Bab 1

254 71 6
                                    

Sebuah negara yang dipenuhi dengan hutan dan daun menghijau di sepanjang perkampungan mahupun jalanan. Tidak pernah sikit pun dikotori oleh apa-apa mesin yang pelik seperti digambarkan dalam cerita-cerita zaman kini.

Apa mereka panggil?

Kereta...?

Betul kah sebutan itu?

Oceana Misty , satu-satunya gadis ajaib berketurunan King Coalt. Mereka menggelarnya Mist Ana. Mist Ana yang sering disebut oleh setiap manusia zaman kini yang tidak tahu bagaimana wajah keturunan terakhir King Coalt. Merahsiakan identiti sendiri hampir 19 tahun lamanya sehingga sudah cukup menginjak usia dewasa. Namun, itu hanyalah kisah ilusi yang diceritakan oleh orang-orang tua.

Oceana Misty memang nama sebenar gadis yang sedang membasuh kain di sungai biru itu. Itu bukan satu penipuan. Cuma kisah di atas tiada kena mengena dengan dia. Hanyalah sebagai mukadimmah cerita.

Kain baju bewarna biru muda itu disental dengan berus setelah sudah mengisi sedikit sabun diatasnya. Setelah sental kadang kala dibilas sedikit dengan air sungai bewarna biru jernih yang dihiasi kilauan semulajadi itu. Fenomena kilauan itu jarang-jarang terjadi. Tidak sangka pula bulan ini dia hadir. Selalunya fenomena ini berlaku sekali setahun. Tapi kali ini dia berlaku dua kali. Ini sudah termasuk hari kedua kejadian ini masih kekal terjadi.

Airnya seperti mempunyai kilauan kilat biru yang mampu menyilaukan pandangan manusia.

"Sejak bila air ni bertukar macam ini."  Ana memandang ke arah lelaki yang berdiri di atas batu di hadapannya. Lelaki yang mengenakan baju t-shirt bewarna putih dan seluar bewarna hitam yang disenseng sedikit supaya tidak basah. Menampakkan kecerahan kulit lelaki itu. Selain itu, apa yang membuatkan Ana mengenali lelaki itu ialah anting-anting berbentuk kunai dipakai sebelah telinganya.

"Semalam lagi, pelik kan. Awal bulan hari itu dan jadi, tiba-tiba akhir bulan ini jadi semula..." Balas Ana. Jari menyelit rambut biru pastel semulajadinya yang berterbangan. Rambutnya lurus panjang diikat kuda ketika sibuk membasuh baju di tepi sungai.

Fin senyum. Dia hanya memerhati Ana yang berusaha menghabiskan kainnya. Diambil tempat di sebelah gadis itu lalu salah satu kain dicapai. Bulat mata Ana apabila lelaki itu mahu mengambil kain kotornya di dalam baldi itu. 

"Jangan!" Amaran pertama diberi dengan pandangan maut dari Ana. Fin hanya tersenyum manis. Sengaja dia kuatkan genggamannya untuk merampas semula kain itu.

"Fin!" Amaran kedua diberi lalu lengan Fin digenggam oleh Ana. Mata silver lelaki itu dipandang tajam.

Fin buat tak endah dan terus merampas kain itu kemudian membantu Ana membasuh kain kotornya yang masih berlambak. Kasihan juga dia melihat gadis itu keseorangan membasuh kain dari pagi tadi hingga tengahari begini. Entah sudah menjamu atau belum.

Ana yang mula memerah muka kerana segan dengan bantuan yang diberi oleh Fin akhirnya mengalah. Dia sudah tidak tahu mahu melawan bagaimana lagi. Lelaki itu sudah dia kenal. Pasti tidak mahu mengalah dengannya.

Sejak kecil mereka berkawan namun hanyalah indah kenangan ketika kecil kerana semakin meningkat dewasa, semakin sukar mereka berbual seperti dahulu mahupun bergurau senda. Ana makin pemalu dengan manusia yang bergelar lelaki, manakala Fin juga malu dengan kaum bergelar wanita. Mereka sama-sama segan namun masih mahu menegur.

Tangan Ana yang putih mulus itu kadang-kala bermain dengan air. Wajahnya mengukir sedikit senyuman setiap kali menyentuh air. Terasa tenang dan segala bebannya seperti sudah mengalir jauh. Kilauan di air semakin menyerlah dan tenang apabila gadis itu menyentuhnya seolah-olah air itu suka dibelai oleh Ana.

Fin perasan akan perubahan itu sepanjang masa. Fin memerhati gelagat Ana dalam diam. Dia tidak pernah bosan melihat rakannya setiap kali menyentuh air. Ana kelihatan bertambah seri apabila perkara itu terjadi. Sangat cantik, indah dan menawan. Terutama perkara yang agak menarik yang hanya di perasan oleh diri Fin selama bersama dengan Ana menambahkan rasa tarikannya terhadap gadis itu. Dia tahu perubahan itu hanya dia yang perasan, Ana tidak perasan akan perubahan dirinya sendiri.

Setelah hampir setengah jam mereka berada di tepi sungai membilas kain, akhirnya bakul itu diangkat bersama-sama lalu dibawa ke jalan kecil yang menuju ke perkampungan mereka.

Mereka melalui hutan yang agak lebat sebelum menembusi kawasan perkampungan. Ana melepaskan ikatan rambutnya lalu meletakkan getah rambut di pergelangan tangan. Apabila rambut bewarna biru pastel itu dibiarkan terlepas. Fin hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk memandang ke arah Ana.

Ana terlalu cantik jika melepaskan ikatan rambutnya. Dia tahu dan dia tidak mahu jatuh menyimpan apa-apa perasaan terhadap Ana. Dia tidak mahu hubungan mereka renggang. Lebih baik dia terus menganggap Ana sebagai rakan baiknya sahaja. Tetapi hatinya kadang- kala berbohong setiap kali bersama gadis itu.

Mereka berjalan dan tiba di perkampungan King Coalt.  Satu perkampungan yang penuh dengan warna kebiruan kerana dipenuhi dengan kawasan air terjun dimana di setiap pembahagian air terjun itu ada sebuah rumah. Seolah-olah setiap tuan rumah pasti akan memiliki satu air terjun.

Itulah keunikkan Perkampungan King Coalt.  Selain itu, jalan yang disediakan di sepanjang kampung ialah sebuah jambatan kayu yang diletakkan diantara dua gunung. Sangat indah pemandangan di sini. Jarang ada yang mengetahui kewujudan kampung indah ini kerana kawasan ini terlalu dalam untuk diterokai oleh orang luar.

"Hye Ana, selamat petang." Seorang wanita berusia 60-an menegur gadis itu ketika melihat Ana melintasi jambatan pertama di hadapan gerainya. Gerainya penuh dengan ikan-ikan segar dari laut yang menjadi sumber rezeki keluarganya.

"Selamat petang Aunty Ailan." Jawab Ana.

Aunty Ailan hanya mengukir senyuman. Fin di belakang hanya memberi senyuman dan dibalas dengan senyuman juga. Sepanjang perjalanan mereka, ramai anak gadis di kampung itu yang melihat ke arah Fin.

"Tampannya Fin..."

"Untung Ana ada kawan macam Fin."

"Ana pun cantik, kerana itu mereka secocok."

Gosip-gosip di tepi mula kedengaran. Ana pekakkan telinga dan kadang-kala sengaja dia mahu menarik bakul itu untuk mengangkatnya seorang diri. Namun dihalang oleh Fin. Fin tahu gadis itu mahu melarikan diri darinya.

Setibanya di satu rumah kayu yang kecil  dan seperti perabot di dalamnya dibuat sendiri oleh Ana, langkah mereka terhenti. Ana mengambil terus bakul itu dari tangan Fin dan Fin hanya membiarkannya.

"Terima kasih." Kata Ana tidak memandang tepat mata Fin dan dia terus memasuki rumahnya yang kecil.

Fin tersenyum sahaja melihat gadis itu masih malu-malu dengannya. Tetapi dia kagum, Ana memang gadis yang sangat pandai berdikari. Sehingga rumah dan perabot direka dan dibina oleh gadis itu sendiri.

Langit biru di atas dipandang. Awan mulai gelap seperti hujan mahu turun ke bumi.

Seperti biasa, harian mereka hujan akan turun setiap petang dan ketika itu semua penduduk kampung harus kembali ke rumah masing-masing secepatnya kerana ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.







EILIMINT ; KING COALTWhere stories live. Discover now