Part 1 : Kim TaeHyung (V)

1.4K 58 8
                                    

Suasana pagi yang cerah dan udara yang  segar itu menyamankan buat sesiapa sahaja yang menghirupnya. Sinaran matahari mula memancar ke wajah V yang sedang enak tidur di atas katil yang empuk itu.

V mencapai tuala dan dia terus masuk ke bilik air untuk mandi. Setelah selesai mandi, V turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. V mencium dahi ibunya dan kemudian duduk di kerusi meja makan tersebut. Terdapat pelbagai jenis hidangan untuk sarapan pagi disediakan.

V mengambil roti bakar dan dia memandang sekeliling. Pn.Kim tersenyum melihat perangai anaknya itu. V adalah satu-satunya anaknya bersama En.Kim TaeYang . Tetapi En.Kim TaeYang telah meninggal dunia sejak V berumur 5 tahun. Kini Pn.Kim telah berkahwin dengan En.Kim Hakyeon. En.Kim Hakyeon tinggal di London dan menguruskan syarikat di sana. Dia meninggalkan dua orang anaknya di Korea iaitu Jimin Dan Jin.

"Omma.. EunJi mana?" Tanya V kepada ommanya.

"Dia tengah mandi rasanya" Jawab Pn.Kim kepada anaknya itu.

"Omma, hari ni kan first day V jadi pelajar Universiti Sungkyungkwan, So.. boleh tak kalau V nak bawa kereta sendiri?" Tanya V sambil menyuapkan roti ke dalam mulutnya.

"V tak nak driver hantar ke?" Soal Pn.Kim sambil menyapu mentega di rotinya.

"V dah besar la Omma." Balas V sambil memuncungkan bibirnya.

Pn.Kim tertawa kecil melihat telatah V yang seperti anak kecil. Pn.Kim memberikan kunci kereta XXXX kepada V. V menyambut dengan penuh senyuman.

"Omma dah daftarkan Eunji untuk belajar di Universiti Sungkyungkwan juga. Jadi, dia boleh awasi kamu." Kata Pn.Kim serius.

"Eunji?! Tapi Omma.. V dah besar la.. bukannya ada penculik pun kat situ sampai Omma nak upah Eunji jadi bodyguard V.." Terang V kepada ommanya.

"Eunji tu pandai, so kalau Omma tak daftarkan dia pun, mesti dia masuk situ jugak. Result dia kan power~ Bukan macam kamu, main-main je tahu" Bebel Pn.Kim.

V menutup telinganya tanda tidak suka mendengar ommanya berleter.

Setelah selesai makan, V keluar ke garaj milik keluarganya dan dia membawa keluar kereta sports yang berwarna putih itu. Bahagian atas kereta itu dibuka dan V mengambil sun glasses nya untuk dipakai. Pn.Kim mengarahkan V agar pergi bersama-sama dengan Eunji. Setelah beberapa minit, EunJi datang ke arah V.

"Dah siap?" Tanya V.

"Erm.. Ma.. Maafkan saya tuan" jawab Eunji menundukkan kepalanya.

"Hahaha.. kau ni.. Tak payah la panggil aku tuan lagi. Panggil je V. Lagipun aku nak kau rahsiakan dari semua orang kat U nanti pasal kita. Kau cakap je aku ni kawan kau. Aku tak nak orang nampak aku ni macam budak manja sampai mak dia nak upah bodyguard pulak." Terang V panjang lebar.

Eunji hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju sahaja. V menyuruh Eunji masuk ke dalam kereta dan duduk di kerusi di sebelahnya. V pun kemudiannya memandu ke tempat yang ditujui oleh mereka berdua.

S
K
I
P

//Dalam Dewan Kuliah//

Mrs.Jihyo memberikan ucapan sebagai pembuka majlis. Diikuti oleh Mr.Gary. Majlis dimulakan dengan acara suai kenal. Eunji telah pun berpisah dari V sejak mereka menapakkan kaki di kampus tersebut.

Eunji berjalan ke arah seorang gadis yang berkaca mata dan mula menyapanya.

"Anyeonghaseyo, Naneun Lee Eunji imnida." Kata Eunji sambil mengukir sebuah senyuman untuk gadis tersebut.

♔Kasut Cinderella Korea♔ +KTHWhere stories live. Discover now