"Ha.. ah.. Jom~" kata Eunji ceria.
Eunji dan JHope berbincang tanpa pedulikan Yoona. V hanya mendengarkan sahaja perbincangan tersebut.
V curi-curi memandang Eunji apabila Eunji dan JHope sibuk berbincang. Yoona hanya mendengus geram kerana tidak dipedulikan oleh V.
S
K
I
P-Di Rumah Pn.Kim-
Tapak kaki dua orang manusia kedengaran di hadapan rumah agam tersebut. Dua orang lelaki tersebut memandang diantara satu sama lain dan senyum. Mereka menarik bagasi yang dipenuhi baju-baju mereka ke dalam rumah agam tersebut.
Setibanya mereka di ruang tamu, mereka dipeluk oleh seorang wanita yang agak berusia tetapi masih cantik dan menawan. Mereka bertiga berpelukan selama beberapa saat.
"Omma.. Jimin rindu omma" kata salah seorang dari lelaki tersebut kepada wanita itu.
"Yah!! Hyung! Jin lagi rindu omma!!" Kata lagi seorang lelaki sambil menepis tangan Jimin daripada memeluk wanita itu.
"Hahaha omma rindukan korang berdua!" Kata Pn.Kim kepada Jin dan Jimin seraya memeluk kedua-dua anak lelakinya itu.
Setelah itu, mereka berdua masuk ke bilik masing-masing dan menyimpan bagasi mereka. Pn.Kim hanya tertawa kecil melihat telatah anak lelakinya yang masih berperangai kebudak-budakan.
"Omma!! Eunji mana?!" Laung Jimin dari dalam bilik.
"Omma!! Panggil Eunji !! Jin nak dia kemas bilik Jin!!" Pekik Jin pula dari biliknya.
"Eunji takde kat rumah." Jawab Pn.Kim ringkas.
Pn.Kim sudah faham benar perangai anak-anak lelakinya itu. Mereka berdua dari kecil lagi suka membuli Eunji kerana bagi mereka Eunji adalah pembantu mereka padahal yang berkhidmat sebagai pembantu rumah agam tersebut ialah ibu Eunji.
"Eunji pergi mana?" Tanya Jimin kepada Jin selepas mereka keluar dari bilik mereka. "Mana Jin tahu. Hyung tanya la dekat Omma.." Jawab Jin bersahaja. Jin adalah seorang yang Cool manakala Jimin pula seorang yang agak sosial dan banyak cakap. "Omma!! Eunji pergi mana?" Tanya Jimin.
"Sungkyungkwan University.." Pn.Kim senyum kepada anak-anak lelakinya itu.
"Bwo?! Sungkyungkwan University?!" Jerit Jimin dan Jin serentak.
Mereka berdua bagaikan dipanah halilintar apabila mendengar jawapan daripada Omma mereka. Manakan tidaknya, mereka akan kehilangan mangsa membuli sekiranya Eunji sibuk di kampus itu.
DING DONGGG~
Loceng rumah kedengaran apabila V dan Eunji menolak pintu rumah tersebut. Eunji dengan tiba-tiba memberhentikan langkahnya apabila ternampak dua buah susuk tubuh yang amat digeruninya. Eunji cuba untuk bersembunyi di belakang tubuh V namun tidak berjaya.
Jimin menarik tangan Eunji. Begitu juga dengan Jin.
"Yah!! Hyung!! Bagi la Eunji dekat Jin dulu.." marah Jin kepada Jimin.
"Alaa.. Hyung nak Eunji kemas baju hyung.." Jimin membuat aegyonya kepada Jin.
"Eunji, pergi masuk bilik." Kata V seraya menarik lengan Eunji dan melepaskan Eunji daripada dua orang makhluk pembuli itu. Eunji segera berlari melepaskan dirinya.
"Hyung ni.. Jangan la buli Eunji lagi.." kata V dengan sopan. Jimin dan Jim memeluk V dengan erat. Walaupun mereka adik-beradik tiri, hubungan mereka bertiga akrab.
"Hyung nak dia tolong je.." kata Jimin.
"Ha.. ah! Betul tu.. kitorang penat la V.." sambung Jin.
V hanya mengeluh kecil mendengar jawapan dari hyung-hyungnya itu.
S
K
I
p-Dalam Bilik Eunji-
Eunji berbaring di atas katilnya setelah siap membersihkan diri. Wajahnya masih lagi pucat kerana kedatangan dua Orang makhluk yang amat dahsyat baginya itu. Eunji menekup wajahnya berkali-kali.
Eunji POV :
Kenapa? Wae? Waee?! Kenapa diorang datang ke Korea semula? Kenapa tak stay kat London tu je?! Aku baru je dapat hidup dengan aman dalam masa 2 bulan ni.. tapi diorang datang balik pulak?! Pabo!! Mati lah aku macam ni.. mesti setiap hari diorang kerah aku macam orang gaji sepenuh masa diorang!! Oh My God!! Andwaee!!! T.T
End Of Eunji POV.
Dua bulan yang lepas, Jimin dan Jin berangkat ke London dengan alasan mahu mengikut ayah mereka bekerja di sana. Selepas sahaja ketiadaan mereka di rumah agam itu, Eunji dapat hidup dengan aman.
Namun, tanpa disangkanya mereka berdua kembali ke rumah agam itu dan sudah pasti Mimpi Ngeri Eunji akan berulang kembali. Eunji amat berterima kasih kepada V kerana menolongnya tadi.
Ya, semasa Eunji sering dibuli dahulu.. V lah yang sentiasa membantunya. Walaupun selama pergaduhan mereka itu mereka tidak bercakap mahupun berbual, tetapi V masih mahu menolongnya.
S
K
I
P-------------☆ 6.50 a.m ☆----------------
"Eunji!!!.. Stoking aku mana?!" Laung Jin dari dalam biliknya.
"Yes Sir!!!.. Sini!" Balas Eunji sambil membawakan Stoking baru kepada Jin.
"Weh!! Cepat seterika baju aku ni Eunji!!" Jerit Jimin pula dari dalam bilik.
"YA TUAN!!.. Saya datang!!" Eunji berlari ke bilik sebelah sambil membawa seterika.
"Hoi!! Eunji.. Stoking ni tak sesuai dengan baju dan seluar aku untuk hari ini" Jerit Jin lagi sekali.
"Kejap Tuan!!" Eunji berlari ke bilik Jin dan mencari stoking yang lain.
"Eunji!! Baju aku mana?!" Jerit Jimin.
"Kejap Tuan!!" Eunji melangkahkan kaki kanannya ke luar bilik Jin.
"Stoking aku macam mana?!" Marah Jin kepada Eunji.
"Baju aku!! Eunji!!" Jerit Jimin lebih kuat.
"AARRGGHHHHH!!!!!" Jerit Eunji sambil mengusutkan rambutnya menandakan dia stress.
"LEE EUNJI..!!!!!!!!" jerit Jimin dan Jin serentak.
V yang masih lagi tidur dibuai mimpi indah terjaga dek pekikan "3 Ekor Makhluk Perosak Mimpi" tersebut. V dengan malasnya bangun dari tidur dan menuju ke pintu biliknya.
V memulas tombol pintu biliknya dan selepas membuka pintu itu, mata V bulat membesar apabila dia melihat kedua-dua lengan Eunji direbut oleh Jimin dan Jin.
"HYUNG!! LEPASKAN EUNJI!!" Marah V kepada hyungnya.
V merampas Eunji dan terus mendakap Eunji dengan begitu erat ke dalam pelukannya. Eunji bagaikan dipanah oleh halilintar bervoltan tinggi apabila V memeluk tubuhnya. Jimin dan Jin terpinga-pinga dengan aksi spontan V.
Eunji mendongak ke atas untuk melihat wajah V tanpa pedulikan Jimin dan Jin. V menghadiahkan pandangan maut kepada hyungnya. Sudah terbiasa bagi mereka berdua jika V datang menyelamatkan Eunji daripada terus dibuli oleh mereka. Akhirnya, mereka berdua berputus asa dan kembali ke bilik mereka semula.
"Awak Okay? Gwenchana?" Tanya V berbaur kerisauan.
-TO BE CONTINUED-
AUTHOR NOTE : Mianhae sebab part ni agak mengarut.. Idea takde so yg ni je yang mampu T.T
YOU ARE READING
♔Kasut Cinderella Korea♔ +KTH
Fanfic♡V (Kim Tae Hyung)♡ ☆Anak keluarga terkaya di Seoul. ☆Adik tiri Jimin dan Jin. ☆Baik dan tidak sombong. ♡Lee Eunji♡ ☆Anak pembantu di Rumah Agam keluarga Kim. ☆Baik hati dan suka pendam perasaan. ☆Kawan baik V. ♡ Jimin & Jin ♡ ☆ Abang tiri V. ☆Suka...