seraya ketawa kecil .

Aku hanya mampu jeling Mingyu .

" Hyemin aku macam mana ? Ada something jadi ke ? Kenapa dia langsung takde call aku ? " aku mengerling ke arah telefon di meja tepi katil . Sepi sejak aku baru bangkit dari pengsan .

Mingyu mendiamkan diri seketika . iPad di tangan dia serahkan kepada aku .

" Aku ada la em- hack telefon dia . Aku tahu benda ni salah , kacau privacy dia tapi kau kena tahu . Aku tak sangka pulak boleh jadi macam ni . " lambat lambat dia menghulur peranti itu .

" Apa yang kau tak sangka ? " sebelah keningku terangkat .

" Hyejin send gambar gambar kau dekat hotel emm- dengan dia . Paling teruk sekali- "

Aku tekan conversation Hyemin dengan seseorang yang tidak dikenali . Terpampang jelas semua gambar . Yang paling mengejutkan semua gambar itu tidak berbaju .

" Both of you naked . "

Sumpah aku rasa nak tepuk dahi sekuat kuatnya . Kalaulah perempuan yang bernama Hyejin ada di depan mata , memang kena terajang masuk goal .

" Drive aku pergi kolej kediaman . "

" What- ? "

Kalut aku mencabut drip di tangan lalu berlari ke arah bilikku semula . Kalut Mingyu mengejar aku .

--❦︎--

" Girl , kenapa susah sangat nak angkat call tu . " rungutku geram .

Berkali kali aku cuba hubungi Hyemin tetapi hanya suara operator sahaja yang menjawab . Sikit lagi aku hampir berputus asa .

" Ahn Hyemin- " rintihku sebelum melorot jatuh ke tanah . Kepala aku sembamkan ke lutut . Sudahlah side effect dadah tu masih belum hilang . Ahn Hyemin pulak yang menghilang .

" Sunwoo , aku rasa better kau balik rehat dulu . " bahuku disentuh Mingyu , tetapi aku menepis .

" Please Sunwoo , kalau Mummy kau tahu kau buat hal . Mampus aku kena dengan dia , dia tu dahla garang . " pujuk Mingyu .

Aku mengeluh panjang . Berat hati aku berdiri , merenung blok kolej kediaman yang dihuni Hyemin .

" Kau dah sihat sikit lantak kaulah nak buat apa . Pleaselah . "

Akhirnya aku menurut . Baru sahaja ingin masuk ke dalam perut kereta , mataku terpandang satu susuk sedang memegang pasu di atas rooftop kolej kediaman . Kemudian dia lepaskan pasu itu lalu menghilang . Serentak itu satu jeritan menerjah gegendang telinga .

•••

« lyaaa »

here we go 🤡

player.Where stories live. Discover now