Bab 2

152 58 9
                                    

Negeri King Coalt dikatakan mempunyai satu sumpahan. Di petang hari yang dibasahi hujan, akan datangnya satu makhluk yang menyeramkan dan ingin memakan manusia yang menghalangi jalannya. Ketika itu, penduduk kampung akan mengurungkan diri mereka sehinggalah makhluk itu kembali pulang ke tempat asalnya. Makhluk itu tidak akan mengganggu mereka yang tidak dilihat dengan matanya.

Langit mulai gelap. Awan memberat mula menitiskan air hujan sehinggalah hujan turun membasahi negeri King Coalt.  

Kosong negeri itu. Semua sudah memasuki rumah masing-masing. Mereka mengosongkan wilayah itu setelah mendengar dentuman guruh menandakan hujan mahu turun ke bumi.

Ana mengunci pintu rumahnya dengan segera. Setelah dikunci, dihadangnya pula dengan kayu jati. Kukuh terus hadangan pintu itu sehingga dia yakin tidak ada apa-apa yang mampu membukanya dan masih boleh bertahan jika ada sekalipun.

Ana melepaskan rasa leganya setelah berjaya mengunci pintu kemudian dia kembali duduk di atas sofa berhadapan dengan tingkap yang tertutup kemas.

Tiba-tiba...

'TOK TOK TOK'

Ana terkejut.

"Oceana Misty!" Namanya dipanggil beberapa kali oleh suara seorang wanita.

"Oceana!"

"Oceana Misty! Buka pintu cepat!"

Ana mengerutkan dahinya. Baru sahaja dia menguncinya tadi, jahanam punya manusia di luar ini. Penat-penat aku buat semua ini.

Tangannya laju membuka pintu.

Apabila dibuka, terkejut dia melihat wanita yang menegurnya ketika dia baru sahaja balik dari hutan tadi kelihatan cemas dan ketakutan.

"Aunty Ailan! apa jadi ni?" Ditarik lengan Aunty Ailan masuk ke dalam rumahnya. Sempat Ana mengerling ke arah air hujan yang sudah mula turun. Wajahnya kerisauan apabila melihat langit mulai bertukar warna gelap lalu dicampuri dengan sedikit warna jingga. Ini petanda tidak baik jika dia terus membuka pintu rumah begini.

"Tolong Aunty, anak Aunty tak balik lagi!"

"Hah!" Terkejut Ana mendengarnya. Ini memang satu berita buruk untuk dia.

Lengannya dipegang erat oleh Aunty Ailan sambil wajah Aunty Ailan meminta simpatinya.

"Tolong anak aunty, Oceana... Tolong cari dia... hanya awak je yang boleh bantu sekarang."

"Bahaya aunty, lihat langit, ini petanda buruk." Ana mahu bertindak cepat untuk mengunci pintu rumahnya sekarang dan dia mahu membiarkan Aunty Ailan turut berada selamat dalam rumahnya, namun pergelangan tangan Ana ditarik oleh Aunty Ailan kembali.

Matanya berair memandang Ana.

"Aunty merayu... Tolong selamatkan anak Aunty..."

Wajah Aunty Ailan kelihatan begitu sedih dengan titisan air mata yang mulai jatuh satu persatu. Jelas keresahan yang dirasai oleh seorang ibu tentang keselamatan anaknya. Ana menarik nafas panjang sebelum dia membuat keputusan untuk membantu.

"Okay, saya tolong... Tapi Aunty Ailan duduk dalam rumah saya sementara boleh?"

Aunty Ailan kelihatan ragu-ragu dengan tawaran itu pada mulanya, kemudian akhirnya dia hanya bersetuju.

Ana bergegas mencapai beberapa alat untuk keselamatan dirinya dan beberapa senjata dibawa bersama. Makanan dan minuman, lampu, tali dan pisau turut dibawa, alat pemetik api yang diberi Fin tempoh hari juga dia masukkan ke dalam beg sandang kecil bewarna coklat pudar itu.

Rambut panjang bewarna biru diikat kuda lalu topi hitam yang diletakkan di atas meja dicapai. Senapang disandang kemas dibelakang. Senapang peninggalan ayahnya dahulu yang ditinggalkan di rumah kecil ini.

EILIMINT ; KING COALTWhere stories live. Discover now