Seduction | 13

7.9K 547 30
                                    

           "AMANDA memandang gambar satu pasangan sejoli di skrin telefon tenang. Di laman Instagramnya kini. Gambar dari arah belakang namun didalam gambar itu, Emylia sedang memandang ke sini membuatkan senyuman besarnya kelihatan. Lelaki yang sedang memeluk pinggangnya dari sisi pula hanya memandang ke hadapan.

Dia sedang berada di laman profil @emyliahadad_ dan gambar paling baru diupload wanita itu dengan kepsyen 'meant to be' bersertakan emoji berbentuk hati dihujung sedang jadi tatapannya.

"Meant to be..." bisik Amanda sebelum tersenyum sinis.

Selepas seminggu, Amanda akhirnya kembali ke tanah air sendiri dan tahu apa yang keluar di laman Instagramnya pada waktu yang sama penerbangannya dari Bangkok mendarat? 'meant to be' dari Emylia yang jelas sudah kembali bersama bekas kekasihnya.

Bobby ini pun satu, sengaja panaskan hatinya. Hantarlah esok ke, lusa ke. Kepala diurut-urut dan penyaman udaranya ditutup menggunakan alat kawalan jauh bila badan sudah terasa tak tahan dengan kesejukkan malam ini.

"Aku nak tengok sampai bila 'meant to be' kau ni kekal dengan kau," ujarnya lagi.

Telefon dimatikan dan dicampak keatas sofa. Kepalanya sakit dari dalam penerbangan lagi, dia kurang tidur seminggu ini. Esok dia free sehari sebelum dia sibuk kembali.

Matanya dipejam dan dia cuba tidur. Tak tahan dengan sakit kepala tapi dia tak mahu ambil ubat.

Entah berapa lama, matanya terbuka kembali bila wajah Daniel ganggu fikirannya. Dia bangkit dan terus ke dapur. Susu strawberry dari botol dituangkan ke dalam gelas dan dibawa bersamanya ke balkoni rumahnya.

Sebelah tangannya mengurut-urut kepala. Mata dipejamkan kembali.

Sekali lagi fikiran Amanda menerewang ke gambar yang dia lihat tadi. Amanda tak terkejut pun, perkara macam ini dah diagak dah. Iyalah, kesayangan ke hujung nyawalah katakan. Takkan senang-senang berpisah kan? Pasti bersama balik. Dari hari Daniel ambil Emylia di kelab malam dia dah fikirkan semua ini akan terjadi.

"Kalau dah dari keturunan tak guna tu, sampai mampus pun tetap tak guna." Ujarnya. Sedikit sebanyak, dalam ketenangan masih tersisa rasa geram.

Perangai Daniel tak ubah seperti bapanya, Megat Darrius. "You belum kenal I siapa Daniel. This is my game, not yours."

Benci dengan kenyataan yang lelaki itu cuma mencarinya ketika dia bosan. Sama macam bapak dia juga.

Jam dikerling seketika, 10:25 malam. Bosan, hari ini dia tak ada apa-apa aktiviti. Memang dia minta untuk Bobby untuk tak ganggu dia sebaik dia sampai di rumah tadi. Kalau sesiapa cari dia pun, dia tak mahu terima apa-apa panggilan yang disambungkan Bobby. Bobby pun dia tak beri izin untuk datang. Dia mahu bersendirian dan merehatkan minda.

Sedang asyik Amanda melayan perasaan, telefon bimbitnya berbunyi.

Gina. Wanita berkecuali.

"Hey babe," sapanya terlebih dahulu.

"Holla, Manda... I bosanlah. Jom kita keluar?" ajak Gina. Sebut pasal Gina, sahabatnya itu telah putus dengan kekasih curangnya, Zack dan telah mengisytiharkan perang dingin dengan Lisa. Dah berminggu-minggu namun masih belum ada apa-apa perkembangan dalam hubungan adik beradik itu.

Bagus juga, Amanda benci manusia yang suka menduakan orang lain. Curang. Sangat dia benci.

"Okey,"

"Yeay, I datang ambil you lagi 20 minutes. You dekat condo right?" Soal Gina.

"Yeup, I'll be waiting." Pesannya sebelum menamatkan panggilan dan bersiap. Dengan Gina memang dia tak boleh tolak.

SEPERTI yang dijanjikan, tepat 10:45 Gina memberi pesanan ringkas memberitahu yang dia sudah berada dibawah. Amanda mencapai beg tangan kecilnya dan keluar dari rumah.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang