♡ BAB 4

28 6 0
                                    

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍


        BEG-BEG Plastik yang dibimbit oleh Zulaikha terus diletakkan ke dalam boot kereta. Usai meletakkan ke semua plastik yang terisi barangan mentah dan sayur-sayuran untuk dimasak setibanya dia pulang ke rumah nanti. Tanpa disedari ada seseorang datang mendekatinya dari belakang.

Tap! Tap! Tap!

Derapan tapak kasut jenis Oxford yang dipakai oleh seorang lelaki mulai menyapa gegendang telinga Zulaikha dari dekat. Barangkali ada kewujudan orang lain di tempat parkir selain dirinya. Malas mahu ambil peduli, belum sempat Zulaikha ingin mencari kunci keretanya di dalam handbag secara tiba-tiba lengannya disambar  oleh seseorang dari belakang.

Arghhh!” Sempat Zulaikha terjerit. Terbuntang luas biji matanya apabila diperlakukan begitu. Anak mata hitam kepekatannya mulai terarah kepada gerangan itu.

“Hai, Zulaikha. Lama tak jumpa, kau apa khabar?”

Dada Zulaikha berdegup kencang tatkala melihat wajah lelaki di hadapannya sekarang. Bagaimana lelaki itu tahu keberadaannya sekarang? Kenapa masih lagi mencarinya sedangkan dia sudah bahagia. Dia sudah mempunyai kehidupan peribadinya sendiri. Mengapa lelaki itu masih lagi mengekorinya sehingga sekarang?

Apa yang dia mahu sebenarnya? Apa lagi?

◍ ◍ ◍


LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR


         SEORANG gadis berusia 19 tahun melangkah keluar sambil membimbit sebuah bagasi dari balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke muka pintu lapangan terbang. Dia tahu, tiada sesiapa yang akan menyambut kedatangannya kerana dia datang tanpa diundang ke negara itu.

Senyuman sinis terpamer pada raut wajah jelitanya. Cermin mata hitam berjenama Vittorio richi buatan Holland yang dihasilkan di Hong Kong ditanggal seketika. Diheret beg bagasi itu sehingga betul-betul tiba di hadapan sebuah teksi yang kebetulan berada di situ. Nasib baik!

Terus cermin tingkap teksi tersebut diketuk beberapa kali, akhirnya keberadaannya diketahui oleh pemandu teksi tersebut.

Excuse me, sir. Posso chiederti, puoi portarmi in questo posto? (Maafkan saya, tuan. Boleh saya tanya, boleh tak tuan bawakan saya ke tempat ini?)” Kertas bersaiz sederhana kecil dihulurkan kepada lelaki separuh abad itu. Terpinga-pinga lelaki tua itu apabila gadis di hadapannya ini entah berbicara bahasa apa. Dia sendiri tidak faham.

Sir... ho chiesto questo! (Tuan... saya tanya ni!)” marah gadis itu yang sedari tadi lagi berdiri bagaikan patung di luar teksi. Huh, penat!

“Cik adik manis. Boleh tak awak cakap Bahasa Melayu?” Lelaki tua itu mulai berbicara. Apa lagi? Sama-sama tak fahamlah jawabnya. Terpinga-pinga si gadis itu pula.

Ya Tuhan. Apa yang dia cakapkan sebenarnya? Dia sesungguhnya tidak faham sama sekali dengan apa yang dibicarakan oleh pemandu lelaki itu. Sengsaranya dia datang ke negara bermusim Khatulistiwa ini. Kalau ada orang yang tolong menjemputnya sudah sememangnya dia tidak akan hadap semua benda ini.

“Di cosa sta parlando? (Dia ni cakap apa?)” Gadis itu mulai kebuntuan seketika. Pemandu teksi tersebut akhirnya bersuara.

So... well you speak English then. (Kalau macam tu... baik awak bercakap Bahasa Inggeris).”

Gadis berusia 19 tahun itu tergelak kecil dengan kata-kata itu. Kenapalah dia tidak terfikirkan perkara itu sejak dia bertandang ke negara ini? Kenapa otaknya tidak ligat berfikir, hah? Berbahasa Inggeris sahajalah, apa punya susah? Bukankah bahasa itu merupakan bahasa antarabangsa?

Okay, fine. I'm sorry sir. Actually I want to go here. Where is this place? (Okey, baiklah. Maafkan saya encik. Sebenarnya saya nak pergi ke tempat ini. Tempat ini berada di mana ya?)”

Sekali lagi gadis itu bertanya tetapi dalam Bahasa Inggeris. Tidak lagi bertanya dalam Bahasa Itali yang menjadi bahasa kesayangannya itu tadi.

Pemandu teksi itu mengangguk kepala tanda faham lantas membaca sekali lagi tulisan yang tercoret pada kertas mini tersebut. Okey, dia tahu di mana tempat ini berada. Sudah tentulah dia tahu keberadaan tempat itu kerana dia merupakan pemandu teksi yang berpengalaman.

Come on, I'll send you there. (Jom, saya hantarkan awak ke sana.)”

Tersenyum girang gadis itu sekali gus membuatkan lelaki tua itu terhibur seketika dengan mimik wajah gadis itu. Barangkali si gadis itu hendak berjumpa dengan seseorang di negara ini. Barangkali begitu. Telah hati lelaki tua itu di dalam hatinya.

Let's go!” jerit gadis itu lantas membimbit beg bagasinya ke boot dan meletakkannya ke dalam. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SELAFAZ KATA BENCI © [HIATUS]Where stories live. Discover now