P R O L O G

508 14 0
                                    

Betul lah orang kata, hari takkan selalu cerah. Bahagia takkan selalu ada. Begitu lah kehidupan Arrysa. Jika dahulu dia sentiasa bergembira bersama keluarga. Sekarang hanya mampu meratapi kenangan lalu.

Seminggu lalu...

"Rys ouh Rys", panggil Puan Amelin.

"Ye umi. Kejap Rys datang", jerit Arrysa.

Arrysa melangkahkan kakinya menuruni tangga rumah dua tingkat itu mencari uminya yang berada di bilik bawah. Uminya tidak lagi boleh naik turun tangga disebabkan lumpuh yang dialami sejak kemalangan 3 tahun lalu.

"Ye umi. Kenapa panggil Rys nih? Umi nak apa-apa ke? Umi lapar? Nak Rys masakkan ke?", tanya Arrysa sambil jengahkan kepalanya disebalik pintu.

"Allahu Rys. Cuba tanya umi satu-satu. Pening kepala umi ni. Tanya macam peluru. Berdas-das", Puan Amelin mengelengkan kepalanya.

"Hehehe, maafkan Rys umi"

"Sini duduk sebelah umi meh", kata Puan Amelin sambil menepuk ruang katil yang kosong. Arrysa melangkah ke arah Puan Amelin dan menyandarkan kepalanya pada bahu Puan Amelin.

"Dah besar dah anak umi. Rys tahu dulu masa umi lahirkan kamu. Umi rasa takut nak pegang sebab yela waktu tu badan kamu kecik je. Besar lengan umi haa. Tapi tengok lah sekarang, anak umi dah cantik, jelita, comel pula tu" kata Puan Amelin sambil mengusap kepala anak gadisnya itu.

"Alah umi. Jangan lah puji Rys macam tu. Rys malu lah umi" kata Arrysa sambil menekup pipinya yang terasa membahang.

"Tapikan umi. Anak umi ni memang cantik, jelita dan comel pun"

Puan Amelin memandang redup ke arah mata Arrysa yang memandangnya. Sayu hatinya mengenangkan nasib anak gadisnya tidak seperti gadis-gadis yang lain. Namun dia tetap berdoa agar anaknya mampu gembira seperti yang lain jika dia tiada nanti.

"Umi sebenarnya nak cakap sesuatu dengan kamu. Umi nak Rys dengar baik-baik apa yang umi nak pesan. Andai kata suatu hari nanti umi dah tiada dekat dunia ni. Umi nak Rys sentiasa tabah menghadapi ujian yang mendatang. Umi nak Rys jadi kuat. Jangan menidas orang tapi jangan juga biar orang lain menindas Rys. Umi nak anak umi sentiasa gembira. Tak salah kalau Rys nak menangis tapi umi nak Rys tetap kuat. Faham Rys?"

"Umi kenapa cakap macam tu? Umi nak pergi mana? Umi nak tinggalkan Rys ke? Rys taknak umi tinggalkan Rys. Nanti siapa nak dengar cerita Rys?" Arrysa memandang kearah Puan Amelin dengan mata yang berkaca.

Jauh disudut hati Arrysa, sungguh dia tidak mahu kehilangan satu-satunya permaisuri yang sentiasa bertahkta di hatinya sejak dahulu. Hanya uminya sahaja yang menjadi tempat dia meluahkan segalanya. Menjadi tempat dia menyandar dikala sedih dan merasa penat. Andai uminya tiada suatu hari nanti. Lemahlah dia.

"Rys sayang umi kan? Jadi umi nak Rys pegang kata-kata umi. Umi nak Rys sentiasa bersedia untuk hadapi segalanya walaupun berseorangan. Umi takkan ada sentiasa untuk Rys. Please Rys janji dengan umi yang Rys akan kuat untuk umi." kata Puan Amelin sambil mengapai tangan Arrysa.

"Baik umi, Rys janji" balas Arrysa langsung memeluk uminya. Puan Amelin membalas pelukkan anak gadisnya sambil mengusap belakang Arrysa.

xxx

Ring Ring

"Hmm dah pukul berapa nih?"

Arrysa meraba meja kecil yang berada disebelah katilnya sambil mencari phone yang rancak berbunyi.

6:00 a.m.

"Ya Allah! Aku tak solat subuh lagi ni" jerit Arrysa perlahan sambil melangkahkan kakinya ke arah bilik mandi.

Setelah selesai mandi, Arrysa menuju ke arah almarinya untuk mengambil uniform yang telah siap digosok semalam. Arrysa tidaklah rajin mana namun dia bimbang jika dia tidak sempat menggosok bajunya pada keesokkan hari.

Iye seperti harini. Arrysa ni mandi sahaja sudah 30 minit. Bayangkan betapa kalutnya Arrysa jika tidak menggosok bajunya sebelum tidur semalam.

Selesai mengikat rambut dan mengemas apa yang patut, Arrysa menuruni tangga dan menuju kearah bilik uminya.

Tok tok

"Umi, Rysa dah nak pergi sekolah ni. Takut lambat sampai, harini ada perhimpunan dan taklimat" kata Arrysa.

Senyap.

"Umi?"

Arrysa merasa pelik kerana uminya tidak menyahut seperti selalu. Kebiasanya umi akan membalas apa yang Arrysa katakan walaupun hanya bercakap disebalik pintu.

Arrysa menolak pintu bilik uminya bagi melihat kalau kalau uminya terlajak tidur. Kebiasannya pada waktu pagi akan ada pembantu yang akan menguruskan umi dan menyiapkan sarapan.

Dengan berpandukan samar-samar cahaya daripada luar. Arrysa memandang ke arah sekujur tubuh yang tenang diataskan itu. Lalu melangkah kaki menghampiri uminya yang sedang enak tidur.

"Umi, Rys nak gerak pergi sekolah dah nih" cuit Arrysa sedikit pada bahu uminya.

Kaku.

Arrysa memandang pelik kearah uminya. Biasanya umi akan terbangun jika ada yang menyentuh badannya. Arrysa menepuk bahu uminya sedikit kuat bagi membangunkan uminya.

"Umi? Umi!!" Arrysa baru perasan akan dada umi yang tidak berombak seperti orang biasa yang sedang tidur. Malah, dada umi tetap kaku tidak berombak. Seolah-olah tiada lagi pernafasan.

Dengan tangan yang mengigil Arrysa mendekatkan jarinya kearah hidung uminya.

Tiada hembusan nafas.

Nadi? Arrysa cuba mencari nadi uminya namun tiada. Mata Arrysa berbalam-balam memandang kearah tubuh kaku itu.

"Umi..." lemah sungguh lutut Arrysa ketika ini. Lalu jatuh berlutut disisi katil.

Kenapa umi tinggalkan Arrysa....

A L P H ATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang