"Ha?"
Haikal masih tersentak. Tidak,bahkan terhantuk dan tersembam dengan apa yang baru sahaja memasuki lubang telinganya itu.
"Jadi teman lelaki saya untuk 3 bulan seterusnya" ulang nana sekali lagi. Suaranya yang masih kedengaran separa tegas membuatkan haikal dihadapanya masih mempersoalkan keadaan tersebut.
Haikal menggetap bibirnya berfikir. Dia buntu apa yang ingin dibalasnya ketika itu.
Namun dia berbohong jika seandainya hatinya tidak berhenti berdegup buat seketika. Entah kegilaan apa yang sedang berlaku ketika itu, tetapi bait kata tersebut membuatkan angin dingin disekitarnya terasa hangat menghelus pipi.
Adakah ini hadiah dari tuhan buatnya?
"Cik haikal"
Teguran nana memberhentikan haikal dari lamunanya.haikal berdehem seketika sebelum kembali memandang sepasang bebola mata coklat dihadapanya.
" saya masih kurang faham dengan situasi sekarang ni tapi apa kata kita borak tempat lain? " balas haikal masih lagi tenang.
"Kenapa? Awak risau org lain pula smackdown kita berdua?" Perli nana mencekak pinggangnya
Haikal tertawa kecil.
Jika difikirkan semula, mmg dia betul betul menolak kasar nana sebentar tadi.
"Bukan tu maksud saya" haikal memberhentikan bicara sebelum tanganya sorok sorok menunjuk ke arah sekeliling jambatan tersebut.kelihatan beberapa orang awam di situ memerhatikan mereka janggal. Ada juga yang cuba mrnghampiri mereka mungkin untuk bertanya tentang mengapa 2 orang pasangan sedang bergaduh di atas jambatan yang mempunyai kisah gelapnya tersendiri tentang "bunuh diri"
Nana yang mula memahami situasi tersebut kembali menatap haikal yang dari tadi memandangnya. Nana berkelip malu.
Betul juga, bahkan ini tempat awam.
" ada tempat nak suggest ke? " soal nana pantas
" ada, cafe saya "
"Jauh ke?"
Haikal tidak menjawab malah helmetnya dibuka dan dihulurkan kepada nana. Kini,giliran nana pula memandangnya jengkel.
" saya bawa awak pergi sana. " balas haikal sopan
Nana membisu buat beberapa detik. Mungkin kerana sifat lelaki bernama haikal yang lebih "straight foward" itu membuatkanya sedikit terdetik. Sementara nana masih bermonolog dengan hatinya itu, haikal sudah membawa motosikalnya yang terletak beberapa meter jauh itu di sisi nana.
Nana yang masih memegang helmet hitam yang dihulur haikal tadi masih diam tanpa suara. Haikal yang melihat eksperesi nana itu sekali lagi tersenyum nipis.
" stesen bas jauh lagi, awak pakai tumit. Teksi pula dah malam, jangan risau saya hormat wanita" terang haikal lembut. Haikal seakan membaca apa yang sedang dirisaukan gadis tersebut.
Nana menatap pandangan lembut haikal di atas motor itu. Adakah sekarang ini dia..
Tersentuh?
Nana menarik nafasnya dalam sebelum helmet tersebut dipakai tanda persetejuan.
Nak buat apa? Skripnya pun sudah ditelan sungai, telefonya juga sudah mati dan kata kata haikal pula kedengaran tulus ditelinganya. Apa pun cara, dia masih lagi perlu meminta lelaki tersebut untuk "bayar balik" skripnya itu.
Nana perlahan memanjat belakang motor tersebut dengan memastikan dia tidak terlalu rapat dengan belakang badan haikal yang tegap itu.sementara helmetnya masih cuba diketatkan, nana berasa tanganya disiku haikal dihadapan.

YOU ARE READING
Dia, Salju Pertamaku
Roman d'amourPercayakah anda pada sesuatu yang disebut dihidupkan semula dengan badan yang sama jiwa yang sama takdir yang sama, namun nama dan kisah yang berbeza? Kisah syaf dan mya yang tidak berkesampaian untuk bersama terpaksa diakhiri duka sang ayah yang m...