Surat Cinta 💌 - Terburu-buru

71 17 7
                                    

Teruntuk kamu , angkasamna
❤️

Seringkali, kita jadi tertanya.

Mengapa masa berlalu dengan pantas?

Sehingga kita jadi bergegas,

Mengejar langkah-langkah mereka yang lebih lekas?

Sehingga kita jadi terburu-buru,

Mengejar langkah mereka yang sudah

jauh beribu batu.

Kita dikurniakan kaki,

oleh Ilahi,

yang menjadikan kita,

mampu berdiri dengan sendiri.

Dan, kita dikurniakan jalan.

Yang hanya kita saja tahu arahnya.

Yang hanya kita tahu di mana tujuannya.

Yang hanya kita saja tahu di mana pengakhirannya.

Kerana itu,

Hiduplah di dunia ini tanpa berseteru.

Kerna akhirnya,

Kita akan tiba di destinasi yang kita mahu tuju.

Semoga kamu tenang tenang saja :)















Mesej khas buat angkasamna,
Terima kasih kerana sudi request.
Maafkan saya jika puisi ini tidak
menepati cita rasa anda. ❤️

Puisi kali ini aku bicarakan tentang orang orang yang selalu mengejar langkah orang lain, mengikut cara orang lain, memaksa diri untuk menjadi seperti orang lain. Walhal, Tuhan sudah aturkan segala jalan untuk kita lalui dan jalan itu sudah terlalu sempurna.

Antara Beribu Nanti©Where stories live. Discover now