Seduction | 18

4.7K 370 29
                                    

AMANDA buka mata yang terasa kelat bila telefon bimbit yang berada di bahagian sebelah tempat tidurnya bergetar. Dilihat nama yang tertera disitu sambil pandangannya yang masih kabur cuba difokuskan.

Megat Daniel

Wajahnya berkerut, sempat dia melihat jam yang berada di bahagian atas skrin telefon. 3:59 pagi. Tanda hijau pada skrin terus digesek.

"Hello..." sapanya terlebih dahulu dengan suara malas. Telefon diletakkan diatas telinga dan tangannya kembali diselitkan ke bawah kepala. Kalau dia tidur balik, memang bercakap seorang dirilah lelaki itu.

"Hai sayang. Sorry I kacau you tidur,"

"I okay, kenapa you call I jam sekarang? You ada masalah ke? You sakit? You nak apa-apa?"

"Tak... I wonder if you want to go somewhere with me?"

Mata Amanda terbuka dan dia dudukkan tubuhnya yang tadi terbaring. Telefon dipegang dan wajah kembali berkerut.

"Maksud you? Sekarang ke?"

"Yeup,"

Amanda tersenyum kecil. "Are you crazy, Daniel?"

"Maybe. Gila sebab rindukan you. I'm outside your house right now,"

"What?!"

Laju Amanda turun dari katil dan menuju ke jendela biliknya. Matanya membulat. Ya, Daniel ada di kawasan luar rumahnya sedang bersandar pada kereta sendiri.

"I miss you," ujar lelaki itu selepas beberapa ketika.

Amanda yang masih memandang Daniel dibawah dengan rasa tidak percaya. Entah kenapa setiap kali Daniel ucapkan rindu hatinya terasa mengecut.

"Erm... tap... apa you buat dekat sini? Tak... tak payah jawab, I turun sekarang,"

Panggilan Amanda matikan, getah rambut diatas meja solek sempat diambil sebelum dia berlari keluar dari bilik. Sambil menuruni anak tangga ke tingkat bawah, otaknya mencipta seribu satu soalan untuk Daniel.

Pintu utama rumah dibuka, melihat wajah Daniel yang sedang tersenyum memandangnya, dia juga tersenyum. Terus dia berlari dan memeluk lelaki itu.

"Apa you buat dekat sini hah? Bahaya tahu tak?!"

Sambil masih memeluk erat lelaki itu, sebelah tangannya memukul bahu Daniel.

"I rindu you sangat,"

"I miss you too." Balas Amanda. Kehangatan lelaki itu buat dia rasa seperti kembali kepada sesuatu yang telah hilang.

Tubuhnya dijauhkan dari Daniel dan matanya memandang anak mata lelaki itu. 1 minggu berlalu. Selama itulah dia tak berjumpa dengan lelaki ini mahupun siapa-siapa. Dia hanya bangun, makan, buka laptop untuk meneruskan progres perniagaan idamannya dan kembali tidur.

Nak diikutkan, bagi dia masalahnya ini tak lah besar mana pun. Setakat mulut manusia, tak jadi kudis ditubuh dia pun tapi Hans langsung tak izinkan dia keluar. Hans tak suka kekecohan semacam ini. Katanya, kalau nak keluar sangat cuma dengan dia sahaja sampai dia pastikan yang Amanda selamat.

Selamat dari apa? Entahlah, pelik pun ada dengan Hans. Paling-paling pun Amanda akan kena baling telur je dengan peminat Emylia Rose.

"How are you?" Soal Daniel lembut sambil menyelitkan rambut Amanda yang sudah kusut masai ke belakang telinga. Nampak sangat tu baru bangun tidurnya.

"Good, how about you?"

"Sekarang dah ada you, I am good"

Amanda tertawa kecil. "You nak bawa I pergi mana?" Soal Amanda

Book 4 : SeductionWhere stories live. Discover now