Pelolosan

16 2 2
                                    

BIODATA IDLAN, ABANG POLIS

NAMA              : MUHAMMAD IDLAN BIN AHMAD IDRIS
UMUR             : 25 TAHUN
JANTINA        : LELAKI
HUBUNGAN : BUJANG, JIRAN PERUMAHAN KEPADA LAAIQ
KETINGGIAN: 1.74m
PEKERJAAN : POLIS
ASAL               : SELANGOR

.
.

Cermin mata tampak malam = night vision google
Lampu sorot = spotlight
Deburan = bunyi barang jatuh ke air
Debusan = bunyi seperti sayap mengipas, bilah berputar
Lolos = melepaskan diri, melarikan diri

.
.
Khamis [REALITI]

KRINGG!!
"Masa dah tamat, latihan jangan lupa siapkan. Satu lagi, kelas tambahan pada cuti esok, pastikan hadir" cikgu perempuan, Najla memaklumkan kepada para pelajar. Semua pelajar menjawab faham.

Laaiq mengemas begnya. Fikiran dipenuhi segala maklumat berkenaan berita semalam, lebih tepat dalam mimpinya yang akan berlaku malam nanti. Dia merancang untuk meninjau bangunan itu dalam perjalanan pulang selepas ini. Sebelum dia melangkah, seorang gadis menegurnya.

 Sebelum dia melangkah, seorang gadis menegurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Umm.. Laaiq, awak ade masa petang ni?" Muka pucatnya sedikit merah di pipi.

Laaiq berhenti. Lupa yang adegan ini berlaku dalam mimpi dek kerana terlalu tertumpu kepada kes. Dia masih ingat akan perempuan ini. Hana Kalyana, rakan Laaiq sejak sekolah rendah lagi, pernah sekelas.

"Kalau awak sudi, datanglah ke perpustakaan, saya ada buat ulangkaji. De-dengan kawan2 lain!" Hana menambah. 

"Maaf au Lena, aku ade hal lepas ni. Nanti kalau aku ade masa, aku datang." Laaiq memanggil Hana dengan nama panggilan Lena, nama yang Laaiq cipta khas untuk dia.

"Ade hal? Kalau macam tu, takpelah" Hana membalas sambil senyum, walaupun terselit sedikit kecewa.
"Ape2 pun, tahniah Laaiq atas keputusan ujian hari tu! Saye teruja dengan kecemerlangan awak" dia menambah.

"Teruja?" Laaiq musykil dengan penggunaan perkataan itu.

"Eh tak tak! Maksud saye, gembira! Yela, kita dulu kan sekelas, jadi dapat jumpa balik tu memang gembira la!" Hana mula gelabah namun cuba mengawalnya.
"Baiklah, jumpa esok Laaiq!" Hana cepat-cepat pergi ke kawan dia.

Laaiq kembali merancang agendanya sambil beredar. Mereka berdua tidak perasan ada sepasang mata yang mengintai perbualan mereka, mungkin sebab masih ramai di dalam kelas. Syaraz tidak puas hati, mukanya berkerut.

...

Laaiq berjalan kaki sekitar bandaraya, menuju ke destinasi. Suasana di situ agak hening kerana bayang menyorok di bawah badan, kepanasan. Mata Laaiq melilau mencari bangunan itu, berketinggian tiga tingkat, terbengkalai dan merupakan bangunan persendirian. Dia kemudian menjumpainya.

"Jadi, ni bangunannye? Masuk jela dulu" Laaiq bermonolog sambil memasuki ruang bawah.

Tumbuhan-tumbuhan kecil menjalar ke luar tingkap, dinding telah diselaputi lumut. Pasir bekas pembinaan masih ada, ruang tangga dipenuhi daun-daun. Laaiq terus ke tingkat tiga, mencari apa-apa benda yang boleh membantu rancangannya. 

Mimpi Atau Realiti (MAR)Where stories live. Discover now