Bab 7

124 39 0
                                    

Disaat kedengaran panggilan-panggilan dari laut yang sudah lama tidak didengari oleh Fin. Fin terus bangun dari tempatnya dan menuju ke luar pondok itu. Abazigel dan Rao sudah bisu melihat sesuatu yang diluar jangkaan berlaku di hadapan mata.

Air membuka satu pintu untuk mereka masuk. Air membuka satu cahaya biru yang mampu menyilaukan mereka ketika ini namun masih dapat melihat jelas keindahan yang jarang berlaku di depan mata.

"Ini... Sapphire Door..." Kata Abazigel lalu memandang Rao yang turut memandangnya. Hanya Fin sahaja yang terpaku melihat pintu ajaib yang diputari air itu. Rasa seperti ada angin di belakang yang menolaknya untuk menuju ke sana. Dia seperti mengingati sesuatu.

Sapphire Door hanya muncul jika ahli Sapphire mahu kembali ke sana. Dan petanda yang tidak baiknya ialah... Jika bukan diantara mereka ialah ahli Sapphire yang ingin kembali ke sana, ahli Sapphire sendiri dari dalam laut yang akan keluar dari pintu tersebut.

"Semua... berundur..." Abazigel memberi amaran lalu dengan pantas mereka melarikan diri jauh dari berdekatan dengan pintu itu. Sempat Fin mengangkat Oceana Misty yang masih lena di dalam pondok lalu dia terus berlari ke dalam hutan semula untuk melindungi gadis itu. Diikuti langkah Rao yang seolah-olah mengetahui tempat yang sesuai untuk bersembunyi.

"Sini!" Rao menjerit memanggil Fin kemudiannya Fin terus mengejarnya setelah melihat Rao sudah memasuki sebuah gua yang berada berdekatan kawasan itu. Namun apa yang agak menghairankan apabila gua itu memang ada sebuah papan untuk menutupnya. Abazigel juga sudah lama masuk ke dalam gua itu.

Masing-masing terduduk bersandarkan dinding gua sambil mendengar bunyi tapak kaki berkeliaran di sekitar kawasan ini. Masing-masing mengunci mulut.

Sapphire bukanlah ahli yang baik. Mereka merupakan salah satu makhluk laut yang tidak suka akan manusia. Selalunya jika mereka datang ke darat bermakna mereka menghidukan sesuatu yang berlainan dan ingin memakannya.

Mereka gila.

Abazigel yang berbadan gergasi duduk betul-betul di hadapan papan gua itu untuk melindungi manusia-manusia di hadapannya. Dia menahan papan itu risau jikalau terjatuh dan hilang keseimbangan. Bukan kuat mana pun papan tu.

Derapan tapak kaki yang membawa puluhan ahli Sapphire yang kulitnya bewarna kelabu, matanya bewarna merah seperti mata ikan yang mati. Kemudian berkaki di darat seperti manusia, namun ketika di laut mereka menjadi ikan sepenuhnya. Gigi mereka yang tajam dan runcing. Apabila gigi bawah dan atas bercantum, kelihatan susunannya zig zag. Mereka adalah makhluk yang mampu membunuh dan kepala mereka yang kelihatan normal seperti manusia ketika di daratan. Pantang mereka menghidu darah. Sejenis yang akan berbunuhan dan mencari makan bersama kelompoknya. Itulah Sapphire.

Oceana yang merasakan dirinya seperti berada di tempat yang berbeza, terus membuka mata. Pelik dia melihat keadaan di sekelilingnya begitu gelap.

"Ap-apa jadi ni? kita kat man-" Belum habis Oceana membuka bicara, mulutnya terus ditutup oleh Fin. Oceana terus terdiam apabila melihat wajah Fin yang mneyuruhnya untuk tidak berbuat bising. Dipandang pula ke arah Abazigel yang sedang menghalangi pintu gua. Abazigel hanya memberi pandangan misteri kepadanya. Rao yang sedang merenungnya di hadapan, dilihat. Rao juga memberikan isyarat yang sama seperti Fin tadi.

Okay. Sekarang dia keliru. Apa yang sebenarnya berlaku?

Ketika itu juga, bayang-bayang yang kelihatan lalu di hadapan gua iaitu ditutup oleh papan itu membuatkan mereka semua terus terkunci mulut dengan sendiri. Bunyi derapan kaki merisaukan mereka. Makin lama makin mendekat dan ketika ini Oceana dapat merasakan keseraman yang nyata. Memang benar mereka semua dalam bahaya.

Ahli Sapphire berhenti di hadapan sebuah gua yang tertutup kemas oleh sekeping papan yang tebal. Mereka curiga melihat gua itu. Mereka mendekati dan mula mengelilingi sekeliling kawasan luar gua itu. Menghidu dan mendengar jika ada sesiapa di dalamnya.

Baru sahaja mahu merempuh gua itu, tiba-tiba satu suara dari dasar laut, seperti jeritan mengejutkan mereka. Ahli Sapphire terus pantas kembali ke laut semula setelah mendengar panggilan itu. Dalam masa 3 saat sahaja, mereka semua sudah pun menghilang.

Abazigel terdiam. Rao juga. Fin melepaskan keluhannya. Oceana pula baru melepaskan nafasnya. Punya lama dia tahan nafas sebab takut orang tu dengar dia bernafas.

Fin memandang pelik Ana. "Tahan nafas untuk apa? bukan dalam air."

Ana menjeling Fin.

"Kalau pendengaran diorang kuat, aku bernafas pun boleh dengar tau." Ana terus berdiri dari tempatnya lalu mengibas-ngibas belakangnya yang kotor.

Fin hanya menjuling matanya kemudian dia memerhati Abazigel dan Rao.

"Mereka dah pergi kan?" Soal Rao. Abazigel hanya mengangguk.

Rao menghela nafas lega.

"Sapphire... kenapa mereka boleh naik ke darat sedangkan mereka tinggal di dasar laut?" Abazigel membuka papan yang menutupi gua itu lalu mereka berhati-hati keluar sambil melihat sekeliling.

"Itu yang aku hairan sekarang ini... Sejak berkurun lamanya mereka tidak pernah terlepas ke darat. Bermakna, mesti ada sesuatu yang bakal terjadi." Jawab Rao.

Pelik Oceana memandang Rao yang seperti bercakap melalui pengalaman. Budak itu seolah olah tahu semuanya. Siapa sebenarnya Rao? mustahil untuk dia katakan benda yang berkaitan sejarah begitu.

Mereka berempat keluar bersama dari gua. Sambil mata gadis itu, Oceana memerhati seluruh keindahan alam yang berada di sekelilingnya. Dalam diam dia mengintai sesuatu yang luar biasa dari pandangannya.

Namun biburnya hanya mampu dikunci sendiri tanpa bertanya kepada sesiapa. Matanya terlihat sesuatu yang luar biasa dan menakutkan. Dia sendiri meremang bulu roma melihat akan satu mata yang besar lebih dari tubuh raksasa Abazigel sedang memerhati mereka berempat dari arah sana.  Oceana menarik nafasnya. Smoga apa yang dilihatnya itu tidak benar dan hanya bayangannya sahaja.

______________

Sapphire...

Mereka digambarkan seperti ikan yang meminati darah. Mempunyai gigi yang taring dan runcing berbentuk zig zag ketika bertemu.

Saat mereka naik ke atas, ini bermakna salah satu keturunan yang dicari itu sudah kembali dan berada di sana...

Puteri itu tidak sedar dialah yang sebenarnya mengetuai mereka. Dialah sebenarnya yang bakal memimpin mereka suatu ketika. Dia masih tidak tahu siapa dirinya yang sebenar...

Disaat pintu Sapphire ditutup kemudian pintu itu dibuka sekali lagi pada malam hari di waktu yang sejuk dan bintang berkumpul tepat pada jam 12. Ketika itu, dia perlu memasukinya dan mengenali siapakah dirinya yang sebenar.

Penulis surat:

Oceana Misty

Nama penulis surat itu diteliti lama. Setelah mendengar mengenai Sapphire yang sudah pergi ke darat. Lelaki itu terus mengambil surat yang pernah diberi oleh keturunan terakhir King Coalt kepadanya pada satu ketika dahulu.

Adakah ini petanda?

Bahawa dia akan kembali?

Bersambung....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EILIMINT ; KING COALTWhere stories live. Discover now