Selepas 6 bulan .
" Aku kena luahkan juga perasaan aku dekat dia ! " tekad Eunseo dalam hati .
Enam bulan lepas, Eunseo dan Haruto secara rasminya menjadi kawan baik macam sediakala . Tiada atmosfera awkward yang muncul sekiranya mereka hendak bergurau macam dulu .
Persahabatan yang sudah lama terjalin mana mungkin putus walau apa pun yang melanda . Walaupun Eunseo agak sedih pada mulanya, tetapi perasaan sedih itu hanya sementara . Sebab apa ? Sebab Kim Doyoung muncul dalam hidupnya . Ya, jejaka baru yang berjaya memenangi hatinya selepas Haruto .
Kesabaran jejaka itu melayani karenahnya itu sangat disenangi . Eunseo akui dia pun sangat menyenangi perangai Doyoung sampaikan dia selesa bila Doyoung ada bersama .
Eunseo seorang gadis yang suka bercerita . Doyoung seorang pendengar yang setia . Dia setia mendengar apa yang Eunseo cakap . Eunseo membebel pun dia sanggup tadah telinga . Eunseo tidak kisah sekiranya sesiapa tidak memahaminya .
Dia hanya perlukan seseorang yang sudi mendengar apa yang dia mahu adukan, tidak memahami pun tidak mengapa .
Kisah Haruto dan Minju tidak bertahan lama . Subin yang menyukai Minju telah meluahkan perasaannya kepada Minju . Sungguh Minju terharu kerana Subin berani . Percayalah yang Minju lebih memilih Subin .
Haruto terkontang-kanting memikirkan cara untuk mendapatkan kepercayaan Eunseo kembali . Tetapi semua itu sia-sia saja bila Eunseo menemuinya dan menyatakan hasrat dia ingin meluahkan perasaan kepada Doyoung yang berhati batu itu .
" Serius lah kau nak confess dekat dia ? Mamat ais batu tu ? Bila ? " soal Haruto dengan hati yang gusar .
Kenapa cepat sangat kau lupakan aku Eunseo . Soalnya sendiri dalam hati .
" Nanti habis exam aku cakap lah dekat dia . Minggu depan lah kot . Takutnya aku, Ruto . Kau rasa dia suka aku balik tak ? " Eunseo mengetap bibirnya . Perasaan yang sangat sukar ditafsirkan dengan kata-kata .
" Kalau dia tak suka kau, aku ada je ni boleh suka kau . Bila-bila masa je . Dari dulu lagi aku suka kau kan " balas Haruto . Matanya tidak lekang memandang Eunseo yang berwajah risau di hadapannya .
" Ruto-ssi, tolonglah . Bukan sekarang kau nak jadi Romeo . Kau tahu kan benda tu takkan terjadi lagi " balas Eunseo dengan suara yang lembut . Senyuman Eunseo terukir di bibirnya .
Ah, rindunya aku dengan senyuman kau Eunseo .
To Be Continued ! ♡
double-udpate !! jangan lupa vote tau ♡♡♡
YOU ARE READING
[ © ] 𝗢𝗕𝗦𝗘𝗦𝗦𝗘𝗗 - 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗧𝗢
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝚃𝚁𝙴𝙰𝚂𝚄𝚁𝙴 - 𝙷𝙰𝚁𝚄𝚃𝙾 ! ' 🎐 . Aku tahu ramai di luar sana yang mungkin lebih menarik dari kau, tapi aku tak mahu orang lain . Aku hanya mahukan kau . Meskipun ketika kau sedih , ketika kau melakukan kesilapan atau mungkin ada ketik...