Diana duduk diam di atas sebuah kerusi rehat. Dua matanya sudah terpejam rapat. Ketika ini, dia mati kata. Rasa melengnya sudah menyeruak di dalam diri tidak berhenti. Tergamak Darius marah-marah dia di depan orang ramai. Ikutkan hati, mahu saja Diana menempik kerana rasa geram.
Spontan bibirnya mendecit. Entah ke berapa kali. Bagaimana dia mahu tayang wajahnya di depan askar-askar yang ada nanti? Dayang-dayang? Clane juga.
Argh! Menyebalkan sungguh.
"Sudahlah pulaukan aku. Tiba-tiba nak marah. Lelaki yang... Eeee!" pedang di tangan terus diletak sebelah. Selama ini, dia berlatih; tak pernah Darius mahu menyampuk. Sekarang?
Bila pula suaminya memanah situ? Mujur anak panah tak kena pada dia dan Clane. Huh!
"Tuanku? Awal tuanku pulang dari berlatih." Tegur seseorang dari belakang. Pantas Diana membuka mata sebelum menoleh ke tepi.
Saat itu, figura seorang dayang menyapa di pandangan matanya. Diana mengulum senyum. Pandangannya kembali melangkau ke depan.
"Terpaksa. Kamu mengemas laman?" Diana menyoal ramah. Dayang senior Rebecca. Dayang yang bertugas menjaga kelengkapannya dan kediaman di sini.
Dayang Rabecca sangat ramah orangnya. Rajin berbual. Berbeza dengan dayang Elsie. Dayang yang itu hanya buka mulut bila perlu.
"Betul, Tuanku. Pakaian Tuanku tidak kotor seperti selalu. Ada apa-apa terjadikah?" atas bawah matanya bergerak menilik Diana. Hairan. Mengapa tidak ada kesan tanah mahupun lumpur?
Saat itu, Diana membuang nafasnya dalam-dalam. Bagaimana tidak kotor? Baru mahu panaskan tubuh, suaminya sudah mencelah.
"Beta bertembung Tuanku raja di tempat latihan." Diana bangun dari duduknya. Tali hanfu di tubuhnya dikemaskan.
Selanjur dayang Rabecca mengangguk faham."Ah~ patut sahaja istana shubin kosong." Dia berdiri tidak jauh dari kedudukan Diana. Dua tangan berehat di atas perut.
Diam. Sepi menemani mereka berdua. Diana menyorot nihil pada panorama di depan. Dalam marahnya, terbit rasa berdebar bila Darius memeluknya tadi. Rasa lain...
Atau itu adalah pelukan pertama antara dia dan Darius? Entah. Diana sudah ingat-ingat lupa.
"Seronok jumpa Tuanku raja tadi?" suara dayang Rabecca menghambat lamunan Diana. Kepala Diana tertoleh ke tepi.
Seronokkah dia?
"Tak, dia menganggu latihan beta dan Clane." Sudah menjadi kebiasaan dia dan Clane berlatih bersama-sama.
Orang nadim milik si ayah, tentu Diana akan kenal. Tambahan pula, dia dan Clane sudah biasa berlatih sehingga ada luka.
Saat itu, dayang Rabecca tersengih nakal.
"Ada bau-bau cemburu."
"Tuanku mahu cemburu? Memang tidaklah. Dia itu mana pernah kenal erti sayang," balas Diana menyergap. Mata diputarkan ke atas.
Dayang Rabecca langsung tertawa kecil.
"Iya? Sampai ada tiga gundik?" bukan seorang tahu. Itu bukan tak tahu erti kasih sayang tapi tak cukup kasih sayang. Dasar sungguh.
Selanjur Diana mengeluh.
"Barangkali beta saja yang tak nampak menarik di mata Tuanku." Bait bicara Darius pada tahun-tahun yang lalu masih segar di dalam kotak fikiran. Dia... perempuan bodoh.
YOU ARE READING
His Angel's Throne.
RomansaNovel & Ebook I Bila adanya sebuah kerajaan, sudah pasti akan ada sang raja. Bila adanya sang raja yang memerintah, sudah semestinya akan ada seorang permaisuri sebagai penguat takhta. Hidup sang raja mahupun sang permaisuri seolah-olah seperti sebu...