diari lama ayah

18 4 0
                                    

ayah dahulu jatuh hati,

pada seorang wanita yang punya kuasa sakti,

senyumannnya bisa melenturkan tulang sendi,

suaranya begitu indah gemersik sekali,

tawanya kedengaran seperti melodi,

ibu corakkan kehidupan ayah yang dahulunya sunyi,

sungguh ayah terhutang budi,

pada pemilik tulang rusuk kiri ini,

anugerah Ilahi yang akan selalu ayah hargai,

jadi anak perempuanku nanti,

carilah lelaki yang bakal melayani,

persis seorang permaisuri,

kerana ayah telah menjagamu sepenuh hati,

jika dia tidak mampu menjadi raja kepada permaisuri ayah ini,

mintalah dia agar memulangkan anak ayah kembali,

kerana ayah akan menjaganya,

sampai ditarik nyawa ini.

Antara Beribu Nanti©Where stories live. Discover now