Seduction | 15

5.3K 393 26
                                    

         "THANKS for the ride and dinner, Danny" ucap Amanda sebaik kereta Danny berhenti dihadapan kondominium yang dihuninya.

"Most welcome, sweetie. I harap you tak serik keluar dengan I,"

"Mana ada. I happy," ujar Amanda. Betul, ternyata seorang Irfan Danny tak lah teruk sangat. Banyak yang mereka bualkan, tak sangka lelaki yang selit kad perniagaannya di bahagian dada baju Amanda adalah lelaki yang sama bersama dengan dia malam ini. Lelaki ini sedikit budiman berbanding yang itu.

"I naik dulu okay, thanks again Danny"

"Hati-hati,"

"Bye."

Amanda keluar dari perut kereta Danny. Tangan dilambai ke arah Danny dan dia masuk ke kawasan lobi. Sempat dia lihat jam yang tertera— 11 malam.

Sengaja dia minta Danny hantar ke kondo. Esok dia tak ada urusan penting jadi bolehlah dia kemas-kemas dan buka pakej-pakej keluaran musim terbaru yang dikirimkam ke rumah dari jenama-jenama yang pernah dia bekerjasama sebelum ini.

Penat. Batang lehernya diurut.

Ting!

Tiba di aras rumahnya. Langkah dibawa tenang menyelusuri lorong yang sunyi sehingga dia terhenti di hadapan pintu rumahnya. Kad akses dikeluarkan dan dilalukan dihadapan pintu dan dia melangkah masuk.

Baru dia ingin tutup kembali pintu, satu wangian yang sangat dia kenal menerjah ruang pernafasannya.

"Daniel?"

Lelaki itu muncul dihadapannya dan sekelip mata tubuh dia sudah selamat berada didalam pelukan lelaki itu. Hangat.

"I miss you," ujar lelaki itu perlahan.

Amanda terkaku.

Perlahan-lahan, pelukan lelaki itu dibalas bila dadanya terasa jelas degupan jantung Daniel yang turut menampar lembut dadanya. Dia tak sangka yang lelaki itu akan datang ke sini malam ini tapi sejak bila Daniel tunggu dia?

Macam mana kalau dia tak pulang ke sini? Dan macam mana Daniel tahu dia akan ke sini malam ini?

"I miss you too." Balas Amanda. "Masuklah dulu," tangan lelaki itu ditarik.

"Apa you buat dekat sini?" Soal Amanda sebaik pintu ditutup kembali.

"I call you banyak kali sejak you upload gambar you dekat hospital. I whatsapp you pun you tak balas,"

"Macam mana dengan sebelum tu? You tak mesej and call I seminggu sebelum I sakit. I fikir you dah tak berminat untuk berkawan dengan I,"

Wajah Daniel berubah, dia nampak seperti... baru lepas ditikam dan tunggu masa untuk mati.

"Jangan cakap macam tu," tangan Amanda diraih. Dia terdiam seketika. Dia lega Amanda kini ada didepannya selepas apa yang berlaku lebih seminggu ini. Lega sangat. Lihat muka Amanda, dia rasa macam semuanya baik-baik saja.

Dia mahu terus begini. Dia mahu dia dan Amanda seperti sebelum ini. Daniel dah tak peduli tentang hal lain lagi.

"I minta maaf. I tak sepatutnya buat macam tu. Kenapa you masuk hospital?"

"I sakit. Nasib baik Danny tolong I,"

"Lelaki tadi?"

Amanda anggukkan kepala. Dia memandang wajah Daniel dan lelaki itu mengetap rahangnya. Pandangannya jadi gelap. Amanda tahu ada cemburu yang sedang Daniel simpan.

"Siapa dia?"

"Kawan abang I. Dia baik sangat,"

Daniel tundukkan pandangan. Menyesali setiap satu yang dia dah siakan. Kalaulah dia yang ada di tempat lelaki itu.

Book 4 : SeductionWhere stories live. Discover now