"HATI hati jalan tu," pesan Taufan sambil berjalan di hadapan sekali. Sekali sekala, anak matanya mengerling rakan rakan yang berada di belakang.
Sesungguhnya, dia dah penat asyik hilang jejak kawan sendiri je. Haih...
"Berlagak macam dia tu ketua." Nuura menggumam perlahan. Nana yang hanya membisu melayan perasaan sendiri dari tadi dipandang hairan.
Lah... Ada orang tengah angau ke apa ni?
"Nuura, jalan tengok depan."
Wajah Ice yang beriak kosong dari tadi dilihat pula. Anggukan diberi sebelum dia meneruskan perjalanan dengan sebaik mungkin.
Tap! Tap! Tap!
"Sekarang dah pukul berapa sebenarnya? Tengok kat luar macam dah nak pagi..." Nuura menyoal hairan. Keadaan luar yang dihalang dengan tingkap dilihat.
Taufan melihat jam tangannya.
"Pukul 4:56 pagi..."
"Dan kita kena keluar dari sini sebelum pukul enam?" Ice menyampuk.
"Ha? Dari mana kau tahu benda ni?"
Melihat Nuura, Nana dan Taufan kini memandangnya dengan pandangan curiga, dia berdehem sedikit. "Err... Tadi..."
UKK! AKK! AAK!! UKK!!
Tap!
Langkah mereka semua terhenti. Kelibat seekor beruk yang sedang mengejar sesuatu menyapa mata mereka.
"Argh! Blah kau dari sini!" Tengking seorang wanita di situ. Tangan kirinya kelihatan cedera parah sambil tangan kanannya memegang erat sebuah kayu yang hampir patah.
"Miss?"
PRESENT...
"Dan yang aku geramnya kau boleh pula tarik aku macam tu tiba tiba?" Rine menjengil geram. Solar tertawa hambar.
"Maaflah, aku tak sengaja..."
Kcak!
Pistolnya kini dituju ke tempurung kepala Solar.
"Cakap alasan tu dengan pistol aku."
"Woi! Aku betul betul tak sengaja!"
Rine hanya berdiam. Wajah gelabah Solar dipandang kosong.
Saa...
Pistol kembali disimpan ke dalam poket. Satu keluhan berat dilepaskan. Ingatan di mana Solar yang tampak ketakutan tadi menariknya tiba tiba hingga turut terkebelakang masih jelas.
Hampir hampir dia menembak Solar tetapi nasib baik menyebelahi mamat lampu itu apabila dia cepat tersedar gerangan dirinya.
"Kenapa kau tarik aku tiba tiba tadi?"
Solar mengangkat bahu. "Entah, tindakan refleks."
"Sebab kau takut?"
Solar mengerut hairan. "Huh? Pardon me?"
"Kau nampak takut tadi..." Rine bersuara datar. "Kenapa?"
Solar memalingkan wajahnya ke tepi. Wajahnya mula berbahang. Aih, nak mengaku ke tidak?
Rine berdehem beberapa kali. Melihat Solar seperti tidak selesa, malas pula dia ingin terus bertanya.
"Ikut kaulah nak bagitau ke tidak. Aku tak kisa..."
"Aku takut gelap."
Rine mengangkat sebelah kening. Lah... Dia jawab...
"Dan lawaknya aku ditinggalkan seorang diri tadi di bilik kotor dalam keadaan gelap macam tu." Solar mengepal penumbuk geram. Rasa geram bila kawan kawannya seperti langsung tidak mengingatinya.
YOU ARE READING
CAMP [BBBxREADERS] ✓
Fanfiction|| Third Fanfiction || C || ❝ Hanya mereka yang layak yang mampu menyertainya. ❞ INTERNATIONAL ELITE CAMP, Siapa yang ingin melepaskan peluang untuk pergi ke sana? Dahlah elit, antarabangsa pula tu. Boleh jumpa pelbagai pelajar luar negara kan? Tak...