برش ١٠

107 6 3
                                    

༘⋆🌷₊˚ෆ

Kasut dibuka lalu diletakkan di rak kasut. Begitu juga dengan beg yang dibawanya. Memang tak dibenarkan membawa beg ke dalam pusat sumber itu, hatta kotak pensil sekalipun. Yang dibenarkan hanyalah alat tulis  seperti pen, pensil, pemadam dan pembaris. Yang asas saja berserta botol air.

Pintu pusat sumber itu dikuak perlahan-lahan. Kemudian, dia melangkah masuk. Nafas lega dihela bilamana dia melihat hanya tiga orang saja pelajar termasuk dirinya yang berada di situ.

Kaki laju melangkah ke rak buku. Mencari buku yang mahu dibacanya. Barsha balik petang hari ini saja mahu mengisi masa di pusat sumber sekolahnya. Lama tidak jejakkan kaki.

Setelah beberapa lama mencari, akhirnya sebuah buku menjadi pilihannya. Dia melabuhkan duduknya berdekatan dengan rak tadi.

Buku itu dibaca helaian demi helaian. Ketika itu juga kantuk matanya tak dapat ditahan. Dia terlelap beralaskan lengannya. Buku yang tadi dibiarkan di sebelahnya menyisakan beberapa muka surat yang belum sempat dibacanya.

Persekitaran yang sejuk dan suasana yang sunyi buatkan dia makin terlena. Sungguh rasa tenang dan mendamaikan.

Setelah 35 minit kemudian, barulah dia terjaga. Dahi berkerut. Terasa lenguh tangannya. Mata digosok sekejap. Mata yang sudah kembali segar itu mula meliar ke segenap ruang pusat sumber itu. Dikala itu juga dia terkedu di tempatnya apabila mendapati susuk tubuh Qais yang berada tidak jauh daripadanya sedang membaca buku berseorangan.

Mesti dia confess juga dengan Aeera, kan? 

Seakan tersedar, pantas dia bangkit menaruh buku yang dibacanya tadi. Mahu tak mahu terpaksa juga dia melepasi tempat Qais itu untuk keluar daripada pusat sumber. Jujur, dia tak mahu berlama-lamaan di situ jika ada Qais. Dia tak betah. Lagipula, Barsha sudah berjanji dengan diri sendiri. Mana mungkin janji itu tidak dikotakan. Gadis itu tak akan sesekali memungkiri janji.

Janjinya suatu ketika dahulu dengan Aeera. Dia mahu lihat Aeera bahagia. Dia akan buat apa-apa saja untuk Aeera gembira. Janjinya, juga untuk melupakan semua perkara tentang makhluk Allah yang satu itu. Qais Iktizaz.

Bintang, kalau kamu tahu malam itu ialah malam terakhir aku bercerita tentang dirinya kepadamu. Aku tertanya-tanya apa perasaanmu?

Riak wajah biasa dia tayangkan apabila berjalan melepasi tempat Qais itu. Qais juga langsung tak memandang ke arahnya. Dan dia tidak peduli itu.

Malah dia lega kerana perkara itu makin memperkuatkan dirinya untuk melepaskan satu rasa asing yang sudah lama bertandang itu.

Kasut dipakai dan tali kasut diikat. Tangan yang mahu mengambil beg itu terhenti dek mata tak sengaja terpandang satu kertas bersaiz kecil diselitkan di tepi begnya. Lantas, kertas berwarna putih itu dicapai dengan tangan terketar dan degupan jantung yang berdetak laju.

Kertas yang dilipat itu dibuka. Tulisan di dalamnya dibaca. Makin kehairanan dia di situ dengan wajah yang jelas terkejut. Barsha hampir lupa cara mahu bernafas kerana terlalu terperanjat.

Dia baca kembali bait-bait kata yang ditulis itu. Takut tersalah baca. Tetapi memang, memang perkataan itu yang ditulis. Perkataan yang mustahil ditujukan kepadanya. Langsung dia tak pernah terfikir dia akan mendapat sesuatu yang di luar jangkaannya.

Kata-kata di dalam kertas itu berulang kali dibaca.

Hari-hari yang kita lalui terkadang memang tak semestinya indah, tapi mahu tahu apa yang sudah pasti indah?

Yang sedang baca ini.

Ya, kamu Barsha.

Jangan menafikan kerana tiada yang dusta di sebalik kata-kata ini.

Kertas itu dibelek-dibelek niat mahu mencari nama gerangan yang menghantar itu, tapi tiada langsung tertera. Sehingga kerucut kertas itu.

Mata diliarkan ke seluruh tempat, mencari si pemberi jikalau ada. Kertas itu dipegang erat. Tapi nihil, tiada seorang pun yang berada di situ.

Mendadak akal fikiran mengingatkan figura Qais yang berada di dalam pusat sumber.

Mustahil.

Kepala digeleng pantas beberapa kali.

Mungkin sekarang ini hubungan Aeera dan Qais makin dekat, kan? Dia pun tak tahulah, dia main teka saja. Aeera pun tak cakap apa-apa lagi yang lebih lanjut tentang mereka. Yang dia tahu semalam Aeera kata yang Qais belum lihat pesanannya saja dan tiada lagi perbualan mereka tentang perkara itu.

Tak ada kena mengena dengan Qais. Jangan libatkan dia, Barsha.

Semua itu tak akan berlaku.

Tak akan.

Namun, bagaimana kalau mereka sebenarnya saling suka?

Apa pun kemungkinan yang akan berlaku, pengakhirannya tetap begini. Dia harus melepaskan dan menerima dengan ikhlas.

Kerana dia tahu ada yang lebih layak dan sempurna mendampingi lelaki itu.

Kau punya 1001 cara untuk membuatku jatuh cinta dan aku juga punya 1001 alasan untuk mengikhlaskan.

Aku akan menjauh sejauh-jauhnya sampai aku lupa bahawa suatu ketika dahulu aku pernah menginginkanmu. Takkan pernah kembali dan menyukaimu lagi.

10:00 tamat.

Thank you for reading.
Ada yang mahu dikatakan? Silakan.





















































💌dari hati ke hati💌

Jangan kejar sangat dunia, ingat ada akhirat yang sedang menanti. Jangan leka tentang hal duniawi sehingga mengabaikan akhirat. Jaga solat, jaga maruah, jaga adab, jaga apa yang patut. Jangan sedih-sedih. InsyaAllah perkara yang baik akan menyusul. Jangan stress sangat. Jaga kesihatan. Jaga diri. Sama-sama kita doa yang baik-baik. Semoga berjaya dunia dan akhirat semua. Aamiin.

10:00 ✓Where stories live. Discover now