5-Senyuman Yang Indah

6 0 0
                                    

Kaki aku laju melangkah tanpa henti. Air mataku mula bertakung. Aku tak tahan. Hari istimewa aku...menghancuri hati aku lagi dan lagi.

SKKTT

" Soo Ra sshi.. Awak nak ke mana?"

Lengan aku ditarik seseorang dari belakang menghentikan pergerakanku.

Aku menunduk. Aku tak berdaya untuk melihat siapa siapa.

Andai tidak, air di mata kan berguguran seperti daun kering yang dibenci manusia kerana memburukkan pemandangan.

Dia mengalihkan tubuh ku untuk melihatnya.

"Soora sshi.. Awak okay? Awak salah jalan.. Restoren..."

Aku ternangis. Maaf, aku gagal mengawal emosi aku ketika ini.

" Soo Ra sshi?"

Berkali kali dia memanggil namaku.
Namun, tangisan kecil aku sahaja yang kedengaran.

Dia lantas membawa aku ke bangku berdekatan.
Aku mengambil tempat duduk.

" nah.. Ambil air ni.. Minum.."

Sebotol air mineral yang sejuk diberi kepadaku.

Aku mengambil tanpa tolakan lalu meneguk beberapa kali.

"haahh..." jiwa aku terasa lega.

Sehelai kain berluas 25cm² dihulurkan.
Mataku melihatnya.

"Do Hyuk sshi.."

"ambil.. Lap mata awak.. Nanti dorang tanya awak bukan bukan pula.." katanya dengan penuh senyuman.

" kalau ada masalah.. Cari seseorang yang boleh tolong untuk awak luahkan masalah. Tak salah kalau nak nangis.. Tapi biar kena pada tempat.. Saya nasihat je.. Tak manis nangis di tempat awam.. "
Again senyuman di hujung katanya.

Kenapa dia terlihat bersinar di mataku tika ini?

"saya ni teruk ke?" bibirku tidak merancang mengajukan soalan hodoh itu.

"tak.. Awak sangat special dan kuat.. Awak baik dan hebat.." laju dia membalas.

Mendengar kata katanya, aku sedikit sebanyak terasa tenang dan diubati. Dia seolah olah memahami apa yang telah aku lalui untuk 6 tahun ini.

Tanpa ku pinta, dia membuka butang sweater lalu mengalaskan sweaternya dipahaku.

Aku tergamam. Tae Ho yang 6tahun bersama aku pun tak kesah andai aku memakai seperti ini.
Dia? Lain betul cara layanannya.

"jangan salah faham.." katanya apabila mataku asyik memandangnya aneh.

Bukan nak fikir bukan bukan.. Tapi aku terkejut. Kita tak rapat sangat tapi kau sangat mesra dan prihatin.

Zzz... Zzzz..

Telefon bimbit nya berdering.

" hello? "

Tak semena mena dia menjauhkan sedikit jarak telefon dengan telinganya.
Macam kena marah dengan member aku jer.

"cakap la pelan pelan.. Aku dengar laa.."

Kemudian dia mengangguk lalu mematikan panggilan.

" dorang dah bising dah.. Katanya dah abes makan.. Air Coca cola ni.. Dorang minta saya simpan untuk saya.. Haha" terukir senyuman dan tertawa kecil di wajah comelnya.

Aku turut tersenyum. Yerim tu basic, kalau mula membebel hal tak kena.. Semua diperlinya.

" ha.. Tengok muka tu.. Cantik pun bila dah senyum.."

Mataku terkebil. What? Cantik?

Aku blushing..

Dia terus mengalihkan matanya seraya memikirkan apa yang telah diucapkan tadi.

Ha.. Tahu malu la tu puji orang tiber je..

" erm.. Dah awak.. Jom.. Dorang dah tunggu kat tempat parking.. "

Dia memulakan langkah dahulu. Gelabah nak cover malu tak tahu macam mana.
Namun dia masih menjaga jarak antara aku dan dia agar aku tak jauh darinya.

Sweater yang ada padaku diikat di pinggang lalu mengikutinya dari belakang.



















^©^
Sweet dreams my dearest.. Hope all of you still happy and healthy..
Dah macam iklan cooway
HAHAHAHAHHA

comeback to 18 | on going Where stories live. Discover now