♡ BAB 6

14 6 0
                                    

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍


          HARI semakin senja, kicauan burung layang-layang mulai menyapa gegendang telinganya. Keluhan nafas berat dilepaskan, Arjuna mengerling sekejap pada jam di pergelangan tangannya. Entah berapa lama mereka akan terkurung dalam kesesakan jalan raya ini. Dia sendiri tidak tahu. Boleh naik gila dia dibuatnya. Sebenarnya sudah dipesan sebentar tadi kepada Tano supaya menggunakan jalan singkat yang berada tidak jauh dari sini. Tetapi, katanya lebih baik jalan ini sahaja. Tengok... sudah sesak.

Kring! Kring!

Telefon pintar berjenama Iphone berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk. Lambat-lambat Arjuna mencapai telefon pintarnya dari dalam kocek baju kot. Ditilik lama nombor yang tertera di skrin, nombor tidak dikenali. Entah siapa-siapa. Malas mahu berangkat jadi dia lebih suka membiarkan sahaja telefon itu terus-terusan berdering.

"Bos. Kenapa tak angkat call?"

Tano yang terganggu dengan nada deringan panggilan telefon itu mulai bertanya kepada bosnya. Arjuna mengalihkan pandangan mata ke arah Tano sambil berkata.

"Malas."

Sepatah sahaja yang dijawab oleh Arjuna tetapi cukup membuatkan Tano memahami maksud di sebalik perkataan itu. Jika sudah cakap malas, maka malaslah. Itulah Arjuna. Jika sudah cakap A, maka A jugaklah keputusannya. Pandangan mata terus menghala ke hadapan semula sebaik sahaja perasan akan kenderaan yang mulai bergerak perlahan menuju ke hadapan.

◍ ◍ ◍

          ❝JAUH Zu termenung. Fikirkan apa tu?❞

Tegur Datin Rodziah yang sedari tadi lagi memerhati wajah bekas menantunya itu. Seperti sedang memikirkan sesuatu sahaja. Sesuatu yang tidak terluah. Bukan sehari dua dia mengenali wanita itu, sudah bertahun lamanya. Masakan pula dia tidak mengetahui wanita itu bagaimana orangnya.

"Takde apa-apalah mama. Zu cuma... terfikir macam mana nak besarkan Faiz nanti. Itu aje," bohong Zulaikha kepada bekas ibu mertuanya itu.

Sedangkan dia seharian berfikir mengenai pertemuan dia dengan Tenggo di awal pagi tadi. Datin Rodziah menguntum senyum.

"Oh, kamu risau pasal tu ke? Jangan risau pasal tu. Segala harta dan kekayaan kan sudah jadi hak kamu dah. Kan mama dah serahkan kepada kamu harta pusaka arwah suami kamu. Jangan difikirkan sangat, nanti kamu yang kemurungan."

Sopan Datin Rodziah bersuara, cuba untuk menenangkan hati bekas menantunya itu. Zulaikha tersenyum sumbing. Sebenarnya dia bukannya risau akan kekayaan atau pun harta cuma dia risau akan Tenggo.

Bagaimana suatu hari nanti lelaki itu akan mengganggu hidupnya sekali lagi? Sedangkan semasa mereka berbual di restoran tadi, jelas lagi bahawa lelaki itu masih lagi menyimpan perasaan terhadapnya.

"Zu," panggil Datin Rodziah apabila teringat akan sesuatu. Cepat-cepat Zulaikha menumpukan perhatian kepada Datin Rodziah seratus peratus.

"Ya mama. Kenapa?"

"Tadi petang, Faiz ada bagitahu kat mama yang dia teringin sangat nak makan-makan dengan kamu. Nanti, kamu bawalah dia pergi makan kat mana-mana ya. Sebab mama tengok dia macam kesunyian aje."

Zulaikha menghela keluhan seketika, memikirkan anak tunggalnya itu yang semakin membesar. Kadangkala dia terlalu sibuk sehingga terlupa akan anaknya yang satu itu tetapi bukan bermakna dia terus melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Membesarkan seorang anak tanpa seorang lelaki yang bergelar suami agak susah baginya. Tetapi bukan bermakna dia tidak redha dengan ketentuan takdir. Dia hanya perlukan seorang teman untuk berkongsi segala luahan isi hatinya sahaja.

"Insya-Allah, mama. Nanti kalau Zu ada masa. Zu akan bawa Faiz pergi makan."

Senyuman mulai terukir di bibir walaupun jauh di sudut hati masih lagi mengkhuatirkan kejadian awal pagi tadi.

Tenggo...

◍ ◍ ◍

        ❝CAN you call him? (Adakah awak dapat hubungi dia?)❞

Akalil bertanya sekali lagi kepada gadis di hadapan itu yang semakin menggelabah tidak tentu fasal. Sekejap duduk, dan mundar-mandir ke sana sini. Naik pening dia dibuatnya. Laju Leona menggeleng kepala tanda tidak.

"I don't know why I can't call him. I hate things like this happening! (Saya tak tahu kenapa punca saya tak dapat nak hubungi dia. Saya benci perkara macam ni berlaku!)" bentak Leona. Sakit hati apabila menghubungi seseorang yang tidak berjawab acap kali.

"Maybe you got the wrong number! (Mungkin awak salah nombor kut!)" ujar Akalil dengan yakinnya.

Air jus strawberi yang dihidangkan oleh mamanya setengah jam yang lepas ditenguk sekali lagi. Kehausan katakan. Matanya sedari tadi lagi tidak lepas memandang wajah kemelayuan milik Leona. Walaupun gadis itu dibesarkan di Itali, tetapi raut wajah itu masih lagi ada wajah seperti Orang Melayu.

"No way! This number is also for my dad. Which can be the wrong number. After all, he is the kind of guy who is slow to pick up phone calls. (Tak mungkin! Sebab nombor ini jugaklah papa saya bagi. Mana boleh salah nombor. Lagipun dia memang jenis lelaki yang lambat nak angkat panggilan telefon,)" balas Leona yang kelihatan menahan sebak dan marah itu.

Akalil tersenyum sambil mengangguk. Nampak gayanya gadis di hadapannya ini jenis sukar melenting tidak tentu fasal. Boleh jadi calon-calon menantu mamanya nanti. Sempat dia berfikir begitu di dalam hati. Astaghfirullahalazim! Cepat-cepat dia mengusir pergi perasaan yang bukan-bukan itu. Mental agaknya dia ketika ini.

"It's getting late. Why don't you spend the night here while waiting for your foster brother to return. Yes, right? (Hari dah makin senja. Apa kata awak bermalam kat sini dulu sementara tunggu abang angkat awak balik. Boleh, kan?)"

Prihatin Akalil memberi cadangan kepada gadis di hadapannya itu. Leona terdiam seketika, sebenarnya dia berat hati sebenarnya mahu bermalam di rumah lelaki itu sementara menunggu kepulangan abang angkatnya itu. Tetapi apa boleh buat, sememangnya dia bernasib buruk semenjak datang ke sini.

"Ermmm... okay!" Lambat-lambat Leona menjawab. Senang hati Akalil mendengarkan jawapan tersebut.

Akalil meminta izin untuk berjumpa mamanya di ruangan atas, sebenarnya mamanya lagi sibuk membersihkan ruangan bilik atas untuk tetamu bernama Leona itu sejak gadis itu bertandang ke rumahnya. Sebaik sahaja memberitahu akan perkara itu kepada mamanya, laju sahaja kakinya menuju ke tingkat bawah.

"Ermmm... the room is ready. Why don't you clean yourself first, then we'll pray together downstairs. Yes, right? (Ermmm... bilik dah siap dikemaskan. Apa kata awak bersihkan diri dulu nanti kita solat sama-sama kat bawah. Boleh, kan?)"

Jari-jemari Akalil mulai menarik bag bagasi tersebut lantas mengangkatnya menuju ke tingkat atas. Leona hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum kelat. Solat? Sebenarnya sudah lama dia tidak melakukan tanggungjawabnya itu sebagai seorang muslim. Sedangkan sebelum ini tidak pernah sekalipun dia diajarkan mengenai solat. Wajahnya mulai berona merah, malu sebenarnya.

SELAFAZ KATA BENCI © [HIATUS]Where stories live. Discover now