༘⋆🌷₊˚ෆ
Helaian buku teks Sejarah muka surat 21 dicari. Nota disalin di dalam buku latihannya. Kipas mini yang berada di hadapannya didekatkkan lagi ke wajahnya. Panas pula rasanya padahal elok saja dipondok itu terpasang kipas.
Barsha angkat wajahnya perlahan-lahan. Merenung dua manusia yang sedang membantu guru di dewan itu.
Qais dan Aeera.
Barsha mencebik bibir. Dia ditinggalkan Aeera di sini seorang diri. Niat mahu belajar bersama-sama, tapi lain pula jadinya bila Aeera terlebih rajin menawarkan diri untuk membantu Qais di dewan itu. Padahal Aeeralah yang berjanji dan memujuknya untuk stay di sekolah pada petang ini.
Barsha menghela nafas berat. Sedikit terasa. Dan juga cemburu. Tapi, dia tak ada hak untuk itu. Biarlah perasaan itu pergi sendiri seperti angin yang menyapa lembut wajahnya. Tak mengapa jika semua itu membuatkan dia sakit. Dia tak mampu untuk membuka mulut. Tak mampu untuk memihak kepada dirinya sendiri. Dia takut jika kata-kata yang bakal keluar daripada mulutnya itu akan menggores hati seseorang.
"Haa! Kau ni asyik mengelamun je. Hobi baru eh?" sergah Aeera yang baru tiba. Dapat Barsha lihat buku dan alat tulis yang berselerakan di atas meja itu dikemasnya.
Barsha pandang Aeera lama. Seolah-olah tahu apa yang tak lama lagi diungkapkan gadis itu.
"Senyum-senyum nampak," usik Barsha kepada Aeera. Ceria sungguh kelihatan wajah itu.
"Tak adalah." Aeera berdalih padahal jelas nyata.
"Err.. Barsha?" Aeera memanggil Barsha yang masih setia menyalin nota itu. Khusyuk benar.
"Kenapa?" Kening ternaik.
"Maaf tau. Hari ni kita tak jadi study sama-sama sebab-" Belum sempat dia menghabiskan bicaranya Barsha terlebih dahulu memintas.
"Sebab kau masih ada kerja nak dibuat dengan Qais tu?" Kedengaran biasa ayat yang dituturkan oleh Barsha, tapi hanya dia saja yang tahu. Terasa bercampur cemburu.
Ya, dia tahu tolong-menolong itu amalan mulia. Tapi Aeera tak boleh berfikirkah bahawa sikap gadis itu tak kena dengan situasi mereka? Sudahlah mereka jarang bersama disebabkan kesibukkan masing-masing. Bila sudah ada peluang disia-siakan begitu saja. Jadinya, Barsha hanya mampu hela nafas panjang. Padahal Barsha mahu bertanyakan perihal kerja Matematik yang tak dapat diselesaikannya itu. Kalau sudah kejadiannya begitu, terpaksalah dia cari jalan sendiri. Nampak sangat Aeera sibuk. Tak ada masa.
Aeera yang menyedari itu hanya ayat biasa terus berkata, "Haah. Next time kita belajar sama-sama, ya? Nanti aku cari masa free." Ayat itu kedengaran memujuk Barsha.
"Okey..."
"Oh ya sebelum itu.. nah." Kek yang berukuran sederhana itu di dalam bekas diberikan kepada Barsha.
"Bila masa kau beli ni?" Barsha menyoal pelik. Setahu dia tak ada nampak gadis itu pergi ke kantin melainkan dia sendiri yang tak perasan.
Aeera senyum menampakkan sebaris giginya. "Masa rehat tadi. Makan sikit je tau. Aku pun nak makan."
Barsha masih dalam kekeliruannya. "Kau cakap duit kau tadi tercicir."
"Duit aku memang tercicir masa nak beli kek ini. Tapi, ada makhluk Allah yang baik hati tolong bayarkan sebab itulah aku suruh makan sikit je," terangnya panjang lebar. Bibir itu masih tidak lekang dengan senyumannya.
"Oh.. jadi, siapa yang baik hati bayarkan?" Barsha masih lagi bertanya. Rasa tidak puas hati dengan penerangan Aeera yang panjang lebar itu.
Kali ini perlahan nada suara Aeera gunakan.
"Qais."
Nama itu. Terasa kelu untuk dia membuka mulut. Barsha hanya mengangguk sebagai balasan. Hilang terus seleranya mahu makan.
Takkanlah dia mahu makan makanan yang dibelikan Qais untuk Aeera. Manalah tahu memang lelaki itu sengaja belanja Aeera.
Bilalah dia akan dapat begitu, ya?
Kek coklat itu dialihkan ke tepi. Buku Matematik dikeluarkan. Daripada dia sibuk melayani perasaannya yang sampai bila takkan habis itu, lebih baik dia menyibukkan diri dengan hal yang berfaedah.
Terkadang lebih baik tidak mengetahui daripada hujungnya membuatkan kita sakit.
💌dari hati ke hati💌
Pernah tak suatu ketika dahulu atau pun sehingga sekarang rasa tersisih oleh kawan-kawan yang lain? Terasa itu sudah semestinya ada. Tapi, bila semakin besar ni sebenarnya kita makin faham yang kita ini boleh hidup sendiri tanpa kawan. Kalau ada kawan, tapi macam tak ada kawan, tak ada gunanya jugakan?
Kita sendiri yang sakit, kita sendiri yang pendam, kawan ajak yang lain saja, bila giliran kita mereka kata mereka lupa. Mereka memberikan 1001 alasan kepada kita bagai kita ini anak kecil yang tak faham maksud daripada perlakuan mereka. Mereka hanya cari kita bila mereka susah, tinggalkan kita bila mereka sudah dapat apa yang mereka mahu. Sedangkan kita, terkapai-kapai mencari solusi untuk membantu diri sendiri tanpa mahu menyusahkan mereka.
Rasanya, kita ini second choice. Ataupun not even choice? Perkataan itu sememangnya sudah tak asing di pendengaran kita. Jadi, kalau kita tak mahu terus terjebak dengan kesakitan yang mereka cipta, keluarlah dari penjara dunia itu. Carilah kawan-kawan yang memberikan kita aura yang positif. Memberikan kita kekuatan untuk terus ke hadapan. Membawa kita ke syurga bersama-sama.
Jika kita rasa tiada satupun yang boleh menerima kita dengan seadanya, yang mampu menjadi kawan terbaik kita, yang boleh membimbing kita ke syurga Allah itu, tak mengapa. Tiada kawan pun tak mati. Ingat, tiada kawan tak bermakna kita bersendirian. Kita ada Allah. Kenapa kita perlu takut dengan segala kemungkinan yang kita akan hadapi kelak, kalau kita yakin Allah ada bersama kita?