Bab 4: Pertemuan Pertama

10 2 0
                                    


BIODATA HANA 

Nama: Hana Kalyana Binti Ahmad Azman

Jantina: Perempuan

Nama Panggilan (umum): Hana

Nama Panggilan (Laaiq): Lena

Umur: 15 tahun

Hubungan: Kembar Hani Kalyani

Ketinggian: 1.60 m

Pendidikan: Pentaksiran Tingkatan 3

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Apa yang kau buat ni?"
.
.
.

"Saya tak maksudkannya!!"

.
.
.



Mata Hana terbuka. Dia masih mamai di waktu Subuh.

Dia mula bangun daripada baring, kedua-dua tangan menggosok mata.

"Benda same lagi..." Hana Kalyana  bercakap perlahan. 

Dia menyiapkan diri ke sekolah, tudung disarung. Seperti biasa, dia menyalam tangan ayahnya di ruang tamu sebelum keluar. 

Ketika dia sampai di ruang pejalan kaki berhampiran sekolah, Hana melihat seorang lelaki kenalannya antara puluhan pelajar yang turut berada di situ, semua menuju ke satu destinasi sama.

"Eh, itu Laaiq." Hana perasan.
"Mungkin aku patut tegur dia"

Hana menambahkan jumlah dan memendekkan langkah, menghampiri Laaiq sebelum dia ditegur seorang insan yang lain.

"Hana!" Syaraz melambaikan tangan kepada Hana.
Hana, seorang perempuan yang beradab, mengendahkan sahutan Syaraz walaupun hatinya ingin membuat perkara lain.

"Awalnya datang! Ape khabar?" Syaraz memuji Hana.

"Syaraz! Khabar baik, takde la cuma rasa terlebih semangat." 

"Ohh,-" ayatnya terus dipotong Hana.

"Aku gerak dulu ye" 

"Ak- baik.." Syaraz terkedu Hana bertindak sebegitu.

Hana mula mencari balik Laaiq. Nampaknya Laaiq telah hilang dari pandangan, Hana berdengus kecil.
.
.
JUMAAT [MIMPI]
.
.

Di dalam dewan, seorang cikgu berdiri di atas pentas, memberi makluman kepada semua pelajar tentang tentatif kelas tambahan pada hari ini. 

"Baik, setiap ruang akan ade 2 kelas, dengan setiap kumpulan tu gabungan 2 pelajar kelas depan dan 1 kelas belakang. Contohnye, 2 dari kelas 3UA dengan seorang dari 3F, pastu ikut urutan seterusnya. Senarai nama ade kat papan putih sana. Boleh amik tempat dulu."

Suasana sedikit riuh apabila semua berpusu-pusu mencari tempat mereka. Laaiq yang tidak terkecuali, mencari mejanya. Dia kemudian menjumpai tempat meja, serentak dengan seorang lagi, Waiz. Kedua-dua diam menarik kerusi. Datang lagi seorang, Hamlan.

"Hamlan?" Laaiq terkejut sedikit.

"Chh, dengan korang rupanye." kata Hamlan sambil duduk. Mulut masing-masing rapat tak terkata, dek kerana semua sudah lama tidak bersua walaupun rakan rapat ketika kecil dahulu.

 Mulut masing-masing rapat tak terkata, dek kerana semua sudah lama tidak bersua walaupun rakan rapat ketika kecil dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mimpi Atau Realiti (MAR)Where stories live. Discover now