SIANG berganti malam, waktu terluang dengan hanya ada Amanda dan Daniel. Tiada orang ketiga, tiada dendam, tiada suara jahat dari luar. Hanya mereka seperti pasangan kekasih yang hanya mengenali satu sama lain pada 23 Mei lalu bukan kerana dendam yang tersimpan sekian lama.
Tiada yang akan menghancurkan sesiapa dan tak ada yang akan hancur kerana sesiapa.
Semuanya terasa indah kini. Seperti satu impian yang satu per satu mulai jadi kenyataan dalam setiap waktu yang berjalan.
Kini, tepat jam 3 pagi, mereka sedang duduk di buaian gantung di bawah gazebo. Tiada sentuhan fizikal, tiada keinginan yang hanya hadir dari nafsu gila dan tak ada rasa benci yang buat waktu terasa sangat lambat bergerak... yang ada cuma rasa senang dengan keberadaan satu sama lain.
Amanda tenang dengan apa yang berlaku sekarang, begitu juga Daniel. Cukup ada Amanda dekat dengannya dia tak perlukan apa-apa lagi. Dia tak pernah tahu, hanya dengan duduk tanpa perlu buat apa-apa juga mampu buat dia jatuh cinta pada seseorang. Cukup dengan hanya menatap wajah mereka dan dengar apa sahaja yang keluar dari mulut mereka walaupun ianya hanya isi yang kosong.
"Minggu depan hari jadi mama... ikut I ke makan malam tu, boleh?" Soal Daniel selepas topik cita-cita Amanda tamat.
"Me?"
"Yes, you"
"Boleh..." balas Amanda sambil anggukkan kepala.
Suasana sunyi seketika.
"Mesti best kan? Setiap tahun masih ada peluang untuk sambut hari jadi mama dan papa you. Boleh belikan hadiah dan kek kegemaran diaorang, boleh pergi family vacation dan boleh peluk bila you rasa ada masalah yang you dah tak larat nak tanggung..." Amanda pejamkan mata sambil membayangkan yang peluang-peluang besar itu masih ada untuknya.
Dia mahu sambut hari jadi papa seperti dulu-dulu...
Dia mahu rancang percutian keluarga seperti yang mama impikan dulu-dulu...
Dia nak belikan semua benda yang mama dan papa tak mampu beli waktu dulu dengan duit hasil titik peluhnya sendiri.
Dia sudah tiada peluang itu.
"Jangan cakap macam tu..."
"Nak tahu tak? Sejak papa meninggal, I tak pernah rasa happy yang sebenar." Pintas Amanda. Dia tak mahu dengar kata-kata yang akan memujuk hatinya dari mulut manusia yang dia sepatutnya benci.
"Papa you meninggal sebab apa?"
"Bunuh diri." Jawab Amanda tanpa berselindung. Daniel patut tahu. "Bunuh diri sebab kecewa. Bodoh kan? Cuma sebab cinta." Amanda tertawa kecil dihujung bicaranya.
"Kita tak akan tahu betapa besarnya kuasa yang ada pada seseorang yang papa you cinta. Cuma... apa yang kita akan buat bila disakiti oleh 'cinta' itu ada ditangan kita. Don't say that to your dad,"
Amanda tersenyum nipis.
Papanya memang bodoh, sanggup biarkan anak perempuannya menderita lepas dia ambil nyawa sendiri.
"Mama I pula mati kena bunuh." Sambung Amanda bila Daniel tamat bicaranya.
"I am sorry for you lost..."
Amanda tersenyum sinis sambil matanya masih memandang langit malam. Matanya mula berkaca. "... nak tahu apa yang lebih menyakitkan?"
"Mama dan papa I mati depan mata I sendiri, tangan I berlumuran dengan darah dari tubuh mama dan papa, I rasa nadi mama dan papa hilang, I nampak mama tahan sakit dan sebelum papa mati... I nampak setiap satu kesengsaraan dia,"

YOU ARE READING
Book 4 : Seduction
Roman d'amourMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...