MASUK-MASUK sahaja ke dalam satu banglo mewah diatas bukit itu, Amanda terus dipeluk oleh seorang wanita yang dia baru bersua muka sekali sepanjang dia mengenali Megat Daniel — Tengku Fadira.
Wajahnya dimaniskan.
"Amanda apa khabar? Dah lama kita tak jumpa," soal Tengku Fadira dengan senyuman yang sangat besar. Lengan Amanda yang dibaluti blouse satin hitam diusap-usap lembut.
"Khabar baik. Aunty pula?"
"Alhamdulillah, Aunty sihat dan happy..." wajah anaknya dikerling sekilas.
"Lagi-lagi lepas orang tu bagitahu something yang buat mama dia happy sangat!" Sampuk Tengku Qasyrin dari arah belakang.
Daniel tersenyum menampakkan gigi taringnya. Jangankan Aunty Qasyrin dan mama, dia sahaja tak berhenti tersenyum sejak dua hari lalu.
"By the way, this is my aunty, Aunty Qasyrin."
Amanda salam tangan Tengku Qasyrin yang sedang tersenyum menampakkan gigi sambil memandang dia.
"Amanda?"
"Tya!"
Dua wanita itu berpelukan.
"You sihat?" Soal Amanda ramah. Wajah Tya dipandang dengan senyuman. Bahagia rasa bila bertemu dengan wanita ini lagi.
"Sihat, you? Makin berseri eh lepas berita dah tersebar?" Usik Tya.
Amanda tertawa lucu.
"Jom kita masuk," ajak Tengku Fadira.
Amanda akur tatkala tangannya digenggam Tya sambil dia diiring masuk bersama wanita itu.
"You dah lama dekat sini?" Soal Amanda.
"Yeup dari semalam. Harith ke Bangkok sebab tu mummy ajak tidur rumah Aunty hari ni, I happy sangat bila Aunty bagitahu plan you dengan Daniel,"
Amanda tersenyum nipis. Matanya memandnag dua wanita dihadapan. Wanita-wanita itu tampak sangt bahagia termasuklah Tya Irena yang masih erat menggenggam tangannya.
Tya Irena. Amanda cemburukan wanita bernama Tya Irena.
Wajahnya berseri tanda dia sedang bahagia. Siapa yang tak bahagia bila dalam hidup punya segala-galanya kan?
Kenapa... melihat senyuman itu sahaja cukup buat dia rasa mahu menangis?
Kini, mereka sedang duduk di ruang tamu dan diatas meja berhadapan sofa sudah penuh dengan hidangan minum petang.
"Aunty ada bawa kek the best dekat Sarawak. Amanda pernah makan buttercake from Sarawak?" Soal Tengku Qasyrin.
Amanda gelengkan kepala.
"Good! Nanti rasa kek ni. I bet you will love it," teruja wanita itu merekomendasi kek butter kegemarannya itu sambil berlalu ke dapur.
Hilang sahaja Tengku Qasyrin dari pandangan, telefon Tya pula berdering menarik perhatian mereka. Tya meminta izin untuk menjawab panggilan dan dia menjauh.
Seketika, telefon Daniel pula berbunyi dan lelaki itu meminta izin untuk menjawab panggilan.
Hilang sahaja Daniel dari pandangan, Amanda kembali memandang Tengku Fadira yang sudah terlebih dahulu memandang dia. Tatkala mata mereka bertemu, Tengku Fadira menghulur senyum manis.
"Aunty minta maaf kalau Aunty over excited hari ni. Aunty cuma... happy sangat," beritahu Tengku Fadira tiba-tiba. Dia masih tak mampu runtuhkan senyuman besar di wajahnya.

YOU ARE READING
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...