Bab 6

131 47 2
                                    

Anak mata bewarna kuning Rao merenung ke arah anak mata grey Abazigel.

Mereka diam sambil merenung sama sendiri.

Fin yang perasan hal itu hanya menjadi pemerhati.

Oceana mendekati Rao yang lebih kurang tingginya. Tidak sangka budak lelaki yang lebih muda darinya mampu mempunyai tinggi yang sama dengan dirinya.

"Rao, mak kamu cari... kenapa tak balik?" Ana mula bertanya setelah hatinya lega melihat keberadaan Rao yang sihat. Nasiblah tidak terjadi apa-apa kepada budak lelaki itu.

Rao memandang Oceana dengan satu pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. Rao kemudiannya memerhati rantai yang dijumpainya di dalam genggaman tangannya.  Dia memandang semula ke arah gadis itu lalu mendiamkan diri.

"Balik jom? kasihan mak kau tunggu."

Rao mengeluh sendiri apabila diajak untuk pulang. Dia malas kembali ke rumahnya kerana itu bukan rumah sebenar dia pun. Nak pula mak, dia mana ada mak? Dia mana ada mak. Dia cuma menjadi tetamu sahaja di situ namun Aunty Ailen yang menganggapnya seperti anak sendiri.

"Sepatutnya dia tak perlu kisah pasal aku pun. Aku berhak nak pergi mana-mana." balas Rao selamba lalu dia kembali merenung ke arah dalam lautan.

Oceana mengetap bibirnya. Geram pula apabila budak itu membalas sedemikian. Sudah la wajahnya langsung tidak memberi apa-apa reaksi.

Oceana mendekati Rao lalu menarik bahu lelaki itu dari belakang mmbuatkan Rao terpaksa berpusing menghadapnya. Rao merenung mata Ana.

"Apa?"

"Rao, degilnya kau, sampai hati kau kata macam tu. Aunty Ailan sudah la risaukan kau." Oceana masih lagi memujuknya untuk pulang namun Rao masih buat tak peduli.

"Kau tahu apa tentang aku?" Soal Rao merenung tajam Ana membuatkan Ana terus terdiam dengan renungan yang paling tajam dia pernah dapat. Terkaku seketika Ana sehingga tangannya diturunkan ke sisi melepaskan pegangan bahu Rao.

Bunyi air laut menenangkan hati Oceana seketika. Rambut biru pastelnya ditiup angin laut membuatkan semua mata yang berada di sekelilingnya memandangnya dalam diam. Rao masih bermain mata dengan Abazigel. Seperti mereka sedang berbual melalui kata hati pula. Abazigel juga hairan bagaimana Oceana boleh berjumpa Rao antara salah seorang sahabatnya.

Fin mendekati air laut yang kelihatan berkilat pada waktu itu. Kemudian dia meletakkan tangannya ke dalam air yang sejuk itu. Matanya dipejam rapat menikmati ketenangan yang dirasainya setiap kali bersentuhan dengan air laut. Rindu perasaan itu. Terlalu rindu sehingga dia hampir lupa dia masih berada di daratan.

"Kita nak tidur sini ke? Kenapa tak balik terus?" Ana menegur Fin.

Fin diam dan masih menjiwai perasaannya.

"Fin, jom lah balik."

"Fin... hari masih terang, kita sempat la-" Belum habis Oceana menghabiskan ayatnya, Fin memotong.

"Snhh." Fin merenung mata Ana kemudian dia mencapai kedua belah tangan gadis itu. Ana bagaikan dikawal lalu hanya mengikuti kemana sahaja tangan Fin itu membawa tangannya.

Fin melepaskan tangan kanan Ana lalu tangan kanannya memegang tangan kiri Oceana dan perlahan-lahan meletakkan tangan mereka di dalam air laut itu.

Ana diam. Matanya dipejam kemudian dia seperti mendengar akan nyanyian sesuatu di dasar lautan. Nyanyian yang indah. Tenangnya perasaan ini. Rasa yang paling indah dia pernah rasai. Segala berat beban di kepalanya kini hilang begitu sahaja. Hanya ada dia dan bunyi dasar lautan yang memukau. Pemandangan biru di hadapannya juga membuatkan dia hanya terus merenung jauh. Melepaskan segala isi hatinya dalam diam.

Fin yang melihat perubahan gadis itu hanya tersenyum nipis kemudian dia melepaskan tangan Ana. Dia membiarkan gadis itu meluangkan masa itu dengan sendiri.

Fin bangun dari tempatnya dan mula berjalan di tepi pasir. Kadang kala matanya memandang ke arah Abazigel dan Rao yang sedang berbual sesama mereka.

"Jadi, kau memang datang ke kampung tu untuk cari dia?" Soal Rao.

"Betul."

Rao termenung sendiri. Rantai di tangannya digenggam.

"Kau dah tahu dari awal lah maknanya..." Kata Rao lagi dengan wajah tanpa riaknya. Namun di dalam sudut hatinya. Geram. Sakit hati.

Abazigel diam. Dapat dia lihat perubahan wajah Rao yang sedang merenung Ana dari jauh.

"Aku cuma tahu dia ada kat situ, aku tak tahu pun siapa dia..." Pengakuan itu dibuat oleh Abazigel. Sejujurnya dia memang tidak tahu langsung bagaimana rupa Oceana Misty yang sudah lama dia cari sejak windu lagi. Tapi selepas gadis itu sahaja yang mampu memahami bahasanya, sejak itu dia tahu bahawa itulah orang yang dia cari selama ini. Bukan dia sahaja yang cari tetapi... ramai yang mencari gadis itu.

Abazigel memandang pula ke arah Fin. Lelaki itu... juga misteri baginya. Fin seperti terlalu tenang dalam semua hal sehingga dia merasakan adakah Fin juga salah seorang yang ingin mencari gadis itu?

Jika dia salah seorang daripada mereka, bermakna dia sudah jumpa dulu dari mereka semua?

Abazigel tidak tahu. Dia tidak mahu membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan.

Warna mata Fin diperhati.

Masing-masing melayan perasaan sendiri sehinggalah langit semakin lama semakin gelap. Oceana tersedar.

Kenapa tiba-tiba seperti hendak hujan? sedangkan masih pagi lagi. Oceana keliru lalu dia terus memandang ke arah Fin yang turut memandangnya.

"Ana, cari tempat berteduh dulu... jom."

Ana mengangguk lalu dia terus mengikuti Fin yang sedang melihat satu pondok kosong yang tersedia di tepi laut itu.

Memastikan agar tiada orang di dalamnya lalu setelah melihat di dalamnya kosong dan tidak mempunyai sebarang perabot, terus dia memanggil Ana.

"Kita berteduh dalam ni." kata Fin lalu mereka berdua memasuki pondok kecil itu. Sempat Ana berpaling mengajak Rao untuk berteduh sebelum hujan.

"Rao, mari berteduh."

Rao menggeleng. "Aku lagi suka kena hujan." balas Rao jujur.

Ana mencebik.

Degil sungguh. Dipelawa tapi ditolak. Lantak kau lah.

Oceana dan Fin terus berteduh di dalam pondok kecil itu. Abazigel pula masih duduk di sebelah Rao yang juga sama sepertinya. Mereka suka hujan.

Semestinya mereka akan suka. Kerana itu sifat semulajadi mereka dengan air. Namun ketakutan Abazigel terhadap air laut masih tidak dapat dielakkan. Sumpahan itu berterusan kepadanya. Sakit sekali rasanya apabila dia tidak boleh bermain dalam laut seperti dahulu. Semua disebabkan satu sejarah hitam yang telah terjadi kepadanya.

Hujan mulai turun dengan selebatnya.

༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ

Beberapa jam kemudian,

Fin memandang Ana yang sudah terlena di atas bahunya. Fin kemudiannya terlihat Abazigel dan Rao yang sedang berjalan di dalam hujan melalui pintu pondok itu yang sedang terbuka.

Tiba-tiba...

Abazigel dan Rao terhenti dari berjalan. Serentak mereka berdua memandang ke arah lautan yang terbentang luas.

Mereka memandang sesama sendiri.

"Kau dengar kan?" soal Rao.

"Dengar." Balas Abazigel.

Ini petanda tidak baik.

Fin memandang ke arah lautan yang kelihatan kosong. Wajahnya terus berubah.

Sesuatu sedang hadir ke arah mereka. Hanya mereka yang berkaitan dapat merasainya.

bersambung...

EILIMINT ; KING COALTWhere stories live. Discover now