Suasana pada pagi itu sungguh indah, dihiasi oleh bunyi burung berkicauan.Namun, suasana itu telah dirosakan oleh jeritan salah seorang kembar elemental.Kesemua penduduk taman hanya mampu menadah telinga mendengar pertelingkahan adik-beradik elemental itu.Tidak kurang juga ada yang menjadi penonton setiap kali mereka bergaduh gara-gara kelebihan yang ada pada mereka menjadikan pergaduhan mereka agak ekstrem untuk ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur.
Jiran 1 : kau rasa siapa menang?
Jiran 2: entah tengok juga siapa yang gaduh.
Jiran 3: tak kisahlah siapa yang gaduh, yang menang last last empunya kuali kat dapur tu
Jiran 1&2: betul, betul
With the elemental twins
Blaze dan Taufan masing-masing sedang menahan kesakitan akibat dipukul oleh abang sulung mereka dengan menggunakan kuali kesayangannya.Semua kembar lain terus terdiam apabila melihat Gempa marah.Blaze dan Taufan masih menjeling satu sama lain kerana masing-masing berasa marah dan tidak puas hati.
Flashback
Blaze: huhuhu...susahnya soalan matematik ni! Nak pecah rasa otak aku ni
Taufan: heyyo Blaze. Buat apa tu.
Blaze: kau ada mata kan?
Taufan: ada. Lagi cantik dari mata kau. Biru gituw
Blaze: dah ada mata tu guna. Dah nampak aku buat apa tanya lagi.
Taufan: hmmm, along~ jom pergi kedai cermin mata. Taufan nak check mata
Gempa: aik kenapa pula tetiba nak check mata ni?
Taufan: sebab Taufan Nampak Blaze tengah belajar ni ha.
Gempa: bagus lah tu. Salah ke kalau dia belajar
Taufan: tak salah. Tapi manusia yang bernama Blaze bin Amato bin Tok Aba ni jaranglah nak belajar
Blaze: apa kau cakap
Taufan: fakta
Gempa: haih, macam-macam lah korang ni.Kalau Taufan nak juga pergi check mata pergi dengan Hali sebab dia nak keluar kejap lagi. Alang-alang pergi sekali
Taufan: gulp... pergi dengan angah
Hali: Hali keluar dulu ye along
Gempa: bawa Taufan tu sekali katanya nak pergi check mata
Taufan: Jo-jom pergi angah
Hali: dah, tak payah nak mengada sangat. Baik kau berhenti merepek sekarang sebelum aku yang check mata kau.aku check free of charge je tapi kau kena tahan sakit sikit je lah. Sikit je tak banyak
Taufan: ehehe... takpe lah angah. Tiba-tiba terang benderang pulak mata Taufan ni. Angah ada bakat jadi doctor lah
Hali: ..................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taufan: AH! Sakitlah angah
Hali: Aku dah cakap berhenti merepek tadi kan? Sakit sikit je tu. Eh, Hali dah lambat ni.Hali keluar dulu ye along. AssalamualaikumGempa: waalaikumussalam.
Taufan: nak jumpa awek la tu
Hali: kau tunggu aku balik nanti aku bagi kau hadiah yang kau tak akan lupa sampai kau bercucu cicit
Blaze: HAHAHA, itulah lain kali mata dan otak jangan letak kat lutut
Taufan: apa kau cakap?!
Blaze: fakta
Taufan: habis tu otak kau letak kat mana? Soalan senang macam tu pun tak boleh jawab. Solar yang pendek dan tak berapa nak hensem tu pun tahulah jawapannya.
Blaze: eh kau ni..memang nak kena kan
Taufan: apa? Ingat aku takut ke dengan kau. Mari lah
Blaze: game on, hiyahhh!
Flashback end
Sudah hampir satu jam Gempa berleter di hadapan dua orang kembarnya. Kembarnya yang menjadi penonton mula berasa letih mendengar leteran Gempa yang hampir menyerupai mak-mak orang itu. Gempa berasa sangat hairan apabila Blaze dan Taufan bergaduh sehingga bermasam muka kerana mereka jarang sekali dan hampir tidak pernah bergaduh. Dua kembar ini sering mengenakan mereka bersama-sama.
With Halilintar [ halilintar pov]
Halilintar sedang duduk di taman sambil memikirkan sesuatu. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Dia sedang memikirkan tentang kelakuan Blaze yang sangat pelik pada hari itu.Walaupun Blaze seorang yang nakal, aktif dan panas baran, namun layanan Blaze terhadap kembar-kembarnya tidaklah seteruk yang difikirkan.Adiknya yang seorang itu seakan-akan mewarisi salah satu sifat miliknya yang tidak suka adik-beradik mereka disakiti.Memang benar, Blaze sering mengganggu dan mengenakan mereka adik-beradik. Namun, Blaze mempunyai satu ciri istimewa iaitu dia sering menjadi dirinya dan tidak pernah mengubah dirinya hanya untuk memuaskan hati orang lain. Dalam erti kata lain, Blaze tidak mungkin akan berkelakuan pelik secara tiba-tiba. Halilintar merasakan ada sesuatu yang telah berlaku kepada si pengendali elemen api itu. Halilintar mengambil buku yang terdapat dalam beg miliknya lalu berfikir. "mungkinkah dia dah Kembali?" Sedang asyik Halilintar berfikir, dia tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh sambil memegang pisau. Setelah sekian lama memerhatikan Halilintar, orang itu pun beredar " tak seronok lah kalau aku bunuh kau sekarang. Biar aku porak-peranda kan keluarga kau dulu. Masa tu, baru kau akan menderita. Lepas kau dah menderita, baru lah aku boleh bunuh kau sebab masa tu kau dah hilang pertimbangan dan kau bukan lagi Halilintar."
.
.
.
.
.
Assalamualaikum and hi everyone
So...how was the chapter?
See you guys in the next cahpter.bubye.....
YOU ARE READING
Unbreakeable bond
FanfictionSelepas kedua ibu bapa mereka meninggal,Halilintar menggalas tanggungajawab untuk menjaga adik-beradiknya.Walaupun berdepan dengan pelbagai karenah,kasih sayang Halilintar terhadap adik-beradiknya tidak pernah pudar.Selain bertanggungjawab dalam me...