"Ekhem" nana berdehem perlahan sambil menggosok kedua tapak tanganya.
And this is awkward
"Haikal saya minta maaf sebab tadi" ujar nana mula membuka bicara di dalam kereta bmw mungkin milik haikal itu setelah mereka berdua hanya diam sejak 10 m tadi.
"Minta maaf atas alasan peluk saya?" Usik haikal pula.
Nana pantas mencubit manja lengan kiri haikal yang sedang memandu itu.
"Jangan risau teman wanita, saya faham"
Nana terkesima seketika.
"Teman wanita"
Ada sahaja kata katanya yang mampu membuatnya berdegup sekencang itu."Haikal, tak payahlah in character sangat,kalau saya betul betul suka awak nanti macam mana ah? Nak tanggung?" Gurau nana menggelengkan kepalanya.
"Mudah,jadilah isteri saya nanti" sambung haikal memandang nana di sisi penumpang itu.
Nana hanya tertawa manis,sebelum memudar dengan senyuman nipis.dia masih lagi memandang ke arah salji luar kereta bmw itu. Haikal benar benar telah menjadi sebab utamanya untuk lari dari realitinya baru baru ini.
" jangan suka saya haikal "
Suara perlahan nana itu menusuk cukup tajam di telinga haikal.
Amaran itu terlalu jelas,
Bahkan jujur.
Sedetik rasa sayu sekali lagi menyentuhnya.
Dia faham dan cukup faham apa yang dimaksudkan gadis ituHaikal tidak memberi respon.
Matanya masih memandang tepat kehadapan,fokus memandu bmw miliknya itu perlahan.Haikal menekan break kereta,mematuhi isyarat merah traffic light berhati hati.sekali sekala haikal menjeling perlahan nana yang masih lagi memandang kosong pemandangan kota yang masih sibuk itu. Ingin sahaja dia meminta gadis itu untuk jujur denganya tentang apa yang difikirkan namun nana sentiasa memilih untuk menyendiri.
"Haikal, awak pernah jatuh cinta?"soalan nana yang sangat mengejut itu seperti menggoncang kuat haikal yang sedang memandangnya itu.bebola mata mereka bertemu seketika.
"Pernah"
Jawapan pendek haikal membuatkan nana membuat "o" pendek sebelum mengangguk. Nana cuba menutup jentikan kecewa yang tiba tiba sahaja menyentuhnya itu.
Lelaki setampan dan selembut bicara seperti itu,
Kalau ada isteri pun tak terkejut,pujuk nana sendiriHaikal yang memahami reaksi nana hanya tersenyum kecil sebelum menyambung bicaranya
" awak na?" Soal haikal ingin tahu.
Nana menggeleng perlahan.
"Sekali pun?"
Gadis itu mengangguk.
"Walaupun sekarang ?"
Nana menatap haikal tidak percaya dengan soalan terakhirnya itu.
Lelaki ini benar benar telah bermain dengan hatinya
"Kenapalah saya offer awak jadi teman lelaki saya,dasar buaya" usik nana pula cuba mengubah topik perbualan tersebut.
"jujur na,Mungkin kita dijodohkan untuk bertemu "balas haikal yang kedengaran ikhlas, membuatkan nana sekali lagi dikerumuni rasa tenang dan hangat.
***
haikal meletakkan kunci keretanya di atas meja dapur dan melabuhkan punggunya di kerusi kayu moden yang dibelinya bulan lepas itu. gelas kosong di atas meja tersebut diambil sebelum air kosong dituang berhati hati ke dalam gelas kaca tersebut. haikal kemudianya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

YOU ARE READING
Dia, Salju Pertamaku
RomancePercayakah anda pada sesuatu yang disebut dihidupkan semula dengan badan yang sama jiwa yang sama takdir yang sama, namun nama dan kisah yang berbeza? Kisah syaf dan mya yang tidak berkesampaian untuk bersama terpaksa diakhiri duka sang ayah yang m...