05

32 2 1
                                        


nana masih memandang haikal tepat tanpa berganjak.yang sedang menjadi peran utama di dalam fikiranya ketika itu adalah babak haikal yang sedang menyarungkan cincin dijari manisnya dan rasa sebak yang entah dari mana muncul menyapa.

hangat

itu yang dapat dirasakan tanganya seketika haikal menggengam erat tangan gadis yang mula kedinginan itu.

"maaf na,saya tak sanggup ditolak jadi saya anggap awak terima ya na"gurau haikal seakan membaca raut wajah nana yang mula menegang. nana masih lagi cuba mencerna situasi dan bait haikal sebenatar tadi.

menerimanya sebagai apa?

nana yanh masih berintrograsi dengan dirinya masih diam seribu bahasa,menatap sayu haikal yang sedang tersenyum lembut dihadapanya.

dia tidak tahu mengapa setelah sekian lama bernafas di muka bumi sebagai seorang gadis yang baginya cukup malang,kini berasa cukup istemewa

entah haikal sedang mentertawakan wajahnya yang mula merah atau tidak, nana tau bahawa tiada kata lain yang mampu diungkapnya selain dia sedang sangat bahagia dengan sosok lelaki dihadapanya itu

namun nana juga sedar, dia terlalu terbuai dengan kehadiran lelaki itu sehingga dia lupa,

tentang anatagonist utama hidupnya.

nana mula merasakan sesuatu yang agak pelik dalam helaan nafasnya.
dia memang agak merasa sesak sebaik sahaja sampai di tempat itu tadi
tetapi nana cuba mengendahkanya. mungkin kerana lelah seperti kebiasaanya.

namun rasa sakit yang semakin lama semakin perit terasa perlahan lahan menyesakkan nafasnya
nana mula melepaskan genggaman tangan haikal kasar.
kakinya berundur beberapa langkah kebelakang cemas sebelum akhirnya dia jatuh terduduk sambil meraut pantas dadanya yang seakan dihempap beban yang terlalu berat sehingga menjadikanya terlalu sulit untuk bernafas itu
rasa sakit yang entah datang dari mana semakin mencengkam kuat dadanya
nafasnya yang sedang turun naik dengan laju itu semakin sukar untuk stabil apabila tekaknya kini memaksanya untuk batuk seakan ingin mengeluarkan sesuatu secara paksa.
nana cuba menekup mulutnya lemah membiarkan cecair merah yang baru sahaja mengalir keluar dari mulutnya
jantungnya memang terlalu lemah saat ini.

haikal yang tadinya cukup tersentak dengan tindakan nana yang menepis kasar tanganya terdiam membeku untuk beberapa saat sebelum wajah nana yang semakin lemah menghentam kuat dirinya.

haikal mendapatkan nana dan merangkul erat tubuh nana yang semakin tidak berdaya itu. tanganya juga ikut menggigil cemas menatap tidak berkata nana yang tergeletak separuh mati dihadapanya. haikal meraih telefonya sebelum mendail pantas nombor kecemasan untuk segera mendapatkan bantuan.

haikal yang masih panik dengan telefon bimbitnya,kembali menatap nana sebaik sahaja dia merasakan tanganya digenggam lemah nana yanh masih dalam rangkulanya itu.

"h-haikal, s-sakit haikal" gumam nana yang masih memcuba untuk bersuara

haikal memejamkan matanya perih.

jujur,
hanya sahaja dia mampu menggambarkan seberapa takut tuhan bakal menagambil semula bahagia yang baru sekejap dipinjamkan untuknya itu

genggaman tangan nana dibalas erat.
dia tidak mampu untuk menatap nana ketika itu.

"bertahan , saya merayu na " balas haikal membiarkan air matanya menjadi saksi pada tuhan bahawa dia sangat membenci takdirnya yang tidak mampu berbuat apa apa saat gadis dihadapanya itu bahkan sedang sesakit apa.

bukan sekarang tuhan, bukan dihadapan dia ku mohon

hanya itu yang mampu diungkapkan nana lemah sebelum segalanya seakan menggelap dengan sendiri.

Dia, Salju Pertamaku Where stories live. Discover now