03

30 3 2
                                    

"Morninggg~~" sapaan ceria gadis yang baru sahaja menapak masuk office sederhana 2 tingkat itu hanya disahut beberapa orang pekerja yang masih lagi tidak keluar lunch pada jam 2 itu.termasuklah rakanya yang masih lagi tekun dihadapan komputer miliknya itu.

"Morning acik kau, nak jam?" Perli gadis yang mengenakan shawl coklat yang dbelinya online dari malaysia itu.

"Boleh boleh nak channel" jawab nana membalas gurauan. Nana yang dari tadi mengusung kotak kosong berjalan perlahan menghampiri meja kerjanya.

Kotak tersebut diletakkam ditepi meja sebelum tanganya mula mencapai beberapa barang untuk dikemas dan diletakkan ke dalam kotak plastik itu. Dalam kesibukkan tanganya bergerak,gerak tanganya berhenti pada label hitam"작가(writer" yang tertera namanya sebagai penulis rasmi syarikat kecilnya itu. Label tersebut diusap perlahan. Ingin sahaja dia menyusun semula semua barang barangnya itu jika diingatkan semula seberapa jauh langkah yang perlu diambil untuk dia berdiri pada posisi tersebut hari ini.

Berat,

Bahkan dia tidak sanggup untuk menapak lagi di situ jika bukan kerana ingin mengambil barang barangnya dan mengucapkan terima kasih pada krewnya yang lain.

Nana menyeka pantas air mata yang mula bertakung di matanya itu. Bukan mudah melepaskan sesuatu yang menjadi nafasnya setiap hari.

" kau tak perlu buat keputusan macamni kalau kau taknak." Suara yang tiba tiba sahaja muncul di pintu pejabat kecilnya itu membuatkan nana mendongakkan kepalanya pantas.

" jangan risau lah dhiya. Kalau pasal takde script or idea lagi,aku boleh send kau semua draft aku plus aku banyak kawan writer lain yang aku boleh-"

"Seriously na?" Suara separa marah yang keluar dari mulut dhiya membuatkan nana berhenti berbicara.

Dhiya menghampiri nana dan memegang kedua bahunya. Dia menatap tepat mata rakan karibnya itu.

"Ni bukan masalah aku. Bukan masalah krew. Ni pasal kau na,pasal kau." Sambung dhiya lagi.

Nana terharu.

Dia tahu tiada siapa didunia ini yang lebih memahami setiap nafas dan kelipnya lebih dari dhiya dan papanya.

Tangan dhiya dibahunya diambil perlahan sebelum digenggam lembut. Nana memandang kawanya dengan senyuman nipis.

" dhiya, aku okay, alright?"

Nana cuba meyakinkan dhiya yang masih lagi memandanya dengan kerut.
Dhiya menghela nafas pendek sebelum mengangguk.

Jike benar nana ingin berehat,

Dia benar benar berhak berehat selepas apa yang dilalui gadis muda yang kesepian itu.

Nana memeluk erat dhiya dihadapanya.dia mengusap belakang rakanya itu sebelum tiba tiba nana dikejutkan dengan ringtone samsung flipnya itu. Sebaik sahaja dia melihat nama pemanggil tersebut nana melihat wajah dhiya sekilas sebelum teragak agak menjawab panggilan itu.

"Hi na,"

Entah bila hatinya akan menjadi lebih tenang walaupun sudah berkali kali dia mendengar lelaki di hujung panggilan itu memanggilnya lembut sebegitu.

"Hi, haikal. K-kenapa awak telefon ni?" Suara awkward nana membuatkan senyum sumbing dengan lajunya terukir di bibir mungil dhiya yang masih memandangnya sinis itu.

Agak dah, memang kantoi teruk

" awak masih di pejabat ? " sambung haikal ingin tahu.

" haah, saya nak kemas barang untuk bawak balik.mungkin nanti penulis lain nak guna"

Dia, Salju Pertamaku Where stories live. Discover now