Pancaran matahari yang hangat tepat menyinari ke wajah yang jelas punya titik-titik kegusaran dari jendela biliknya .
Mimpi yang indah tadi terganggu dek kehangatan cahaya matahari yang menerobos masuk . Dia bangun bersila di atas katil tapi tiada petanda yang dia mahu meninggalkan katil yang empuk itu . Ditariknya comforter yang melurut ke lantai dan membalut tubuhnya .
" Aku ni mana pernah kena reject dengan lelaki . Kenapa kali ni aku kena reject ? Ahh ! Malunya nak pergi kelas macam ni " dengusnya dalam keadaan separuh sedar .
Ya ! Cinta Eunseo memang tak pernah ditolak oleh mana-mana jejaka yang dia kenali . Eunseo sangat terkenal dengan sikapnya yang banyak cakap, lebih tepat sikap peramah yang membuatkan sesiapa yang mengenali gadis ini sangat menyenangi kehadirannya .
Gadis yang tak pernah lokek dengan senyuman itu sangat gila-gila perangainya . Gadis itu ada satu perangai yang buat orang rasa nak pergi depan dia terus angkat tangan dan jerit, tabik spring !
Eunseo terkenal dengan sikap berani . Bukan berani sebab selamatkan orang dalam kebakaran ke apa . Dia berani bila jatuh hati .
Eunseo mudah jatuh hati dengan mana-mana lelaki yang dia senangi . Lelaki yag dia selesa diajak berbual tentang semua perkara .
Lelaki yang tak berlagak handsome bila ada dengan dia . Maksudnya, lelaki yang jadi diri sendiri . Tak pernah berusaha jadi orang lain dengan dia . Lelaki yang macam tulah ramai perempuan cari sekarang .
" Tteoollin ne saeng-gag-e meoliga jom bogjabhae, kkaejil geosman gat-a . ( Kepala saya agak rumit memikirkan awak , aku rasa macam nak patah ) "
To Be Continued ! ♡
that's all untuk first chap , hehe . enjoy it ♡
YOU ARE READING
[ © ] 𝗢𝗕𝗦𝗘𝗦𝗦𝗘𝗗 - 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗧𝗢
Fanfic𝙵𝙵 : 𝚃𝚁𝙴𝙰𝚂𝚄𝚁𝙴 - 𝙷𝙰𝚁𝚄𝚃𝙾 ! ' 🎐 . Aku tahu ramai di luar sana yang mungkin lebih menarik dari kau, tapi aku tak mahu orang lain . Aku hanya mahukan kau . Meskipun ketika kau sedih , ketika kau melakukan kesilapan atau mungkin ada ketik...