Bab 5

123 46 2
                                    

5 Pagi,

Oceana Misty terjaga dari tidurnya. Perlahan-lahan dia membuka mata apabila lengannya terasa sejuk apabila ada titisan embun dari pokok yang jatuh.

Beberapa kali titisan embun itu jatuh dan akhirnya Oceana beralih tempat. Dia menggosok-gosok matanya melihat sekeliling. Sejuk sekali suasana pagi itu sehingga mengeluarkan asap sejuk dari mulutnya sendiri. Melihat kabus-kabus tebal yang hampir menghalang pandangannya.

Di hadapannya, Fin masih lena dibuai mimpi dengan hanya tidur duduk bersandar pada batang pokok, manakala Abazigel di sebelah mereka, eh?

Mana Abazigel?

Ana melihat ke kiri dan kanannya serta semua kawasan yang mampu dilihat dengan had pandangannya. Tidak nampak pun kelibat Abazigel. Mana makhluk besar itu pergi pagi-pagi begini?

Baru sahaja berniat untuk berdiri mencari Abazigel, tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki besar datang kepadanya.

Lama-kelamaan bunyi itu semakin dekat dan jelas wajah Abazigel yang berada beberapa inci di atas kelihatan.

"Selamat Pagi Ana..."

Ana tersenyum.

"Selamat pagi." Balas Oceana.

Abazigel terus bersila di sebelah kanan Ana dan Fin kemudian dia meletakkan selonggok batang kayu yang dicarinya tadi di tengah-tengah antara mereka semua.

"Aku cari kayu tadi, nanti kau orang nak makan kan... boleh buat unggun api."

Abazigel sangat prihatin terhadap mereka. Terharu seketika Ana, dia bangun lagi awal dari manusia malah membantu memudahkan urusan harian mereka juga.

Selain kayu, Abazigel turut meletakkan rusa yang baru sahaja ditangkapnya. Tercengang Ana dibuatnya melihat seekor rusa yang sudah tidak bernyawa itu.

"Ni je aku mampu dapatkan dalam hutan, harap cukuplah untuk isi perut kau orang." kata Abazigel kemudian dia mula menghidupkan unggu api itu dsn dibantu oleh Oceana.

Fin terjaga dengan sendirinya apabila terdengar akan bunyi suara orang berbual.

Dia melihat Ana dan Abazigel sedang berbual sambil memasak sesuatu mengelilingi unggun api. Mata Fin kemudiannya beralih kepada wajah Abazigel. Dia merenung lama wajah itu.

Abazigel merasakan dirinya ditenung oleh seseorang lalu memandang ke arah Fin yang baru sedar. Daripada sedang sibuk ceria bercerita dengan Oceana, tiba-tiba wajahnya bertukar serius kembali apabila melihat Fin merenungnya.

"Eh Fin, dah bangun? Marilah masak daging rusa, tahu tak? Abazigel pagi-pagi buta dah bangun dan cari bahan semua ini untuk kita." Kata Oceana sambil tangannya memegang kayu yang dicucuk daging rusa.

Fin mengalihkan pandangannya kepada Ana.

"Oh ye ke?" Soal Fin kemudian mendekati mereka.

Ana mengangguk.

"Wah." Balas Fin kemudian dia turut menyertai mereka berdua memasak. Dalam fikirannya ketika itu, dia hanya mengingati apa yang berlaku semalam ketika Ana sedang nyenyak tidur.

Memanglah awal pagi dia bangun. Dia bukan tidur pun.

Bau auroma daging rusa segar yang dibakar itu amat lah mengharumkan sehingga setiap kali lepas mereka masak, pasti akan menyuapkan terus ke mulut masing-masing ketika daging itu masih panas. Dengan cuaca yang sejuk begini, memang menambahkan kenikmatan sarapan pagi mereka merasa daging rusa yang segar dari hutan ini.

Daging ini mampu menghangatkan diri mereka seketika yang sedang kesejukkan.

Abazigel memerhati Fin yang hanya mendiamkan diri sepanjang perbualan dia dan Ana mengenai perjalanan mereka hari ini. Dia agak tidak selesa dengan lelaki itu atas beberapa sebab yang dia pun tak pasti.

EILIMINT ; KING COALTWhere stories live. Discover now