" Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi . Sila tinggalkan peti mesej suara " jawapan yang sering didengar bila Haruto tidak menjawab panggilan telefon Eunseo .
" Mungkin dia sibuk sangat kot " perlahan Eunseo mengukirkan senyuman .
Senyuman yang kelat dan terpaksa . Dia menarik anak patung kesayangannya Ruru ke dadanya .
Keluhan panjang dilepaskan . Penat dia mencari cara untuk mencuri masa lelaki itu . Dia terkejut bila dia sendiri yang nampak Haruto memberikan Minju sejambang bunga ros merah petang tadi .
Sungguh dia terkejut tapi dia mampu melihat di sebalik cermin kaca perpustakaan denga hati yang retak .
Shin Eunseo menahan matanya dari merembeskan air mata yang sudah sekian lama terkurung . Tapi hatinya sakit sekali, tidak pernah dia merasakan sakit sebegini rupa .
Semasa Eunseo menuruni anak tangga di perpustakaan, dia tidak semena-mena terlanggar seorang jejaka tinggi lampai . Bermata redup .
Ya, itu Kim Doyoung . Jejaka yang menjadi kegilaan ramai . Sukar untuk mendekati jejaka pendiam ini . Jejaka itu lebih suka menyendiri bertemankan earphone nya .
Doyoung terkejut melihat air mata bening membanjiri wajah gadis yang dikenali dengan jiwa kentalnya bila sedih .
" Kenapa dengan awak ni ? " pantas Doyoung bertanya kerana terlalu terkejut melihat gadis itu tunduk . Mungkin malu dirinya dilihat menangis macam kanak-kanak kecil .
Eunseo terus meninggalkan Doyoung yang masih terpinga-pinga . Doyoung yang kehairanan terus menuju ke dalam perpustakaan .
Baru dia perasan kewujudan Haruto di sana . Baru sahaja dia ingin tegur Haruto, matanya menangkap sesusuk tubuh gadis di sebelahnya .
YOU ARE READING
[ © ] 𝗢𝗕𝗦𝗘𝗦𝗦𝗘𝗗 - 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗧𝗢
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝚃𝚁𝙴𝙰𝚂𝚄𝚁𝙴 - 𝙷𝙰𝚁𝚄𝚃𝙾 ! ' 🎐 . Aku tahu ramai di luar sana yang mungkin lebih menarik dari kau, tapi aku tak mahu orang lain . Aku hanya mahukan kau . Meskipun ketika kau sedih , ketika kau melakukan kesilapan atau mungkin ada ketik...