MATANYA dijelingkan ke langit. Menjengkelkan!
"Hey, Rico pergi mana?" Soal Daniel. Laju Amanda meletakkan kembali telefon lelaki itu diatas meja dan dia tersenyum manis.
"Pergi ambil coffee dekat depan."
"Cepatnya siap. I lama sangat ke dekat toilet?"
"Taklah, Rico kata kafe dia beli kopi dekat sebelah galeri je. Merangkak pun boleh sampai,"
Amanda pandang kembali telefon bimbit diatas meja. Apa cara dia nak buka lock telefon itu? Ha!Amanda pandang beg tangannya.
Dia bangkit dan kedua-dua belah poket jumpsuitnya diseluk. Berpura-pura mencari sesuatu.
"You cari apa?"
"Telefon I. Nampak tak?"
Daniel gelengkan kepala. "Nak I tengokkan dalam kereta?" Soal lelaki itu dan separa bangkit dari kerusi.
Amanda gelengkan kepala. "Erm... boleh tak I nak pinjam phone you. Manalah tahu ada dekat sini tapi I je yang tak nampak,"
"Sure," telefon diatas meja diangkat. Bingo!
Passcode dibuka dan diserahkan kepada Amanda. "Here you go,"
Nombornya sendiri didail. Bunyi getaran dari telefon bimbit didalam beg tarik perhatian mereka berdua untuk memandang ke arah beg tangan Amanda.
"See! Telefon I selalu hilang macam ni sebab beg I macam hutan," ujar Amanda dengan senyuman. "Oh, by the way that is my number. Just in case you need it. Biar I save untuk you,"
Daniel tertawa kecil. Sedikit sebanyak dia suka dengan sifat cemerkap Amanda yang dia langsung tak tahu. Nampak... comel untuk wanita yang selama ini dia hanya nampak dewasa dan sempurna dari pandangan luar.
Sebaik Amanda simpan nombornya, laju jari memadam nombor dari 'My Rose' tadi dan bahagian WhatsApp dibuka dengan pantas. Mesej dari nama yang sama dibaca dengan laju.
My Rose, 10:34 a.m.
+ sayang
+ im sorry
+ jom jumpa
+ i need you
+ i free nowKelima-lima chat itu dia padam dan telefon dikembalikan kepada tuan. "Thank you, handsome"
"Coffee! Coffee!" Ujar Rico yang juga muncul dalam masa yang sama. Coffee holder diletakkan diatas meja kayu dihadapan mereka.
"Thank you, thank you" Kopi yang dihulur Rico Amanda capai dan satu lagi cawan dihulurkan pada Daniel.
"Lepas ni nak kemana kauorang berdua?" Soal Rico.
Amanda kembali teringat nama Emylia Rose. Daniel yang sedang memandang dia sambil menanti jawapan kembali dipandang. "Daniel, you free tak lepas ni?" Soal Amanda sambil membundarkan matanya.
"I free, kenapa?"
"I nak minta tolong... erm... tak apalah, susahkan you pula," dia ketawa kecil dihujung bicara dan rambut diselitkan belakang telinga.
"Hey, just tell me. I berbesar hati nak tolong apa sahaja untuk you, kan I dah janji hari ini cuma untuk you," balas Daniel manis.

YOU ARE READING
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...