Sebuah novel romantasi.
Negara Highlands.
Setiap Negara akan mempunyai seorang penguasa yang memerintah. Bahkan juga, si penguasa itu perlu mengetuai sebuah monarki.
Amanahnya besar; hidupnya penuh cabaran. Makanya, si raja perlu bersiap siaga untuk apa jua keadaan. Kesalahan kecil tidak pernah wujud dalam kamus hidup.
Dia, Darius Claud. Payung mahkota buat Negara Highlands.
Darius, dia seorang lelaki yang pendiam. Sikapnya yang dingin dan tegas telah membuatkan kebanyakan Negara tidak berani mahu membuat onar.
Darius memiliki sepasang mata jahang yang pekat. Bahkan, dia memiliki sesusuk tubuh yang sigap dan berdada bidang. Berkulit tan. Ketinggian 188 sentimeter.
Namun begitu, tidak semua keperibadiannya terungkai sepenuhnya. Darius mempunyai bayang-bayang yang sentiasa bersembunyi di dalam dirinya. Hanya paduka bonda dan nadimnya saja yang tahu sisi hitamnya.
Sekon Darius menjadi raja; tentu saja dirinya tidak akan keseorangan di atas takhta. Bila ada raja yang memerintah, akan ada seorang ratu menjadi penguat takhta buat sebuah kerajaan.
Raja harus dilindungi dari mara bahaya. Pergerakan si raja menjadi terbatas demi keselamatan Negara. Maka, si ratu perlu bertindak seperti panglima perang yang mempunyai kesaktian.
Dia, Diana Hanata atau nama lainnya; Diana Alassandran Claud.
Diana, dia adalah anak perempuan ketua wazir dalam pertahanan Negara. Hidupnya penuh cabaran dan lasak. Sudah biasa mengikuti si ayah ke mana-mana termasuklah medan perang ketika usianya kecil.
Diana mempunyai darah campuran. Oleh sebab itu, Diana lebih selesa mengikuti latar belakang si emak. Hematnya, hierarki emaknya tampak lebih gagah di mata.
Dalam kelembutan terselit 1001 ketegasan.
Saat usia Diana bercambah matang, dirinya menjadi pilihan ibu suri ratu. Dengan kata lain, bonda Darius melamarnya untuk menjadi permaisuri Negara Highlands.
"Kahwini putera, beta. Beta akan terima apa jua syarat sekalipun, kecuali perkataan tidak sudi."
Jujurnya, menjadi seorang permaisuri tidak pernah terdetik di dalam kepalanya. Namun kerana hutang budi dan pujukan daripada si ayah; Diana akur dengan beberapa syarat.
Diana dan Darius, mereka Cuma kenal dari nama sahaja. Pernah bertembung ketika usia mereka remaja tetapi hanya dari jarak jauh sahaja.
Diana sedia mafhum akan sikap Darius itu bagaimana. Dingin dan keras. Langsung tiada ciri-ciri lelaki impiannya semasa kecil.
"Aku terima perkahwinan ini kerana bonda. Kau tak perlu meletak apa-apa harapan pada aku."-Darius Claud.
Kalau Darius tidak sudi, Diana lagi tidak hendaklah! Mahu atau tidak, kenalah Diana telan. Perjalanan yang baharu!
'New adventure. New Self!'
Sepanjang Diana menjadi ratu buat Darius, lelaki itu tidak pernah bertandang di kediamannya. Oleh kerana itu, ramai orang dalam istana beranggapan; Diana tidak tahu melayani si raja dengan baik.
Lagi-lagi... Darius telah mempunyai 3 orang gundik sebagai peneman. Sejak ayahnya dan Ibu suri sudah mangkat, sikap Darius makin menjadi-jadi.
Kesudahannya, Diana hanya meletak tumpuannya pada haluan sendiri. Jika Darius mahu begini, Diana tidak akan menghalang.
'Forget what happened and focus on how to make it right.'
Pada bulan mengambang, satu tragedi telah berlaku. Satu kebenaran terbongkar di depan mata Diana. Malam itu, Diana nekad mahu membantu Darius. Suaminya; bukan manusia yang normal.
Darius mempunyai sepasang sayap hitam dan bersisik yang sangat besar.
"Mengapa Tuanku begitu? A-Apa lagi kau rahsiakan dari beta, Alzak! Jawab!"- Diana.
"Ampunkan patik, tuanku permaisuri. Sebenarnya tuanku..."- Alzak.
Malam itu, Diana mula merencana sesuatu demi Darius. Oleh sebab sikap keprihatinan, hati Diana dan Darius mula terusik sedikit demi sedikit.
Sekon mereka mahu menyelam dalam satu warna yang sama, pelbagai dugaan datang meranduk di dalam hubungan suci itu.
Setiap dugaan yang hadir, pasti sebuah misteri akan terungkai di depan Diana. Bahkan juga, Darius pula akan mendapat kejutan yang baharu.
'You don't need to figure out everything right now. Solutions begin with problems.'
Mampukah Darius menerima bayang-bayangnya? Mampukah Darius dan Diana berkelana bersama-sama? Wanita itu... Lemah?
"Setiap belah akan membentuk tsabatku. Setiap palau akan membina takhta buatku. Aku permaisuri berada di takhta tanpa bantuan sesiapa!"- Diana Hanata.
"Dia adalah seorangratu yang terbuang. Tiada takhta dan pengiktirafan daripada aku. Namun keranakesungguhannya, dia mampu membina takhtanya dengan sendiri. A woman know her position will never loseher own place."- Darius Claud.
YOU ARE READING
His Angel's Throne.
RomanceNovel & Ebook I Bila adanya sebuah kerajaan, sudah pasti akan ada sang raja. Bila adanya sang raja yang memerintah, sudah semestinya akan ada seorang permaisuri sebagai penguat takhta. Hidup sang raja mahupun sang permaisuri seolah-olah seperti sebu...