BAB 2

221 17 0
                                    


Angin malam menemani Diana ketika itu. Secawan teh panas menghangatkan darah di dalam tubuh. Sepasang matanya merenung kosong di dada jumatera. Hanya beberapa sabitah saja yang bercahaya di atas.

Ada satu sabitah terasing dengan sabitah yang lain. Sama seperti dirinya sekarang. Sendirian terasing di aula kayu ini sembari mengenang nasib.

Saat itu, Diana menghembus nafas lemah. Sebelah tangan memegang tangkai teko untuk menuang air panas di dalam cawannya.

"Masih sendiri. Hari ini tetap sama..." Diana menggumam sendiri. Malam ini sepatutnya menjadi malam dia dan Darius.

Namun, macam biasa; Darius tidak datang ke kediamannya. Empat tahun begitu, Diana tidak terasa nadir lagi. Cuma hatinya tidak berdangkal, ada rasa sakit di palung sanubari sendiri.

Makin Diana mahu hiraukan, rasa sakit itu semakin menjadi-jadi. Darius... Suami tak guna!

"Tuanku permaisuri. Dayang Elsie datang menghadap," sapa satu suara dari belakang. Diana tidak menoleh. Dia cukup kenal dayang-dayang yang berkerja di dalam kediamannya.

Cawan di tangan langsung diletak atas meja di sebelahnya.

"Kemari, Dayang senior Elsie."

Dayang Elsie menurut. "Tuanku."

"Teman beta minum teh. Malam ini, beta terasa sunyi dari malam yang biasa," balas Diana menyergap. Nada suaranya kedengaran tenang seperti biasa.

Dayang Elsie berdehem. Segera dia melabuhkan duduknya di atas sebuah bantal. Hanya meja kecil itu saja yang menjadi pemisah antara dia dan Diana.

Sekon itu, Dayang Elsie menoleh.

"Tuanku dukacita terhadap Tuanku raja?" Elsie menyoal terus. Sepintas lalu dia melihat pendirian Diana di sebelah.

Afsun seperti selalu. Hanfu langking. Rambut panjang itu dibiar lepas sehingga mencecah lantai kayu. Hanya seutas rantai yang ada di leher Diana. Yakini itu pemberian daripada Tuanku Anatasia.

Diana mengidum.

"Apa beta boleh katakan? Beta Cuma seorang ratu di istana dan di mata rakyat. Hakikatnya, beta hanya seorang perempuan yang sunyi." Ada tawa halus di hujung kata-kata itu.

Lama juga Darius biarkan dirinya keseorangan. Kadang-kadang, Diana ada terfikir; apa dirinya ini ada kekurangan kah? Kurang cantik di mata Darius? Entah. Diana tidak tahu.

"Tuanku permaisuri itu mempunyai kedudukan yang tinggi. Rakyat dan orang istana meletak Tuanku dengan penghormatan yang banyak. Janganlah bersedih, tuanku." Elsie cuba memujuk. Terasa iba terhadap Diana.

Ikutkan hati, mahu saja dia menculik Darius dan membawa ke sini. Namun apakah daya? Tak mungkin dia mahu buat begitu!

"Dahulu, beta masih mempunyai seorang ayah. Jika mahukan perhatian, beta perlu cari dia sahaja." Sejurus itu, Diana merengguk air dengan berhati-hati.

Kalaulah ayahnya masih hidup. Tentu Diana tidak kesepian begini...

"Beta masih seorang gadis. Tak setiap hari, beta mampu menjadi kuat. Beta juga bisa menangis." Lanjut Diana. Nafasnya dibuang dalam-dalam. Dia masih seorang gadis yang ingin dimanjakan.

Dahulu mahu bermanja dengan Katouh, tidak boleh keterlaluan. Kali terakhir dia bermanja ketika emaknya masih hidup. Kalaulah Darius tidak keras hati, tentu jejaka itu akan menjadi tempat dia menjadi kanak-kanak.

Menjadi kuat sepanjang waktu boleh membuat dirinya kelelahan.

"Tuanku tahu yang tangisan itu bukan satu identiti yang lemah. Tidak begitu?" Elsie bersuara.

His Angel's Throne.Where stories live. Discover now