برش ٨

80 6 0
                                    

༘⋆🌷₊˚ෆ

Tidak terasa yang dia sudah menjadi senior sejak 5 bulan yang lalu lagi. Cepat betul masa berlalu. Semua kenangan indah yang berlaku, pasti akan dia rindui.

Mereka makin sibuk dengan pelajaran dan urusan masing-masing. Kelas tambahan juga ada yang sudah bermula. Tiada masa dia mau bermain-main lagi atau menangguh pembelajarannya. Kali ini dia betul-betul mahu fokus belajar dan buang segala sifat-sifat yang tak baik. Terutamanya penyakit M.

Penyakit Malas.

Rasa bersyukur semuanya berjalan lancar berkat doa dan usahanya sendiri. Menangis, sedih, kecewa dan marah itu lumrah. Mahu tak mahu manusia akan hadap juga. Tapi, semua itu bukannya alasan untuk dia mengalah. Sebaliknya, alasan untuk dia melangkah maju ke hadapan. Menjadi seseorang yang tabah dan kuat.

Yang penting jangan lupa kepada Pencipta.

Buku dan alat tulis yang berselerak di atas meja itu dia kemas. Usai saja mengemas dia matikan lampu, kemudian berbaring di atas tilam. Sebelum itu, sempat juga dia merenggangkan tubuh badannya. Letih. Adalah dalam 1 jam 30 minit dia duduk saja di kerusi itu menghabiskan masanya untuk mengulang kaji dan membuat kerja sekolah. Kaki pun sudah terasa kebas.

Mata dipejamkan, mahu tidur. Tapi, mata berkehendak lain. Tiada sebarang tanda-tanda dia mengantuk walhal dia sudah rasa letih sekarang. Sudahnya, telefon pintarnya dicapai lalu beberapa chat yang belum dibukanya, dia lihat.

Semestinya, nama Aeera itu dahulu dibuka dari sekian banyaknya pesanan yang masuk.

aeera <3

aeera <3
barsha
barsha
oi
dah tidur ke?

you
belum lagi
kenapa tu?
macam penting je

Sejujurnya, jarang mahu melihat Aeera meninggalkan pesan kepadanya pada waktu malam begini. Biasanya gadis itu sibuk belajar saja, tiada masa hendak bermain telefon. Itulah yang dia dapat agak ada perkara penting yang mahu disampaikan oleh sahabatnya itu.

aeera <3
macam tau tau je

you
yalah
biasanya waktu macam ni kan kau belajar

aeera <3
hehe
hari ni aku rehat
aku nak bagitau something ni

you
apa tu?

Berdebar-debar dia menantikan perkara yang mahu diberitahu Aeera itu. Jarang sungguhlah Aeera berperlakuan sebegini. Biasanya dia terus cakap saja. Itulah dia pun gugup sekali.

aeera <3
hari tu aku cakap nak confess kan

you
ya
pastu?

aeera <3
aku dah confess

Kata-kata itu Barsha tatap lama. Makin lemah dia rasakan tubuhnya. Senyum hambar bercampur gembira dia tayangkan. Bibir juga sudah dikemam. Nafas ditarik lalu dia hembus berkali-kali. Bagi memujuk dirinya sendiri.

you
bila tu?

aeera <3
baru je
adalah dalam 45 minit yang lalu

you
crush kau kata apa?

aeera <3
itulah yang masalahnya sekarang
dia tak balas dari tadi
masa aku tengah chat tu dia online, lepas je dalam beberapa minit aku confess, dia dah tak online sampai sekarang
chat aku pun dia tak baca

10:00 ✓Where stories live. Discover now