◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍
❝BERAMBUS! Berambus aku kata. Berambus! Aku tak nak tengok muka kaulah.❞Suasana di sebuah wad hospital yang dihuni oleh seorang pesakit lewat 50-an menjadi keruh seketika. Pesakit itu kelihatan tidak senang hati tatkala melihat seorang jururawat datang dengan niat ingin memberinya ubat-ubatan untuk ditelan. Apa lagi? Habis dicampak semua barang berdekatan ke arah jururawat wanita itu.
“Dato' tak boleh macam ni. Dato' wajib makan ubat ni. Ini arahan daripada doktor bukannya arahan saya,” pujuk jururawat itu sambil berusaha memberikan piring besi yang berisi pelbagai jenis ubat kepada lelaki berusia itu tetapi semuanya jauh lebih teruk apa yang disangkakan.
Walaupun lelaki berusia itu sudah menjangkau usia seabad tetapi perangainya tetap tidak berubah. Panas barannya itu tetap ada. Boleh penat dia melayan. Itu dicampak, ini dicampak. Tidak bolehkah lelaki tua itu belajar bersabar? Bukankah Islam mengajar erti kesabaran?
“Aku peduli apa, hah! Kau orang nak bunuh aku, kan? Dasar pembunuh. Sepatutnya aku dah lama sembuh. Ini tidak makin lama aku kat sini, makin aku sakit. Entah-entah kau orang bagi aku ubat mampus awal sebab tulah aku tak sembuh-sembuh sampai ke sudah,” tuduh lelaki tua itu lagi. Luluh hati si jururawat itu mendengarkan tuduhan tidak berasas itu. Pedih telinganya menadah segala kata-kata hinaan itu. Sampai hati kata begitu.
Tanpa disedari oleh mereka berdua. Seorang lelaki bertubuh tegap melangkah masuk bersama anak buahnya. Senyuman sengit mulai terukir tatkala melihat wajah berkedut lelaki tua di hadapannya itu. Sadis sekali. Ikut kiraannya, lelaki tua itu seharusnya sudah lama sembuh daripada kemalangan tiga tahun lepas. Tetapi, lelaki tua itu masih lagi ditahan di sini hampir sekian lamanya.
“Hai, Dato'. Apa khabar? Dato' sihat?” sinis tutur kata Arjuna. Sengaja dia tanya begitu sedangkan dia sendiri nampak bagaimana keadaan lelaki berpangkat Dato' itu sekarang. Tidak terurus langsung. Malahan, seperti orang sakit bertahun-tahun lamanya.
“Kau buat apa kat sini, hah? Datang nak melawat aku ke?” Bebola mata tuanya mencerlung tajam ke arah gerangan itu. Begitu benci dia melihat wajah itu, bayang pun dia tidak sudi tengok.
Jururawat wanita itu segera melangkah pergi tatkala melihat ada tetamu yang datang menziarahi. Lebih baik dia meminta izin terlebih dahulu. Tidak manis jikalau dia turut sama berada di situ. Tergesa-gesa dia mengatur langkah pergi dari situ.
Usai pintu ditutup selepas jururawat itu berlalu pergi. Arjuna mara ke hadapan. Dia melabuh duduk di atas kerusi bersebelahan lelaki tua itu tanpa meminta izin terlebih dahulu.
“Dato' Muzaimi. Agak-agaknya, berapa lama kita tak berjumpa ya? Dua, tiga atau empat tahun ya? Tak sangka, bila aku balik sini aku tengok kau kat sini. Apa yang dah berlaku sebenarnya, hah?” Arjuna tersenyum, menyindir. Manakala, Dato' Muzaimi pula tergelak hambar.
YOU ARE READING
SELAFAZ KATA BENCI © [HIATUS]
Romance❝Jika tangan ku terpalit dengan dosa. Akan ku pimpin kau ke neraka.❞ ● ARJUNA - Perjalanan kisah hidupnya tidak seindah apa yang disangka. Dia bukanlah lelaki yang baik seperti sang malaikat. Tetapi, dia hanyalah seorang pendosa tanpa noktah yang...