1 2

201 41 16
                                    

•••

« hyemin »

Aku membuka pintu closet bagi mencari cardigan yang sesuai. Tetapi mataku tertancap pada windbreaker yang Sunwoo pinjamkan tempoh hari. Serta-merta mataku terjojol. Lupa pula mahu hantar semula harta Sunwoo ini. Bukan taknak bagi, tapi dia tak mintak. Aku pula sibuk. Tambah pulak penyakit pelupa aku, memang boleh jadi kimchi perap rasanya.

Karang dia tambah pula harga windbreaker dalam buku hutangnya. Sudahlah jersinya tak berbayar lagi, tambah windbreaker berjenama ni? Hmph! Pokai aku nanti!

Dengan malas aku mencapai telefon. Membelek semula conversation aku dengan Sunwoo. Tak sangka, last chat kami adalah hari kami ke pantai. Aku mengembungkan pipi. Nampaknya seminggu jugak dia tak cari aku. Dia lupa agaknya yang dia ada slave Joseon?

Eh, kira okay la dia tak cari aku. Sekurang-kurangnya aku dah tak payah nak dengar mulut orang mengumpat aku asyik bergendeng dengan Sunwoo ke sana ke mari!

"Minnie, jom kelas! Dah lambat ni! Kejap lagi kelas Mister Crush kau tu!" laung Yujin dari luar.

"Kejap!" sahutku.

Malas mencari, aku terus sumbat windbreaker mahal kepunyaan Sunwoo ke dalam tote bag. Kalau aku bertembung dengan Sunwoo, boleh la bagi nanti. Bak kata Yujin, satu package terus!

--❦︎--

Semudah anatomi. Itulah yang dapat aku gambarkan mengenai kuiz subject immunology tadi. Berkat aku sempat study. Bukan ake je, kawan-kawan aku yang lain pun dapat jawab dengan jayanya.

Kini aku, Yujin, Younghoon dan Hyunjae baru sahaja keluar dari dewan kuliah. Sibuk berbincang nak makan dekat mana memandangkan jawapan kepada soalan 'kita nak makan kat mana' memerlukan kesefahaman.

"Kita nak celebrate dekat mana ni? Cepatlah fikir korang!" desak Younghoon. Tidak sabar-sabar memandangkan perutnya paling kuat berkeroncong.

"Cafe baru tu nak?? Yang seberang kampus tu. Chagi tengok macam aesthetic aje. Dengar orang cakap macam sedap!" celah Yujin sambil tersenyum manis. Siap dipautnya lengan Younghoon penuh mesra.

Eh hello? Lupa ke kawan single kau kat belakang ni?

Mereka berdua berjalan di hadapan, manakala aku dan Hyunjae di belakang. Terpaksa menadah telinga dengar segala ayar manis sweet sawit pasangan ini sedang bualkan. Sempat Hyunjae buat gaya nak termuntah. Aku tahan ketawa.

"Oyemgi- I suka tekak you babe. Korang? Okey tak?" soal Younghoon. Aku hanya mengangkat bahu.

"Okey je wey, asalkan makan dan kenyang tanpa kena food poisoning." balas Hyunjae, bersahaja.

Kami berempat terus menghala ke arah cafe yang dimaksudkan oleh Yujin. Masuk sahaja ke peremis itu, mulutku ternganga luas. Vibe cafe ni! Aesthetic gilosss! Sangat kena dengan citarasa aku!

"Lalat masuk bertelur nanti." Hyunjae menolak rahangku ke atas. Sempat dia usap dagu aku membuatkan aku mencerlung pada lelaki itu.

Rangan Hyunjae aku tampar. Sempat lagi ambil kesemptan!

"Korang nak makan apa? Hyunjae volunteer nak belanja kita harini." selamba aku petik nama Hyunjae. Sengaja cari pasal memandangkan dia yang mula dulu.

player.Where stories live. Discover now